25 November 2010

HATRED

Sebolehnya saya tidak ingin hamparan Emansipasi dihiasi cerita sedih, tetapi di mana lagi boleh dicurahkan rasa yang mencengkam ini? Selepas sekian lama, rasanya inilah airmata yang tercurah tanpa ada seorang pun manusia yang mengerti. Segala yang dikorbankan nyata sia-sia. Tuhan, aku redha. Sesungguhnya dugaan ini mencabar, sangat terbatas keupayaanku. Dugaan dan hidup mana bisa terpisah. Kuatkan ya ALLAH. Biar manusia meminggir, usah aku Kau usir..


Mahalnya harga sebuah kehidupan. Mudahnya manusia membuat penilaian! Sedang aku tiada pilihan?

KDE

19 November 2010

Alhamdulillah Wasyukurilah

Basmallah. Hamdallah.

Syukur, Alhamdulillah. Secara rasminya hari ini saya sudah mendaftar semula untuk semester baru, semester 6, semester terakhir. Rasanya saya adalah manusia pertama dari kalangan manusia-manusia BBM yang mendapatkan result dan mendaftar pada hari ini, kerana sepatutnya fakulti kami tarikh mendapatkan result dan mendaftar adalah esok, 20 Nov. Saya mencuba nasib dan alhamdulillah, berjaya. Sempurnalah semuanya hari ini, maka esok boleh pulang sebentar ke kampung untuk urusan seterusnya. Isnin sudah mula kelas ke?? haiyakk :D

Alhamdulillah, untuk nikmat yang ALLAH kurniakan.
Alhamdulillah, untuk semua urusan yang ALLAH permudahkan.
Alhamdulillah, untuk rezeki hari ini yang berlimpahan. (Dari makan tengah hari, minum petang sampai ke makan malam, semuanya dibelanja orang. Rezeki Jumaat yang penuh keberkatan. Semoga ALLAH murahkan rezeki kalian, selalu! amin..)

Result? Alhamdulillah.. Doakan saya selalu!

KDE, 19 Nov 2010

08 November 2010

SOPHIA


Oleh Dr HM Tuah Iskandar al-Haj

Jauh. Mulanya dekat.

Dan jarak hanyalah mandala relatif, justeru erti dekat selalu memaknakan jauh, sementelahan makna jauh membanding erti dekat. 
 
Dan perjalanan menjelajahi bumi atma, dibawa sejauh mana pun ke seantero dunia, tetap kembali. Ke titik paling dekat.

Diri!

Enrique - Mengundang Jauh
- cerita tentang orang berpergian jauh
- cerita tentang gelora akibat jauh
- cerita tentang kehebatan bangsa yang dibenam jauh

Enrique- Mengundang Jauh ekspedisi keliling dunia mengabsahkan sejarah;
Bahawa manusia Melayu Panglima Awang @ Ariberto @ Enrique manusia pertama membuktikan bulatnya bumi!

Melayu bangsa yang hebat!

Sophia di Sofia, Bulgaria :)

KDE, 8 Nov

07 November 2010

A

Aaaaa
aaaaaaa
aaaaaaaaa

I just wanna scream and lose control
Throw my hands up and let it go
Forget about everything and runaway!

I just want to fall and lose myself
Laughing so hard it hurts like hell
Forget about everything and runaway!

Haha


...

03 November 2010

Biar aku menjadi MATAHARI

Bilamana saya diajukan persoalan yang bagaikan menikam tangkai jantung saya sendiri, saya jadi muhasabah. Pertanyaan diajukan agar saya boleh memberikan sebuah jawapan yang bisa membantu meringankan, tapi hati sendiri pula jadi rawan. Banyak-banyak saya tak pandai, inilah sekadarnya buat renungan diri sendiri terutamanya. Hidayah itu milik ALLAH :)

Menurut Imam Hasan Al-Basri, dunia ini hanya ada tiga hari. Hari kelmarin yang sudah berlalu dan kita tidak mampu lagi untuk mengubahnya. Hari esok, adalah misteri yang kita tidak tahu apakah kita akan masih memiliki kesempatan berada di dalamnya. Dan hari ini, kesempatan untuk kita melakukan amal soleh.

