17 October 2011

MOTIF??


Mungkin saya bukan dilahirkan untuk menjadi seorang penulis yang baik. Setiap kali mencuba, pasti tak terhabis. Bakat pun tiada. Mungkin keadaan semasa yang tidak mengizinkan, mungkin juga. Ah, seberapa banyak mungkin pun, kenyataannya hanya saya dan Pencipta saya yang maha tahu segala.

Hidup penuh dengan warna. Kalaupun yang tinggal hanya hitam, tetap juga berwarna. Kita diuji dengan pelbagai jenis dan bentuk ujian, kematian, kesakitan, kesusahan, dan bermacam ke lagi saya kira. Ah, seberapa banyak ke pun, hakikatnya hanya saya dan Pencipta saya juga yang maha tahu segala.

Dan kata orang, hidup hanya ada dua percaturan sahaja. Berputar, timbal balik yang sama. Sama ada kita akan mengecewakan orang, atau orang yang akan mengecewakan kita. Cuba pejam mata, tarik nafas panjang sambil dzikrullah, dan hembus serta cuba ingat semula, berapa kali kita dikecewakan dan berapa kali pula kita mengecewakan? Ah, siapa peduli kalau aku dikecewakan manusia? Hanya Tuhan Yang Maha Mengetahui.

Kuala Lumpur

0 comments:

Newer Post Older Post Home