31 December 2009

SELAMAT TINGGAL KASIH

Too tired...
trlalu bz,xsempat nk jengok blog2..minggu yg sgt meletihkan..mid sem exam diawalkn!!! heh! jdnyer,mgu neh laa nk kena siapkn sume lab report,assignment,abeskn chapter..mgu dpn tgl bape kelas jer dh,tuh pon utk quiz..lps kelas td sempat ikut din n the gang g beli2,mlm neh nk buat mkn2 besday abuzam..balik siapkn keje2 yg tertunggak,malam mkn2..esok kelas pagi,pastuh nk ikut makteh & kak ery g sunway P shopping2..hoho! sungguh xrajin nk ikut tp sbb nk beli sumthing,aku pon ikut laa..tp sooo frustrated!!! lamer simpan duit nk beli itu barang,tp dh xder! :(( ader yg mtk puisi2,sorry...sgt sibuk skrg & idea pon xder..malam esok ikut Kelab Kreatif pegi Malam Genta Puisi,sgt excited;) esoknye dh janji dgn de nk g umah dia & kuar jalan samer2..bykkan plan?hope sume ok:)

nk kena tulis ker last entry tahun 2009?

2009?

kosong.. 0.. zero..

lain kali laa yer tulis,td raser nk tulis panjang..tetibe raser terharu:)
doa awal tahun aku cuma-
"semoga ALLAH mengampunkan dosa tahun2 yg lalu & yg akan datang,aminnn" :)

Cuma boleh ucap,Selamat Tinggal Kasih...
KDE

27 December 2009

10 Muharam


Asyura adalah hari kesepuluh bulan Muharam, bulan pertama tahun Hijrah. Hari Asyura menjadi penting antara lain kerana diundangkan untuk pertama kali sebagai hari berpuasa dalam sejarah Islam. Hari Asyura juga berkaitan dengan beberapa peristiwa yang dialami nabi-nabi. Berdasarkan oleh Imam Al-Ghazali (450H/1058M-505H/1111M) pada hari Asyura dalam tahun-tahun yang berbeza terjadi juga beberapa peristiwa penting lain yang berkaitan dengan penciptaan arasy, langit, bumi, matahari, bulan, bintang dan Syurga. Bagi golongan Syiah, Asyura menjadi simbol keagamaan atas terbunuhnya Hussain bin Ali (4H/626M-61H/680M) yang kemudian dikenali dengan peristiwa Karbala.

ASYURA dan NABI

· Nabi Adam diciptakan, bertaubat dan masuk Syurga

· Nabi Idris diangkat ke tempat yang tinggi

· Nabi Nuh berlabuh dengan bahteranya di Bukit Judi

· Nabi Ibrahim dilahirkan dan diselamatkan daripada unggun api

· Nabi Yaakub disembuhkan kembali daripada penyakit mata

· Nabi Yussuf dikeluarkan dari kurungan penjara

· Nabi Musa diselamatkan, firaun ditelan gelombang

· Nabi Sulaiman diberikan kerajaan besar

· Nabi Yunus dikeluarkan daripada perut ikan

· Nabi Isa dilahirkan dan diangkat ke langit

PUASA ASYURA

Rasulullah saw bersabda yang bermaksud;

“Barangsiapa melapangkan keluarganya pada hari Asyura nescaya ALLAH melapangkannya sepanjang tahun itu” (Riwayat al-Baihaki)

“Sesungguhnya hari Asyura termasuk hari-hari yang dimuliakan ALLAH. Barangsiapa suka berpuasa, berpuasalah” (Maksud hadith)

“Puasa pada hari Asyura menghapuskan dosa satu tahun yang lepas” (Riwayat Muslim dan Abu Qatadah)

“Sesungguhnya hari ini adalah hari Asyura, tidak diwajibkan kamu berpuasa, tapi saya berpuasa. Barangsiapa ingin berpuasa, berpuasalah, dan barangsiapa tidak ingin berpuasa hendaklah berbuka” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dipetik daripada Ensiklopedia Islam untuk pelajar terbitan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia.

