01 November 2010

NOVEMBER

1 November 2010. Maknanya tinggal lagi 2 bulan untuk tahun 2010. Oh cepatnya masa berputar. Saya masih ingat ada beberapa perkara yang saya kata pada diri, saya mesti laksanakan tahun ini. Ada tiga (selebihnya bersifat peribadi) yang paling saya ingat sebab saya bagitahu pada seseorang. Satu; saya nak ikut semua aktiviti MSU, terutamanya BBM Club dan mentor mentee memandangkan saya sudah berada dalam tahun akhir. Harus memenuhkan file dengan sijil-sijil yang pelbagai :D. Dua; saya bercadang untuk mendapatkan lesen kereta kerana saya ada masa cuti semester. Tiga; saya berniat nak pergi kursus kahwin dalam tahun ini juga.

Alhamdulillah, yang nombor satu berjaya. Banyak aktiviti saya dapat sertai dalam tempoh itu. Dua, tak berjaya. Cuti pertama saya habiskan di kampung sahaja dan cuti kali ini pula wajib untuk saya berada di sini menguruskan anak-anak tikus yang comel-comel ini untuk FYP saya. Dan rasanya memang tak mampu buat dalam tahun ini. Tiga, masih ada baki 2 bulan dalam 2010. Saya harap yang ini saya sempat buat. Atas pendapat yang mungkin agak personal, saya fikir bagus saya ambil tahun ini juga. Jadi, doakanlah ya!

                                         Pulau Giam

Tiba-tiba hati sangat merindui hempasan ombak yang memukul pantai, lautan membiru saujana mata memandang dan bilik besar yang panasnya seakan membakar kulit muda kami semua. Kalau sahaja kenangan yang satu ini menjadi yang terakhir, ia pasti akan tetap segar dalam ingatan kami bersebelas!

                                      Maha Suci ALLAH :)

KDE, 1 Nov 2010

0 comments:

Newer Post Older Post Home