19 June 2011

TRAINING

EIP Training, 20-24 June 2011 at Grand Seasons Hotel, Kuala Lumpur.

Ermm.


A bit depressing. I can't plan my future ahead because now my life seems to be on a hanging thread. I can only hope for the best, and do pray that everything will be alright. My Lord, please take my hand and show me the way. Expand my chest and make things easy for me.. Aminn.

I do. Please understand. Huh..

Kuala Lumpur

14 June 2011

KELIRU

Sejujurnya sejak malam itu, hati ini menjadi tidak tenang. Mencari-cari akan maknanya ikhlas. Apa ertinya ikhlas? Buntu. Sesak. Bejat. Akal memikirkannya. Meski hari-hari harus juga dilewati dengan senyuman. Hampir dua bulan 'bertapa' ditempat praktikal. 'Jiwa' seakan tiada bersama. Bayangkan dalam tempoh itu sahaja dua, tiga kali saya demam. Saya akui sangat bertuah mendapat external supervisor sebaik Dr Fadzilah. Bahkan hampir semua staff menyatakan betapa beruntungnya saya. Masakan tidak, siapa yang keluar lunch naik Mercedes Benz yang dipandu doktor? Haihhh. Tapi sungguh saya amat merindui bau 'labcoat' yang dulu akan disarung setiap kali ke makmal. *hembus nafas kasar*


Selepas sekian lama.. Dan, malam itu saya sangat keliru dengan perasaan saya. Oh Tuhan, saya mahu luahkan... Kata hati kecil biar saja ia tersekat dikerongkong.. Mungkin saya yang terlalu mengikut perasaan, tapi hati saya jujur. Kalau saja dengan cara ini membuatnya faham, saya berdoa semoga.. Dirimu menyalahkan sebuah erti. Tapi diriku masih terhenti di sini. Dan jalanku masih belum dapatku pasti. Namun diriku masih terhenti di sini.. Andai kau dapat memahami, bahawa ku menanggung semua ini.. Bukan niatku ingin kau pergi, kerna ku masih terhenti di sini...


Kuala Lumpur

06 June 2011

SAYANG

Sayang,

Maafkanlah segala khilaf yang telah kita lewati yang membawamu ke jalan yang melupakan Tuhan. Kita harus berpisah untuk menjaga diri, untuk kembali harungi hidup dalam redha Ilahi dan jika takdirNya kita bersama, pastilah ALLAH akan menyatukan kita.

*Stanza Cinta*

Sayang sampai Syurga..

Sedang belajar untuk jujur dengan perasaan sendiri. Atau sebenarnya masih mencari diri dalam diri? Ke mana lagi harus dibawa hati? Terikat, terlalu ketat.

Kuala Lumpur
6.6.11 

24 May 2011

MAAF UNTUK SYURGA

Setiap hari di bumi Allah, kita berhubungan dengan makhluk lain ciptaan Allah terutamanya sesama manusia. Jika kita seorang ibu yang bekerjaya, selalunya kita akan berhadapan dengan suami, anak-anak, rakan sekerja dan ramai lagi. Pastinya dalam hubungan itu, kadangkala hati kita disakiti atau muncul perasaan benci kerana berlaku salah faham. Kadangkala amat sukar untuk kita memaafkan. Apatah lagi melupakan sesuatu yang menyakitkan hati dan perasaan. Kita selalu memberi alasan bahawa iman kita bukanlah sehebat iman seorang Nabi.
Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW duduk bersama sahabat di dalam masjid lalu baginda bersabda dengan ertinya: 
"Sekarang ini seorang lelaki penghuni syurga akan muncul dari sebelah pintu itu."
Maka muncullah seorang lelaki yang baru sahaja selesai mengambil wuduk. Janggutnya masih basah dan menitiskan air sisa wuduk. Kemudian dia solat sunat dua rakaat dan setelah itu dia duduk. Pada hari kedua Rasulullah SAW berkata lagi dengan ucapan yang serupa dan begitulah juga pada hari ketiga.
Ibnu Umar RA mengekori lelaki tersebut dan memohon agar dapat tidur di rumahnya. Dia amat hairan kerana lelaki tersebut biasa-biasa sahaja. Seperti orang lain juga yang mendirikan solat, berpuasa, berzikir dan lain-lain.
Lalu Ibnu Umar RA bertanya kepadanya, "Wahai saudara! Demi Allah sebenarnya aku ingin mengetahui cara amalanmu kerana aku mendengar Rasulullah SAW telah bersabda sebanyak tiga kali bahawa kamu termasuk salah seorang penghuni syurga. Amalan apakah yang kamu lakukan sehingga kamu boleh meraih penghargaan yang hebat daripada Rasulullah SAW? Setiap malam aku memerhatikan amalanmu, tetapi solat sunatmu tidaklah terlalu banyak, dan begitu juga dengan amalan lain yang tiada beza dengan kebanyakan orang."
Lelaki itu menjawab, 