Tambahan-Dari Abu Qatadah Al-Anshari r.a. katanya Rasulullah s.a.w. ditanya orang tentang puasa hari Arafah (9 Zulhijjah). Jawab baginda, "Semoga dapat menghapus dosa tahun yang lalu dan yang akan datang". Kemudian Nabi ditanya pula tentang puasa hari Asyura (10 Muharram). Jawab baginda, "Semoga dapat menghapus dosa tahun yang lalu". (Sahih Muslim)

KDE

25 December 2009

51


Angin yang menghembus itu sudah cukup untuk menjelaskan,

ada segunung rindu disebalik renyai titis hujan



Noktah.


KDE, 25 Disember

23 December 2009

SEMINAR

Salam Sastera...


Muzium Sultan Alam Shah,Shah Alam
Anjuran Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor

Fakta:

* Sgt bersyukur dapat jd salah seorg peserta:)
* Teruja bertemu SN-Datuk Dr Anwar Ridhwan & A. Samad Said biar hanya selayang pandang (sbb aku xjoin sesi pagi,Bicara Tokoh,ade kelas-sampai2 dorg dh kt kete nk balik)
* Dr Anwar pandu sendiri kete Proton Perdana dia(xmain ah pemandu weyh..errr,juga satu kenyataan ialah-dia juga masih segak:P)
* Seminar penulisan kreatif mula pukul 2.30-5.00pm,panel SM Zakir-cerpenis yg juga anak kpd S.Othman Kelantan & Saleeh Rahmat-Pensyarah Pengajian Media UM,moderator-Tn Hj Solihin Osman-Management and Science University (MSU)
* Secubit ilmu penulisan,aku bawa pulang:)

( SM Zakir kelihatan seperti seorg lelaki yg romantik-ni xtahu laa fakta ke x :P )

-Walaupun agak mengantuk,pihak Muzium sgt prihatin.. Sediakn gula2 utk peserta:P
-Hidangan minum petang yg sungguh menghimbau suasana kampung-ubi goreng,karipap panas,pengat pisang & secawan kopi(aku xpenah mkn ubi goreng,rebus penah ah..dek kerana sebiji vitamin C jer yg masuk dlm perut sejak pg,aku belasah jer laa ubi goreng tuh..sedap jgk!)
- 31 Disember diundang ke ASWARA untuk pementasan teater:)

( Skrg bdn panas nk demam,sbb balik redah hujan lebat-kali ke 2 mandi hujan Sh Alam,hoh!)

Sgt gembira dpt amik berkat Sasterawan Negara,hehe..
23 Disember yg bersejarah:)

KDE

22 December 2009

BERTUNANG?!

Gambar hiasan (tp aku sgt suke warnanyer ok! )

Sebelum aku balik

HM1: Nk balik kg?
Aku: A'a..tambang pegi balik disponsor,xkan nk tolak;)
HM2: Kalu syima kerap balik kg neh,ade laa mendenyer tuh..sumthin wrong..ko knpe?
Aku: Xder laa kak,sy ok dh..inshaALLAH
HM3: Kak,entah2 umi dia nk tunangkan dia..bkn boleh cayer neh..
HM4: A'ah,aku rase kalu nikah pon senyap2 jer syima neh..
Aku: Hahaha,xkannnnn lah...

***

Sewaktu di kampung

Umi: W** bertunang dh
Aku: Hah? Seriusss!
Umi: Yer,mi pegi hari tuh
Aku: Org mane?
Umi: Kelantan, Wakaf Che Yeh
Aku: Jauhnyer,mak ngah kata aper?
Umi: Mak ngah kata,dekat-dekat sgt,jauh-jauh amat (merujuk kpd abg Ijan yg isterinye cuma berselang 2,3 buah umah jer)
Aku: Hujan pun menangis
Umi: Aper?
Aku: Xder per :P

Ceh,harapan nk jd menantu tok bilal! Hahaha...

