20 May 2012

SEMPURNA

'Cari' dan 'jadi' adalah dua perkataan yang berbeza, dan membawa pengertian yang juga sangat tidak sama apalagi bila ditambah imbuhan 'men' didepannya. Saya Kita selalu mahu 'mencari' tapi jarang mahu cuba untuk 'menjadi'. Setuju? Sigh.

Mencari kesempurnaan. Terlalu. Akhirnya adakah saya kita akan bertemu dengannya? Dan selalu mengharapkan kesempurnaan daripada manusia-manusia lain, adakah itu adil sedang saya kita tahu tidak wujud manusia yang sempurna?



Maaf, sebab selalu mahu 'kelihatan sempurna' dan 'mahukan yang sempurna'. Tapi diri sendiri amat jauh dari makna sempurna itu sendiri. Penuhkan hati-hati kami dengan kesempurnaan cinta hanya padaMu ya Robb. Mohon dengan sangat kerana waktu sentiasa diburu oleh nafsu. Mengejar kesempurnaan dunia, terlupakan Syurga. Oh!

#halwa telinga

Kuala Lumpur

3 comments:

saya kagum dengan orang2 yg belajar akademik tp berjiwa agama...selaat maju jaya dunia akhirat

semoga tidak terlupa sorga...

Both; thanks and like!

Newer Post Older Post Home