13 December 2011

PUAN SRI

..'Saya sering memikirkan suatu hari nanti saya boleh meletakkan gelaran doktor di hadapan nama saya. Saya memikirkan suara saya didengar di corong-corong radio, saya memikirkan wajah saya muncul di kaca-kaca tv, suara saya didengar dalam konvensyen-konvensyen antarabangsa, saya boleh melihat hasil-hasil pemikiran saya dijelmakan dalam bentuk buku, kaset, CD dan tersimpan di perpustakaan-perpustakaan besar. Semuanya itu telah berlaku. Semuanya itu bermula dari imaginasi'...

Dr HM Tuah Iskandar al-Haj

Sejak zaman sekolah rendah lagi, saya selalu berangan-angan berimaginasi untuk meletakkan gelaran doktor di hadapan nama saya kerana saya beranggapan nama saya terlalu pendek. Kalau ditambah gelaran jadilah sedikit panjang. Berputaranlah waktu, dan sekarang saya di sini. Tamat pengajian ijazah sarjana tidak bermakna perjalanan dan pencarian saya terhenti. Mahu mengembara lagi. Cita-citaku bukan bunga, boleh dipatah angin!

(Akan ada persoalan, gelaran tidak melambangkan seseorang manusia itu telah berjaya dalam erti kata jaya yang sebenar. Ya, tepat sekali. Sekadar pada gelar? Sekadar untuk disebut-sebut atau ditulis orang? Jawapannya, tepuk dada tanya iman. Kalau gelaran Puan Sri? Hehe ^_^ )

KL

0 comments:

Newer Post Older Post Home