WARNA PERTAMA
Basmallah.
Saya rasa saya tak nak tulis ini, tapi saya tulis jugalah.
2012, masa sangat pantas berlalu meninggalkan setiap detik waktu. Tarikh ini, setahun yang lalu, saya kami sedang sangat teruja menuju ke tarikh 8 Januari 2012. Saya sendiri mengambil peluang untuk membeli baju baru untuk ummi hasil titik peluh sendiri sementara menunggu 8 Jan, kerana itulah hari yang saya tunggu-tunggu untuk memberi ummi hadiah 'terbesar' selepas empat tahun ummi menanti. Itulah hari besar untuk kami. Hari Graduasi. 2012, bermula dengan sangat manis saya kira.
Tapi perkhabaran 31 Disember 2012, sangat mendukacitakan. Waktu saya kata pada kawan, saya sangat sedih akan kehilangan Dr Nik, lalu saya mendapat balasan, setiap pertemuan pasti ada perpisahan, semoga bertemu di Sorga! Saya rasa sedih, 28 Disember jadi tarikh terakhir saya semeja dengan Dr Nik berMCLX bersama CEO dan 2 HOD lagi. Jadi lebih sedih, kerana tidak sempat pun sekurang-kurangnya memberi lambaian terakhir untuk Dr Nik. Saya 'bekerja' dengan Dr Nik, sangat sekejap. Hanya sempat 3 kali berMCLX. Tetapi saya kira perkenalan ini manis, secara peribadinya saya menilai, Dr Nik banyak memberi inspirasi pada saya kami. Dan mungkin saya juga akan menyusul Dr Nik bila saja tiba waktunya.
#berdoa kuat (baca: pray hard) agar Tuhan mempermudahkan jalan 2013 untuk saya, kita dan semua, aminnn.
Nafisya Ismail posted on January 3, 2013 at 11:00 AM
am feeling so sad while reading this!
InsyaAllah may we get a better life.
Welcome 2013 :)
amiys posted on January 7, 2013 at 11:15 PM
saya akan pergi juga bersama kenangan ini, kalau dihujung cerita kita adalah airmata, berdoalah semoga kita bersatu semula di Syurga. jaga diri ;)
Nafisya Ismail posted on January 9, 2013 at 12:29 PM
*crying*
Post a Comment