14 June 2011

KELIRU

Sejujurnya sejak malam itu, hati ini menjadi tidak tenang. Mencari-cari akan maknanya ikhlas. Apa ertinya ikhlas? Buntu. Sesak. Bejat. Akal memikirkannya. Meski hari-hari harus juga dilewati dengan senyuman. Hampir dua bulan 'bertapa' ditempat praktikal. 'Jiwa' seakan tiada bersama. Bayangkan dalam tempoh itu sahaja dua, tiga kali saya demam. Saya akui sangat bertuah mendapat external supervisor sebaik Dr Fadzilah. Bahkan hampir semua staff menyatakan betapa beruntungnya saya. Masakan tidak, siapa yang keluar lunch naik Mercedes Benz yang dipandu doktor? Haihhh. Tapi sungguh saya amat merindui bau 'labcoat' yang dulu akan disarung setiap kali ke makmal. *hembus nafas kasar*


Selepas sekian lama.. Dan, malam itu saya sangat keliru dengan perasaan saya. Oh Tuhan, saya mahu luahkan... Kata hati kecil biar saja ia tersekat dikerongkong.. Mungkin saya yang terlalu mengikut perasaan, tapi hati saya jujur. Kalau saja dengan cara ini membuatnya faham, saya berdoa semoga.. Dirimu menyalahkan sebuah erti. Tapi diriku masih terhenti di sini. Dan jalanku masih belum dapatku pasti. Namun diriku masih terhenti di sini.. Andai kau dapat memahami, bahawa ku menanggung semua ini.. Bukan niatku ingin kau pergi, kerna ku masih terhenti di sini...


Kuala Lumpur

0 comments:

Newer Post Older Post Home