29 September 2009

SELAMAT

Hampir terlupa akan kewujudan Emansipasi.. Diam kadang-kadang lebih baik kan? =)

1) Salam Syawal & Maaf Zahir Batin kepada semua, baik yang kenal dekat ataupun jauh jarak.. Maafkanlah, aku juga manusia...
2) Salam September.. Banyak yang berlaku, mari ucapkan selamat datang pada Oktober pula.. Harap ceritanya akan sedikit berbeza..
3) Selamat berjuang untuk semua warga MSU.. Bertahannn!

* Perlunya aku belajar untuk lebih banyak bersabar.. Sudah ditegur mengapa cepat benar darah mendidih walau hanya kerana hal yang kecil.. Kalau perlu meminta maaf, barangkali pada benda-benda yang tiada bernyawa pun banyak salahnya aku..

* Memohon selaut tenang dan secangkir lapang.. Sepuluh hari mendatang, aku mahu bertempur dalam sunyinya ruang.. Peperiksaan akhir semester 3, doakan agar dipermudah akan kesulitan yang panjang..

* Semoga kali ini 'bernafas' tidak sesak =)

(bisnes printing service tergendala buat sementara waktu, tunggu aku beli ink banyak-banyak dulu yer, hehe)

29 September 2009 (6.45pm)
KDE

08 September 2009

KOMITMEN

Hari ni berbowling.. Esok pagi lab test Immunology, lusa last quiz Immunology, Jumaat pagi lab test Clinical Microbiology, mungkin juga ada last quiz.. Dan Sabtu pulak, Basic Pathology.. Sebelum bercuti kena ambil slip final exam.. Really hope that everything will be okay.. More than okay I wish.. Bertahanlah.. Lagi dan lagi dan terus...

Rasa yang amat sukar untuk ditamsilkan.. Yang seringkali menggetarkan.. Tapi aku sendiri tahu jawapan untuk soalan rasa yang satu ini.. "Jadilah manusia yang tahu erti syukur".. Ajari aku akan makna bersyukur ya =)

Mengakui sesuatu yang bukanlah hak pada hakikatnya adalah sesuatu yang tidak rasional.. Itu lebih baik daripada menjelas dengan berbalas.. Aku senang dan bertanggungjawab ke atas pengakuan ini..

Ya, aku sudah ada komitmen baru yang perlu dijaga =)

* Sahabat-sahabat PMI.. Sorry sebab tak dapat join iftar dan solat hajat hari ini.. Untuk majlis bersama ahli kelab BBM Jumaat ni, akan aku fikirkan..

* Dipaksa makan, walau perut terasa penuh, mata sudah mahu pejam apalagi badan tiada terlaratkan.. Makanlah kawan-kawan..

8 September 2009
KDE

03 September 2009

LAB TEST

Tinggal lagi seminggu kelas.. Ermmmmm.. Esok lab test untuk subjek Clinical Biochemistry.. Next week lagi 3 subjek.. Agak 'tertekan' dalam minggu-minggu akhir ni.. Sebab semua kena siapkan.. Emosi jadi tak stabil, rasa nak marah jer.. Sorry kalau ada yang terasa hati atau aku termarah atau aku terkasar bahasa hari ni.. Orang kata jangan simbah petrol pada bara api, marak laa dia.. Tolong jangan buat aku terkejut, aku dapat rasa lately dada aku sakit semula.. Maybe sebab cuaca, selalu hujan.. Aku tak suka nak marah-marah, sebab aku jugak yang sakit..

Wish me luck for all the lab test and quizzes...

* Esok- bowling tournament.. Bayang-bayang kekalahan sudah kelihatan.. Aduhai..
* Sangat lapar, tapi selera 'mati'.. Harap esok akan jadi lalu semula..

Senyum selalu =)
3 September
KDE

02 September 2009

KIAS CINTA

Pencuci mulut

Bukan secubit cabaran yang perlu dihadap sekiranya mahu berumah ditepian pantai..
Tiada juga terasa senangnya hati seandai terpaksa berlindung ditanah yang tinggi..
Sukar dikias apalagi dijelas..

Sungguh hidup ini tiada yang pasti =)

2 September 2009 (11.25pm)
KDE

01 September 2009

BALE vs LEPAK @ 13

Seandainya KALAU itu bernilai...

Bale
Bila Lepak @ 13 bingit
Bale jadi suram kelam

Biasanya Bale bermandi cahaya hingga ke dinihari
Sekarang Lepak @ 13 ambil alih sepanjang Ramadhan

Dua-dua pun tak ada kaitan
Apa aku nak hairan?

Andai...

1 September 2009 =)
KDE

Newer Posts Older Posts Home