"Demi Allah, tiada tuhan selain Dia! Sebenarnya amalanku biasa-biasa sahaja. Tiada perkara yang perlu dilebihkan dari kebanyakan orang. Namun apa yang terpenting, iaitu ketika aku ingin tidur pada waktu malam, aku tidak pernah menyimpan rasa dendam, tipu daya, hasad dengki dan iri hati kepada mana-mana orang Muslim. Hanya itulah yang aku lakukan sepanjang hidupku."
Maha Suci Allah, sungguh hebat darjat seorang Muslim yang suci hatinya dari perasaan dendam, hasad dengki dan iri hati terhadap sesama manusia. Mereka tenang di dunia dan juga bahagia di akhirat.
Artikel iluvislam.com

Maaf? Syurga? Diam tanda apa? Ya ALLAH, sungguh syahdu..

24 Mei 2011
Kuala Lumpur

22 May 2011

HAPPY BIRTHDAY

selamat ulangtahun sayang :)

i called myself sayang? huhu =p

i am 23 years old now. still young okay =p

Alhamdulillah, terima kasih ALLAH untuk kurniaan nafas yang menjadi tunjang nyawa ini. Terima kasih ummi untuk pengorbanan melahirkan saya 23 tahun yang lalu. Terima kasih keluarga, sahabat handai dan semua yang pernah, telah, sedang, bersama dan mungkin nanti akan bersama dengan saya menjalani hidup.

Doakan saya :) Saya sayang semua.. Okay stop... sebelum air mata mengalir.. Salam penuh kasih :)

May 22 2011
Kuala Lumpur

12 May 2011

HAKIKAT PERNIKAHAN


"Hakikat pernikahan adalah kerana IBADAH kepada ALLAH, sesungguhnya ALLAH itu KEKAL dan MAHA PEMBERI HIDUP kepada makhlukNYA.. Dan ALLAH mencintai hambaNYA melebihi seorang ibu mencintai bayinya.. Maka tidak ada alasan apapun di dunia yang dapat meretakkan rumahtangga kecuali jika pasangan menderhakai ALLAH.."

wallahua'lam bissowab.

Salam penuh kecintaan. Buat yang bakal mendirikan masjid dalam waktu yang sudah boleh dihitung harinya, saya hanya mampu kirimkan pesanan tanpa suara ini juga doa yang berpanjangan dalam hati. Semoga semua perancangan berjalan dengan baik dan berbahagialah kalian hingga hujung usia dan moga bertemu kembali di SyurgaNYA. Juga selamat ulangtahun kelahiran! Didoakan semoga dikurniakan usia yang berkat dan rezeki yang berpanjangan. Dunia penuh dengan ranjau dan cubaan, hiduplah bersama Tuhan dan hadapi dengan senyuman. Semoga ALLAH redha :)

May 12 2011,
Kuala Lumpur

02 April 2011

SELAMAT TINGGAL KDE

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
I have been here for four years. To all, the best come from ALLAH, the bad come from my weakness. So, million of apologies deep from my heart. I will never forget you all. I know one day I will miss your smile, your voice and everythings.. Thank you so much. Thank you for giving me memories to treasure whole life through.. May ALLAH always bless you all here and hereafter, aminn.

*orang kata biasanya dalam 2 keadaan orang kita 'tak boleh' nak cakap dalam bahasa kita. Satu waktu sedih, dua waktu marah. ye ke? saya rasa ye :P ini bingkisan terakhir dalam suasana brunsfield 7-51. tak boleh nak tulis dh, selamat tinggal Kota Darul Ehsan, maaf zahir batin pada semua manusia yang mengenali saya. doakan saya untuk hari-hari mendatang. kalau permulaannya penuh dengan cubaan, yakinlah pengakhirannya pasti ada kemanisan, itu janji Tuhan. bahkan sejarah Nabi sendiri telah membuktikan bahawa kesabaran adalah anak kunci kemenangan.

Terima kasih. Terima kasih. Terima kasih.

Kalau ada sumur di ladang,
Boleh hamba menumpang mandi,
Kalau bukan di dunia yang lapang,
Moga ketemu di Syurga abadi!

Salam penuh kecintaan!
KDE

Newer Posts Older Posts Home