Gurauan semata2,mak ngah baik,W** pon baik.. Yg baik utk yg baik:)

KDE

16 December 2009

TAHAJJUD CINTA



(2x)
Kau datang ketika duka
Dan bintang bercahaya
Tunjuk ku ke jalan Syurga

Ku haus di tengah laut
Lemas mencari tempat berpaut
Kirimkan aku kekuatan
Serta pedoman di kesesatan

Ku sunyi dalam gembira
Perih pedih tanggung derita
Sungguh aku bukan wali
Yang suci dari hina dan benci

c/o
Kau datang ketika duka
Dan bintang bercahya
Tunjuk ku ke jalan Syurga

Terlalu lama aku mencuba
Terlalu banyak
Cinta yang ku damba
Tiada yang sempurna
Hanyalah fana
Tuhan, ampuni hamba-Mu

Ku rebah di dada malam
Memecah dendam yang lama diam
Ku tanggalkan baju dunia
Dakap ku dengan selimut Syurga
Ya Tuhan ku hanya pada-Mu
Tempat mengadu segala rindu
Limpahi ku rahmat kasih-Mu
Dalam tahajjud cinta bersujud

* Di tubir kolam,ada air yg bergenang bila dihayati liriknya.. 5 bintang utk penulis lirik & pencipta lagu,juga utk suara gemersik yg mendendangkannya.. Kebanyakkan lagu aku suka part intro,sbb intro yang akan 'cerita'kan sume tentang kisah sebuah lagu tuh.. (pendapat peribadi aku laa,try dgr lagu Faizal Tahir Mahakarya Cinta tuh,kalau xdgr intro mesti xpaham ape laki tuh nk ckp) Tp lagu ni,aku suka sume! Dari intro sampai habis.. Karya yg berkualiti!

Terlalu lama aku mencuba...
Tirai 16 Disember berlabuh dalam tahajjud cinta bersujud :)


KDE

13 December 2009

WTF!

RM86, 680

Wallawey tajuk! :P

Dlm kete Proton Saga yg ditumpangi
Aku: Amy,kalu aku ade duit skrg nk beli kete ah
Amy: Nape?
Aku: Tuh (tunjuk 1 lg kete Proton Saga kt luar tingkap)
Amy: WTF
Kak J r: What The F**k!
Kak Ery: Hoiiiii...
Aku: Hehe..

Senarai nama yg memohon utk no siri WTF

Skrg kalu kt KL, Selangor neh nmpk laa merata2 kete berplat no WTF.. Yg paling mahal katanye WTF 1=RM86,680.. Plat no shj ok! Dari sumber JPJ, WTF 1, WTF 2, WTF 3, WTF 4, sume kete MELAYU punyer.. Hehe, diulangi MELAYU punyer.. Brader tuh kata 'ape ade hal, org Melayu mmg suke mencarut'.. Ten...ten..ten...

Aku: Bdk kelas aku baru pakai kete-WTH
HM: Kete ape?
Aku: ****
Aku: Wey,beri ke aku 86000 neh,settle loan MARA!
HM: Kalu beri ko,kalu beri aku berlebih-lebih-lebih lg weyh..
Hahaha :D
Aku: Meh,mkn roti kacang neh.. Rezeki dari ALLAH jgk..

Cuba kite pikirkan WTF tuh sebagai akronim bg mende lain.. Mcm World Tennis Federation ke, Wey Takleh Fikir ke? or bunyi Islamic sket, Wish The Firdaus.. Maybe kite xtrgolong dlm golongan yg suke mncarut tuh.. Hehehe..

M/K - Harga diri seseorang itu bukanlah daripada banyaknya harta tetapi adalah berdasarkan apa yg ia lakukan utk memperbaiki dirinya :)

(bg mutiara kata nk cover tajuk yg agak xpatut tuh,sekian :P )

KDE

12 December 2009

ISTERI




Gambar-gambar ni bisu.. Tapi kita sume yg masih bernafas sudah tentu juga boleh berfikir dgn baik.. Bile aku terbaca jer berita ni, terus teringat lagu Handzalah by Rabbani.. Bezanye, Handzalah setelah bernikah sempat 'bersama' dgn isterinya Jamilah, kemudian tanpa sempat 'mandi' dia keluar berjihad & meninggal dunia di medan perang.. Lalu turunlah malaikat ke bumi utk memandikan jasadnye.. Cite ni, baru 4 jam nikah... Jadi?

