26 August 2011

TAK TERUCAP SYUKUR

Basmallah. Hamdalah.
Assalamualaikum wbt.

Syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurniaNya yang tidak ternilai, selawat serta salam buat Rasul junjungan.

Hari ini merupakan hari terakhir saya sebagai attachment student dibumi Bangsar. Rasa macam baru semalam dahi berpeluh-peluh berjalan membawa surat permohonan untuk buat internship di situ, hari ini dah habis. *ok, ayat cliche* (mujur balik petang tadi tak hujan, kalau tak ayat dia akan jadi-alam pun seakan mengerti akan kesedihan hati-*wink2*)

Ok, saya mengaku. Dulu, baru minggu ke 2, 3, saya rasa macam stress giler dan hampir tak nak teruskan buat praktikal kt sana. Tapi, ALLAH sayangkan saya. Kuat juga roh dan jasad saya berjuang. Hihi. Sebenarnya, bukanlah salah tempat itu ataupun staff-staff di bahagian tersebut yang membuatkan saya 'rasa tak sabar' nak habis. Tapi ada perkara yang tak boleh diceritakan. Saya percaya ada hikmahnya kenapa saya ditakdirkan menghabiskan masa hampir 5 bulan itu 'dengannya'. Sabar =)

*sekali kita tutup aib orang, sepuluh kali ALLAH tutup aib kita*

Dan sekarang, jujurnya saya mengaku saya sudah rindu pada external supervisor saya. Dr Fadzilah Kamaludin. Dia minta maaf sebab tak banyak masa dia habiskan untuk kami, saya sedia maklum dengan tugas dan kesihatan Dr. Sebagai seorang Timbalan Pengarah di Institute for Public Health, dia juga memegang jawatan Pengarah EIP Malaysia, jadual Dr memang penuh. Sampai saya jadi ingat. Lepas raya, Dr akan ke Lyon, France. Kemudian ke Penang, seterusnya Bali, Indonesia. Cordoba, Spain *sentap jap* dan ke beberapa buah negara lagi. Saya bangga dengan Dr. Lepas 10 hari bersalin anak ke 2, dia boleh datang exam untuk MBBS! Dia anak Melayu pertama yang bergelar Doktor di tanah Kuantan pada zamannya. Ya, Kuantan. Anak Pahang ok *wink2* Pesan Dr, 'you pergilah sejauh mana pun, all around the world, jangan sekali-kali lupa dari mana asal usul kita'. Terus saya jadi ingat pada Enrique Mengundang Jauh--> Dan perjalanan menjelajahi bumi atma, dibawa sejauh mana pun ke seantero dunia, tetap kembali. Ke titik paling dekat. Diri! 

Apa yang membuatkan saya rasa cukup dekat dengan Dr adalah kerana sifat keibuannya yang kadang-kadang membuatkan hati saya tersentuh. Walaupun Dr tegas, tapi saya dapat rasa sifat dia yang penyayang tuh sampai ke hati saya. Hehe. Masa saya kurang sihat, Dr sudi hantar saya balik! Bila saya minta cuti, dia faham saya. Dekatnya kami sampai saya boleh temankan Dr shopping barang dapur. Hehe. Dan moment yang buat saya rasa nak nangis ialah bilamana kami lunch bersama dan tengah-tengah makan dia letakkan lauk dalam pinggan saya. Wah, time tuh hati saya cakap-saya rasa takde external supervisor kawan-kawan saya buat cemtuh kot- *seyes nak nangis sebab teringat masa lalu* TT__TT (ok, anda nak kata-itu jer? saya tak kisah. saya tahu hati saya =p )

Dan seperti biasa, skrip yang dihafal sebelum tidur pun tidak mampu dilafazkan saat saya bersalam dengan Dr tadi, apalagi bila Dr tarik tubuh saya yang kurus ini *kurus ke? wink2* dalam dakapannya. *wah ayat* Saya jadi speechless. Rasa berhenti berdenyut jantung saya kerana terlalu kejap dan saya menahan sebak sebenarnya. Saya tahu Dr sayangkan saya. *ok, perasan di situ. tapi saya yakin. hati kena bersih okay*

Antara perkara yang Dr selalu ingatkan saya;
-untuk menjadi orang yang cemerlang kena jaga hubungan kita dengan ALLAH
-untuk menjadi orang yang cemerlang kena jaga hubungan dengan ibu/mak/ummi/bonda/mama/ma kita
-untuk menjadi orang yang cemerlang, hati kena bersih-fav quotes dokte

Betapa saya akan merindui bilik timbalan pengarah itu. Meja bulat tempat bekerja, lagu-lagu klasik nanyian Dr juga sofa pendek ruang melelap mata...

"Tuhan akan bagi (apa yang kita minta) bila niat kita ikhlas. I care for you"- Dr Fadzilah Kamaludin

Salam Ramadhan.

Khamis, 25 Ramadhan 1432H
Kg Baru

0 comments:

Newer Post Older Post Home