20 September 2012

PELANGI SENJA

Otak manusia akan 'terasa' nak menulis sesuatu bilamana dia berasa gembira, sedih, marah atau kecewa dan mungkin beberapa 'rasa' lagi. Setuju? Saya rasa ya, even bukan 100%, sebab ada juga manusia yang suka buat sesuatu tanpa sebab. Manusia kan kompleks. Jadi, lepas sekian lama, saya 'rasa' yang mana? Erghh!

Saya rasa saya lebih daripada kopi putih yang sekadar 3 dalam 1. Okey, tambah lagi satu rasa. Rasa bersalah. Sebab jadi manusia yang terlalu cepat menghukum, sedang sebagai manusia kita langsung tidak layak untuk itu. Ya, saya kesal untuk itu. Kita tidak boleh memaksa manusia-manusia lain untuk berfikir sebagaimana kita berfikir. Punya impian berbeza pasti sahaja destinasi yang dituju juga tidak akan sama bukan? Semoga saya belajar dari kesilapan.

Suasana, keadaan, sekitar, sekeliling, rumah, pejabat, manusia-manusia, masalah-masalah. Banyak perkara akan mempengaruhi emosi dan tingkah laku setiap dari kita. Saya selalu cuba untuk berpegang pada yang ini; 'jangan fikir punca masalah, tapi carilah jalan penyelesaiannya'. Tapi, erghhh! Selalu saja gagal!

Saya kecewa kerana telah menghabiskan hampir 7 bulan saya tanpa persiapan untuk pengembaraan yang seterusnya. Ini kekecewaan yang sangat dalam saya pendamkan. Mungkin Tuhan telah menuliskan sesuatu yang jauh lebih baik dari apa yang saya harapkan, semoga. Tapi saya tidak juga kesal dengan apa yang telah saya lalui, saya belajar di dunia baru, dengan manusia-manusia baru yang mendewasakan saya. Hingga wujudnya rasa kasih!

Semoga saja saya telah membuat manusia-manusia yang hidup bersama saya tersenyum, bahagia, dan tiada sengketa. Sebab saya bimbang, kalau saya tiada nanti, banyak dosa saya yang akan dibangkit. Tiada merasa saya harumnya Syurga. Aduhai. Jangan haramkan aku dari SyurgaMu, Tuhan..


Berbahagialah pelangi-pelangi hidupku!

Kuala Lumpur

Newer Post Older Post Home