27 December 2009

10 Muharam


Asyura adalah hari kesepuluh bulan Muharam, bulan pertama tahun Hijrah. Hari Asyura menjadi penting antara lain kerana diundangkan untuk pertama kali sebagai hari berpuasa dalam sejarah Islam. Hari Asyura juga berkaitan dengan beberapa peristiwa yang dialami nabi-nabi. Berdasarkan oleh Imam Al-Ghazali (450H/1058M-505H/1111M) pada hari Asyura dalam tahun-tahun yang berbeza terjadi juga beberapa peristiwa penting lain yang berkaitan dengan penciptaan arasy, langit, bumi, matahari, bulan, bintang dan Syurga. Bagi golongan Syiah, Asyura menjadi simbol keagamaan atas terbunuhnya Hussain bin Ali (4H/626M-61H/680M) yang kemudian dikenali dengan peristiwa Karbala.

ASYURA dan NABI

· Nabi Adam diciptakan, bertaubat dan masuk Syurga

· Nabi Idris diangkat ke tempat yang tinggi

· Nabi Nuh berlabuh dengan bahteranya di Bukit Judi

· Nabi Ibrahim dilahirkan dan diselamatkan daripada unggun api

· Nabi Yaakub disembuhkan kembali daripada penyakit mata

· Nabi Yussuf dikeluarkan dari kurungan penjara

· Nabi Musa diselamatkan, firaun ditelan gelombang

· Nabi Sulaiman diberikan kerajaan besar

· Nabi Yunus dikeluarkan daripada perut ikan

· Nabi Isa dilahirkan dan diangkat ke langit

PUASA ASYURA

Rasulullah saw bersabda yang bermaksud;

“Barangsiapa melapangkan keluarganya pada hari Asyura nescaya ALLAH melapangkannya sepanjang tahun itu” (Riwayat al-Baihaki)

“Sesungguhnya hari Asyura termasuk hari-hari yang dimuliakan ALLAH. Barangsiapa suka berpuasa, berpuasalah” (Maksud hadith)

“Puasa pada hari Asyura menghapuskan dosa satu tahun yang lepas” (Riwayat Muslim dan Abu Qatadah)

“Sesungguhnya hari ini adalah hari Asyura, tidak diwajibkan kamu berpuasa, tapi saya berpuasa. Barangsiapa ingin berpuasa, berpuasalah, dan barangsiapa tidak ingin berpuasa hendaklah berbuka” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dipetik daripada Ensiklopedia Islam untuk pelajar terbitan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia.

Tambahan-Dari Abu Qatadah Al-Anshari r.a. katanya Rasulullah s.a.w. ditanya orang tentang puasa hari Arafah (9 Zulhijjah). Jawab baginda, "Semoga dapat menghapus dosa tahun yang lalu dan yang akan datang". Kemudian Nabi ditanya pula tentang puasa hari Asyura (10 Muharram). Jawab baginda, "Semoga dapat menghapus dosa tahun yang lalu". (Sahih Muslim)

KDE

3 comments:

berpuasalah, nescaya kamu akan sihat :)

ya! pilihlah untuk berpuasa!

asyura - bukan sekadar bubur

fiq,
selamat;)

incik djambu,
asyura - bkn sekadar bubur - ;)

Newer Post Older Post Home