06 June 2009

CUTI

Basmallah.. Alhamdulillah..

Selesai sudah semester pendek yang ke-3, maka sekali lagi akan bercuti pendek mulai esok.. Terima kasih untuk semua sokongan dan dokongan ketika aku rebah.. Semoga ALLAH membalas budi baik kalian.. Peperiksaan akhir berjalan dengan lancar meski diuji dengan selsema..

Sekalung terima kasih juga untuk para sahabat yang sudi meraikan ulangtahun kelahiran ku yang ke-21 bulan lepas.. Dalam kesibukan mengharungi semester pendek yang makin dipendekkan atas sebab-sebab tertentu, masih ada yang mengingati.. Semoga ALLAH merahmati kalian.. Sambutan ke-2 pada usia 21, yang pertamanya ketika berangka 19.. Dengan secebis harapan yang tidak terluahkan.. Tak terucap syukur!

Sekadar mahu sedikit berbahasa, ribuan terima kasih khusus kepada saudari Marni bt Bakri, sahabat ku atas undangan ke Majlis Ceramah, Solat Hajat dan Bacaan Yassin, anjuran Persatuan Mahasiswa Islam (PMIMSU) 25 Mei yang lalu.. Sedikit terkalih juga niat aku di saat-saat akhir, tapi alhamdulillah masih dipilih ALLAH untuk berada dalam taman syurga.. Atas sebab kesihatan, mohon maaf Marni kerana tidak berlanjutan ke acara yang seterusnya.. (dan dalam nada berseloroh, kata ku pada Marni-ruginya tidak dapat berimamkan ustaz H).. Walaupun aku bukanlah ahli jemaah PMI, tetapi berada bersama-sama mereka mengalir juga sejalur kesejukan.. Sejujurnya, inilah ceramah motivasi yang pertama aku turut serta setelah sekian lama meninggalkan 'zaman-zaman silam' ku.. Yang memandang dengan ekor mata yang tajam juga sinis senyum di bibir, aku sedar siapa aku.. Jangan lupa kamu hamba aku pun hamba, aku asalnya tanah, kamu juga.. Siapalah kamu untuk mempersoalkan mengapa aku berada di situ?

Teruja rasa bila dikhabarkan yang akan berceramah adalah Ustaz Mohd Zawawi Yusof, tapi bila diumumkan oleh pengerusi majlis Ustaz Zawawi tidak dapat memenuhi undangan, hati manusia aku kecewa juga.. Berulang kali pengerusi majlis memohon agar semua para hadirin mengikhlaskan hati kerana ALLAH meski Ustaz Zawawi berganti ustaz lain.. Soal ikhlas atau tidak, bukanlah hak pengerusi majlis untuk menilai.. Itu urusan Tuhan sedang ada beberapa suara yang aku dengar-hadir-kerana perlu buat laporan untuk subjek ustaz-kerana nak mencari hidayah-tiba-tiba yang duduk di sebelah aku bangun dan keluar seraya berkata perlahan kepada kawannya-bukan ustaz Zawawi- ALLAH Maha Mengetahui..

Aku pernah diajak untuk berada bersama ahli jemaah PMI sejak minggu pertama aku berada di bumi KUTPM, sekitar awal tahun 2007 lagi, kata orang ketika muka masih 'suci' lagi.. Dan bila saudari Marni mengulangi perkara yang sama, (ikhlas atau tidak hati kamu Marni, Tuhan lebih tahu) aku sambut dengan sekuntum senyum tulus.. Dulu.. Terasa bersalah kerana menolak, tapi hari ini sungguh amat tidak layak.. Aku amat menyedari akan keterikatan aku pada dunia masih sangat kuat..
Mana mungkin 'aku' ini..


Selamat bercuti semester kepada semua para sahabat ku, jangan lupa buat persiapan mental untuk bertemu Dr Pallavi semester depan!

5 Jun 2009 (11. 33pm)
KDE

0 comments:

Newer Post Older Post Home