28 July 2011

MAHAR SEBUAH SYURGA

Sabda Rasulullah SAW,
"Syurga dipagari dengan kesusahan, manakala neraka dipagari dengan keseronokan"

...Dan, mujahadah itu mahar sebuah Syurga..

Ustaz Pahrol

Orang yang menyakiti lebih sakit dari orang yang disakiti; HM.
Ya ke? Wahai hati, terimalah kepahitan yang sedikit dan sementara demi kemanisan yang banyak dan abadi di sana. Semoga.


Bangsar, 26 Sya'aban 1432H

26 July 2011

SEKALI LAGI

Rasa macam tak percaya blog lama saya boleh dibuka semula. Sangat bermasalah dengan password lama dan Mozilla Firefox. Semoga dia dapat terus hidup semula. Tolong kembalikan perkara yang berkenaan kepada email saya, terima kasih.

Marilah kita saling bermaaf-maafan sempena kedatangan Ramadhan tidak lama lagi. Maafkanlah saya, saya sedang cuba untuk menjadi hambaNya yang kuat. Mohon didoakan, doa saya sentiasa bersama yang jauh dimata lagi dekat dijiwa. Semoga ALLAH lebih merinduimu. Semoga.

Salam Syaa'ban.

Bangsar

18 July 2011

NILAI HIDUP

ALLAH,
kalau benar ini cerita tentang yang meninggalkan dan yang ditinggalkan, pimpinlah aku ya ALLAH untuk menghargai nilai kesetiaan dan pengorbanan.

KL

15 July 2011

HIDUP

Hidup untuk hidup yang abadi. Lelah menjejak satu persatu sedang satu persatu juga dimamah waktu. Aku perlukan 'makanan tambahan' untuk memperkuatkan jiwa dan hati yang selalu saja tewas dengan penjara dunia semalam. Kuatkanlah hambaMu ini ya ALLAH. Sejarah akan tetap kekal sebagai sejarah, Engkau yang mentakdir dan menuliskan segala, bantulah aku ya ALLAH. Seksa perasaan ini hanya Engkau yang menjadi saksi yang abadi.

Hidup ini entah masih panjang atau sebaliknya. Tapi bekal makin berkurang atau telah habis ke semuanya. Usia makin dewasa, mahu juga ke Syurga. Tuhan, Engkaulah yang menyimpan segala rahsia maka leraikanlah simpulan yang ikatannya cukup mendera. Moga masa akan merawat luka.

Kampung Baru

12 July 2011

NO TITLE

Kenapa saya berada di Seremban? Di Persidangan Kesihatan Awam Kebangsaan ke-6 atau dalam bahasa Inggeris Sixth National Public Health Conference. Wah! Macam meriah jer kan.

Sebenarnya tadi saya niat nak tulis cerita pasal kejadian yang membuatkan saya rasa nak terjun ke swimming pool dari tingkat 6 dan jerit -it's not my fault!!!, tapi sekarang saya sangat mengantuk. Tak jadi cerita la. Haha XD

Best, lepak dan buat kerja dengan ramai manusia-manusia yang bergelar doktor. Banyak yang boleh dikongsi.

Ok, end.

Klana Resort Seremban

09 July 2011

PERCUBAAN PERTAMA

Antara kerja yang saya buat di pejabat ialah membuat review (tak tahu nak tulis macam mane) kepada abstract-abstract thesis atau research-research yang telah pun dibentangkan oleh semua ahli EIP Malaysia yang terdiri dari kalangan doktor-doktor di seluruh Malaysia yang mana ada di antaranya telah memenangi anugerah sama ada di dalam mahupun di luar negara. -mukadimah yang panjang, sila baca senafas =)

Akhir sekali, semua abstract tuh kami compile kan untuk diterbitkan/ dicetak menjadi sebuah buku. Jadi, saya kena design kulit buku tersebut seperti mana yang diarahkan. Jujurnya, saya tak pandai bermain dengan warna dan nak men'design' cantik-cantik. Tapi saya cuba la juga menggunakan segala kepakaran dan pengalaman yang ada. Bila dah siap, saya pun tunjuk pada dokte.

Mula-mula Dr senyum dan cakap cantik. Bangga jap. Hehe. Saya pun cakap, "Saya guna hijau kuning, jadi kombinasi hijau kuning akan jadi biru, so, dalam kotak warna biru. Tulisan warna pink, nampak lembut bila dengan biru". Tak lama bangga..sebabb Dr tambah, "Bila awak berada di alam pekerjaan, awak kena fikir jauhh ke depan". Saya garu dagu yang tak gatal. 'Err..."

"Awak tengok warna-warna ni, hijau **s, biru keA*****, pink D**, apalagi kuning tengah-tengah negara B****H ni. Bukan tak boleh, memang cantik tapi saya rasa kementerian tolak percetakan buku awak ni.. Faham?"

