28 May 2013

SUKU ABAD

Sudah suku abad. Waktu sangat terhad.
Kemarau hati. Kadang disirami.

Tiada dikhabarkan. Siapa ke sana.
Banyak jalan. Hati enggan.

Simpulan dunia. Dusta.
Terbunuh banyak jiwa.

Dipintal lagi. Korban rasa.
Awan berlalu. Mengapa di situ?

Eh tunggu dulu!
Sudah suku abad. Waktu sangat terhad!

Sebuah perubahan mungkin akan mengambil masa bertahun-tahun. Tapi ia bermula dari keputusan yang dibuat hanya dalam beberapa saat. Saat kita berkata ya atau sebaliknya. Alhamdulillah, tiada sambutan ke angka suku abad. Bezanya tidak memilih bersendirian berbanding sebelumnya. Warna yang sama. Di sana!

Redha itu menyediakan jiwa, menerima takdir yang tidak terduga!

Kuala Lumpur

0 comments:

Newer Post Older Post Home