25 July 2009

KACAU!


Tiadalah aku berniat untuk menulis malam ini.. Tapi, tiba-tiba terjumpa sesuatu yang menjentik rasa yang sekian lama terpendamkan.. Bingit suasana rumah terhenti seketika apabila semua teman serumah keluar untuk makan durian secara berjemaah, aku terkecuali sebab aku tidak begitu gemar akan durian (tapi tak menolak andai disuakan dengan tempoyak:) ).. Sunyi alam terasa mencengkam segenap urat saraf.. Mengapa ini semua harus terjadi?

Ini menjadi asbab kenapa aku membuka semula blog lama yang dulunya aku muatkan dengan sajak-sajak nukilan jiwa.. Ya, Malam Kesenian Islam MSU.. Malam yang menyaksikan kemenangan aku sebagai johan pertandingan menulis sajak.. Gema laungan nama aku malam itu, aku tersenyum sedang dalam hati ku menangis.. Sejuta syukur kerana akhirnya, hidup rasa dihargai =) Terima kasih kepada Tuan Haji Solihin dan Dr Ibrahim selaku juri yang menilai sajak-sajak para peserta.. Kata orang, tiadalah manisnya kejayaan tanpa orang tersayang di sisi =) Tak apalah, sudah nasib.. Mahu rasanya aku khabarkan pada bonda, tapi apalah maknanya pada dia.. Dia mahu melihat aku menjadi lebih daripada itu, kiranya aku mampu =)

Dr Ibrahim

Tuan Haji Solihin telah membuka ruang kepada aku untuk melebarkan lagi sayap penulisan ku ke satu tahap yang lebih baik.. (Maaf Tuan Haji, sebab waktu itu blog saya set ke invite readers only:p ) Buktinya, sajak yang saya hantar adalah yang pernah termuat dalam blog tersebut.. Tapi dek kerana kesibukan dengan kuliah, makmal, tugasan dan sebagainya membuatkan aku belum berkesempatan untuk bertemu Tuan Haji Solihin.. InsyaALLAH, lepas balik dari kampung ya Tuan Haji.. Sebab saya nak tahu juga daripada lapan buah sajak yang saya hantar, yang mana satu Tuan Haji tertarik lalu mengangkat saya sebagai pemenang =)

Sekalung Tahniah kepada semua warga Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) MSU, daripada Persidangan PMI se-Selangor hinggalah ke hari terakhir semuanya berjalan dengan lancar..
Kemunculan Inteam dan al-Gebra memang dinanti-nantikan.. Aduhai, vokalis al-Gebra.. Sama tapi tak serupa, atau sebenarnya aku yang terlalu memuja hingga semuanya kelihatan tiada berbeza =)

inteam
amin, rahim & syah


Nur kasihMu..


Yang benar tetap benar..


alGebra
Ki, Ahnaf (vokalis) & King

Kacau! Ya, terlalu kacau dan berserabut rasa.. Mahu dilontarkan jauh tapi tak mampu! Lalu memaksa aku mengambil keputusan untuk balik kampung biar sebenar keadaan, keperluan dan segala macam ke..an lagi, sangat tidak mengizinkan.. Mengharap secangkir tenang dapat aku temui tatkala berada di sisi ummi.. Harus =)

* Sekali lagi ditanya mengapa tak masuk saja jadi ahli PMI.. Bersahaja aku jawab- "Aku nak jadi macam datuk Nabi.. Datuk Nabi tak pernah halang kerja dakwah Nabi, bahkan menggalakkan Nabi meneruskan usaha dakwahnya.. Tapi sampai akhir hayat beliau tak masuk Islam pun.. Jadi, aku tolong sebarkan sikit-sikit info-info dakwah PMI, sudahlah".. Dibalas keras-"Tapi datuk Nabi still tak masuk syurga, seringan-ringan azab di neraka Tuhan kata untuk dia".. Aku-Senyum saja laa (dalam hati kata, andai tiada syurga untuk ku, tiadalah aku memaksa kerana aku hanya hamba =) )

* Cik Marni, saya menunggu sijil yang dijanjikan untuk saya =)

* Sejak malam itu hinggalah ke saat ini, tidak tertuliskan sebuah pun sajak oleh aku.. Entah mengapa benak seakan kemarau kasih =)

di suatu sudut

Tabahlah..
25 Julai 2009 (12.15am)
KDE

0 comments:

Newer Post Older Post Home