Fitrah jiwa manusia pastilah mahu kembali kepada Tuhan, Pencipta jasad dan jiwa. Apabila berinteraksi dengan diri, tidak boleh berasa aman dan tenteram, tidak boleh berasa puas dengan sedikit amalan. Kerana kita semua adalah pendosa, maka hidupkanlah jiwa kita agar sentiasa dekat dengan Maha Pencipta. Manusia mana tidak melakukan dosa, kalau tidak masakan kita bergelar manusia. Kan?

Perasaan biasanya dikawal hati, fikiran oleh akal. Jadi, jawapan atau keputusan terbaik harus datang dari akal, akal yang wajib memimpin hati kerana kadang-kadang hati dibauri nafsu. Seandainya ALLAH memberikan kifarah atau hukuman atas kesilapan lampau, maka redhalah. Berlapang dada dan mohonlah kekuatan dariNya. Bukan senang tapi berusaha, berusaha & berusahalah tanpa lelah.

Tidaklah semudah saya menaip di sini untuk kita menerima, saya percaya. Kerana syaitan itu pasti sahaja mahu beraja. Bisa saja kita kalah semula oleh bisikannya. Pokok pangkalnya hati, kuatlah bertahan dan lawanlah sehabis daya disamping jangan berhenti berdoa pada Tuhan. Yakinlah Dia sentiasa bersama. Sejarah akan kekal sebagai sejarah kerana hakikatnya tiada sesiapapun yang dapat mengubah. Lakarlah kisah nan indah kerana hidup terlalu singkat untuk disia-siakan tanpa sebarang bekalan. 

"Sesungguhnya Allah tetap menerima taubat seseorang hambanya selama nyawanya belum sampai di kerongkong"
(Hadis Riwayat Tarmizi) 

"Hai orang-orang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan melakukan taubat yang sebenar-benarnya. Mudah-mudahan Allah menghapuskan kesalahan kamu" (Surah Al-Tahrim : Ayat 8)

Saya berpesan untuk diri saya sendiri, dan anda :) (Mungkin tak sampai maksud, tapi saya cuba) Kalaupun tidak banyak, saya harap ada secubit daripadanya dapat membantu. "Sampaikan pesanku biarpun satu ayat".. Wallahua'alam bissowab.. 

Kalau nak gugur gugurlah dosa, jangan menimpa rantingan iman; Ahmad Fedtri Yahya

KDE, 2 Nov 2010

01 November 2010

NOVEMBER

1 November 2010. Maknanya tinggal lagi 2 bulan untuk tahun 2010. Oh cepatnya masa berputar. Saya masih ingat ada beberapa perkara yang saya kata pada diri, saya mesti laksanakan tahun ini. Ada tiga (selebihnya bersifat peribadi) yang paling saya ingat sebab saya bagitahu pada seseorang. Satu; saya nak ikut semua aktiviti MSU, terutamanya BBM Club dan mentor mentee memandangkan saya sudah berada dalam tahun akhir. Harus memenuhkan file dengan sijil-sijil yang pelbagai :D. Dua; saya bercadang untuk mendapatkan lesen kereta kerana saya ada masa cuti semester. Tiga; saya berniat nak pergi kursus kahwin dalam tahun ini juga.

Alhamdulillah, yang nombor satu berjaya. Banyak aktiviti saya dapat sertai dalam tempoh itu. Dua, tak berjaya. Cuti pertama saya habiskan di kampung sahaja dan cuti kali ini pula wajib untuk saya berada di sini menguruskan anak-anak tikus yang comel-comel ini untuk FYP saya. Dan rasanya memang tak mampu buat dalam tahun ini. Tiga, masih ada baki 2 bulan dalam 2010. Saya harap yang ini saya sempat buat. Atas pendapat yang mungkin agak personal, saya fikir bagus saya ambil tahun ini juga. Jadi, doakanlah ya!

                                         Pulau Giam

Tiba-tiba hati sangat merindui hempasan ombak yang memukul pantai, lautan membiru saujana mata memandang dan bilik besar yang panasnya seakan membakar kulit muda kami semua. Kalau sahaja kenangan yang satu ini menjadi yang terakhir, ia pasti akan tetap segar dalam ingatan kami bersebelas!

                                      Maha Suci ALLAH :)

KDE, 1 Nov 2010

Newer Posts Older Posts Home