"Ooo.."

Tak terfikir dek akal dangkal hamba ini. Lalu, saya pun ubah la warna-warna tersebut. Dan akhirnya siap dan diterima. Saya tahu tak cantik dan sangat simple, buat dalam masa sehari, kira ok la kot :p (padahal itu kerja sebulan yang lalu. hehe) Dr suka sebab simple dan kemas=) Sampailah ke perkara terakhir yang diperlukan untuk penerbitan/ percetakan sesebuah buku, iaitu memohon nombor siri dan nombor MOH (Ministry Of Health) saya selesaikan sebelum saya balik tadi (half day jer pun. hehe). Alhamdulillah, lega.


Kalau status saya sekarang adalah seorang pekerja, saya tahu saya adalah seorang pekerja yang bermasalah. Tapi saya cuba untuk buat yang terbaik. Terima kasih Dr sebab memahami saya walaupun saya tahu ada perkara yang menguji kedudukan Dr bila berhadapan dengan saya. Maafkan saya Dr. Sebab saya masih belajar untuk mencintai dunia yang masih asing pada saya, di sini. Saya harap saya dapat buat sesuatu yang boleh membanggakan Dr sebelum saya pergi dari bilik Dr yang kita kongsi bertiga itu. Eh, touching pulak.

* Saya tak mempunyai apa-apa maksud di sebalik cerita ini. Cuma saya telah belajar banyak perkara sepanjang proses me'review' yang sangat menduga nafsu mata untuk terpejam dengan sendirinya, mendapatkan nombor-nombor siri dalam kadar segera yang sangat menguji tahap sabarnya saya sebagai manusia yang juga bekerja dengan manusia, menambahkan lagi pengetahuan-pengetahuan saya yang seadanya sahaja dan tak terceritakan semuanya
* Pesanan penaja, warna memainkan peranan penting dalam kehidupan kita. Bukan hanya lambang sesebuah parti atau pertubuhan semata. Sekian.

mesti ada yang cakap, eleh setakat buat benda macam ni. XD


8 Julai,
Kampung Baru

06 July 2011

MINGGU KE 12

Lama tak lama, sudah 12 minggu saya di sini. Di pejabat ini. Hingga terlontarnya soalan dari Dr Fadzilah, mahu ke mana selepas ini. Mahu saja saya menjawab, mahu jadi lawyer dokte! Susah untuk menjawab soalan-soalan seumpamanya dalam waktu-waktu sebegini sedang hati sentiasa saja berkira-kira bila mahu 'bebas' :)


12 minggu, lama. Cukup lama pada saya. Dan sekarang bukanlah masa untuk mempertikaikan keputusan mengapa saya di sini. Saya yakin, amat yakin ALLAH menyimpan rahsiaNya biar akal saya bejat semenjak dua menjak ini memikirkan sesuatu yang tak pasti, ermm, jelas sebenarnya..

Lalu kebekuan otak memaksa hati dan jasad mengambil keputusan untuk berehat. Nyata debu-debu Kuala Lumpur sudah sangat menyesakkan nafas dan fikiran. Hai, baru saja merancang nak menambah sehari dua cuti, terpaksa ke Seremban pula selama 3 hari bermula Isnin depan. Serasa sudah benar-benar berada di alam pekerjaan yang bukan pilihan.

Rindu. Ya. Amat. Sangat. Pada Ummi, kampung, Amni, Auni dan semua yang berada nun jauh dari pandangan mata tapi senantiasa dekat dijiwa. Berkata rindu sahaja tidak cukup, ya. Tapi, cukuplah. Belajar untuk bersyukur kerana masih mampu untuk memberitahu bahawa, ya, aku terlalu merindu :)

Ya ALLAH, lapangkanlah hatiku menerima ketentuanMu. Terlalu banyak yang mahu aku nyatakan di sini, tapi mana mungkin ianya terjadi. Kurniakanlah aku petunjuk Wahai Yang Maha Pengasih, harus bagaimana untuk aku melupakan segala dan bermula semula. Aku mahu kembali menjadi anak kecil yang baru dilahirkan, suci lagi bersih dari segala dosa. Bebaskanlah roh dan jasad dari terus dipandu nafsu yang sentiasa membawa aku ke penjara dunia yang lampau lagi bersifat sementara. Tuntunlah aku ke jalanMu ya Rabb..


Bangsar

04 July 2011

4 JULAI iii

Sudah lewatkah untuk menyambung cerita?


Atau mungkin akhirnya aku juga mati dalam pengharapan dan penantian?


Sedang rasa tidak pernah sedikit pun terhenti apalagi mati!


SePi


Kampung Baru, Kuala Lumpur

Newer Posts Older Posts Home