06 July 2011

MINGGU KE 12

Lama tak lama, sudah 12 minggu saya di sini. Di pejabat ini. Hingga terlontarnya soalan dari Dr Fadzilah, mahu ke mana selepas ini. Mahu saja saya menjawab, mahu jadi lawyer dokte! Susah untuk menjawab soalan-soalan seumpamanya dalam waktu-waktu sebegini sedang hati sentiasa saja berkira-kira bila mahu 'bebas' :)


12 minggu, lama. Cukup lama pada saya. Dan sekarang bukanlah masa untuk mempertikaikan keputusan mengapa saya di sini. Saya yakin, amat yakin ALLAH menyimpan rahsiaNya biar akal saya bejat semenjak dua menjak ini memikirkan sesuatu yang tak pasti, ermm, jelas sebenarnya..

Lalu kebekuan otak memaksa hati dan jasad mengambil keputusan untuk berehat. Nyata debu-debu Kuala Lumpur sudah sangat menyesakkan nafas dan fikiran. Hai, baru saja merancang nak menambah sehari dua cuti, terpaksa ke Seremban pula selama 3 hari bermula Isnin depan. Serasa sudah benar-benar berada di alam pekerjaan yang bukan pilihan.

Rindu. Ya. Amat. Sangat. Pada Ummi, kampung, Amni, Auni dan semua yang berada nun jauh dari pandangan mata tapi senantiasa dekat dijiwa. Berkata rindu sahaja tidak cukup, ya. Tapi, cukuplah. Belajar untuk bersyukur kerana masih mampu untuk memberitahu bahawa, ya, aku terlalu merindu :)

Ya ALLAH, lapangkanlah hatiku menerima ketentuanMu. Terlalu banyak yang mahu aku nyatakan di sini, tapi mana mungkin ianya terjadi. Kurniakanlah aku petunjuk Wahai Yang Maha Pengasih, harus bagaimana untuk aku melupakan segala dan bermula semula. Aku mahu kembali menjadi anak kecil yang baru dilahirkan, suci lagi bersih dari segala dosa. Bebaskanlah roh dan jasad dari terus dipandu nafsu yang sentiasa membawa aku ke penjara dunia yang lampau lagi bersifat sementara. Tuntunlah aku ke jalanMu ya Rabb..


Bangsar

0 comments:

Newer Post Older Post Home