"Nikah juga satu ibadah" - Abdullah Khairul Azzam, KCB



Sumber

KDE

PEMIMPIN


Aku terbaca, & aku berkenan dgn statement ni :

Menganggap sesiapa sahaja berhak mengemukakan pendapat, kata Anang, dia hanyalah seorang seniman yang berkarya menerusi nukilan jiwanya.

"Kerjaya saya adalah mencipta lagu dan menyanyi. Pesanan daripada seorang guru saya, mencipta lagu yang baik adalah daripada cerita peribadi sendiri.

"Bagi saya, Yanti (Krisdayanti) tidak perlu rasa bersalah kerana dalam hal ini dua-dua pun bersalah. Secara peribadi, Anang yang bersalah kerana jika pemimpin benar, pasti semuanya berjalan dengan baik.

"Tanggungjawab sebagai seorang pemimpin keluarga selama 13 tahun, saya berhadapan terus dengan Allah.

"Kalau saya seorang pemimpin yang mampu berikan apa yang Yanti mahukan, sudah tentu tiada sebarang masalah," kata Anang lagi.

Suka kenyataan tuh, merendah diri bunyinyer.. & tak tuding kesalahan kt org lain.. Jangan salahkan orang kan? Muhasabah diri sendiri.. Rahasia itu hanya KAU yg tahu...

Sumber

Sh Alam
4.04am

10 December 2009

TAPAK SULAIMAN

Kisah Motivasi Tapak Sulaiman


Sudah manjadi rutin harian lelaki tua itu untuk bangkit dari tidurnya sebelum dinihari. Dia lazimnya memulakan hari baru dengan berjalan menyusuri pantai yang berhampiran dengan tempat tinggalnya. Pada suatu pagi yang bening, sambil dia berjalan, terlihat olehnya seorang pemuda sedang membongkokkan badannya sambil mengutip sisa-sia tinggalan yang dibawa naik ke gigi air oleh air pasang semalam. Selain sampah sarap, pemuda tersebut turut mengutip tapak sulaiman yang terdampar lalu membalingkannya semua ke laut. Lelaki tua itu tertarik untuk bertanya apakah tujuan pemuda tersebut berbuat demikian.


“Air pasang telah menyebab tapak-tapak sulaiman ini terdampar di tepian pantai dan ia tidak boleh kembali semula ke laut dengan sendirinya”, balas pemuda itu. Sambungnya, “Semuanya akan mati tatkala terbit mentari kecuali saya membalingnya semula ke laut”.


Sambil pemuda tersebut berkata-kata, lelaki tua tadi hanya memperhatikannya. Matanya meleret menyaksikan laut yang terbentang luas. Tapak-tapak sulaiman yang terdampar pula tidak terkira banyaknya.


“Tetapi, tapak sulaiman ini entah berapa bilangannya. Bolehkah anak muda menyelamatkan kesemuanya sebelum matahari muncul? Sudah tentu rancangan saudara ini tidak akan membawa apa-apa perubahan”, soal lelaki tua itu lagi.


Pemuda tersebut berhenti sejenak untuk berdiri dan dia kembali membongkok, mengutip tapak sulaiman dan melontarkannya sejauh mungkin ke lautan. Lantas, dia berpaling ke arah lelaki tua dan berkata;


“Saya telah melakukan perubahan kepada yang tadi, dan ini…,dan ini… (sambil terus mengutip dan melontar dan mengutip dan melontar lagi)”...


Kita semua mampu melakukan perubahan dengan hanya tindakan-tindakan kecil yang kita lakukan. Kita tidak pernah tahu apakah impaknya dari hanya sekuntum senyuman yang dilemparkan, sentuhan atau kata-kata baik yang keluar daripada mulut kita...


Sedang memotivasikan diri sendiri.. Skrg setiap masa mulut kena ckp, Ya ALLAH berilah aku kekuatan... Kalau tak.. Terima kasih banyak-banyak yer :)


KDE

09 December 2009

THINGS CHANGED

Again.. Things changed...

And today..my new life began :)

Ok,aku dh bosan sebenarnye dgr kwn2 aku tya ape dh jd.. Badan makin kurus,hidup tak terurus.. Yer ke? aku ok jer aku rase.. Tgh study Pharmaco ni..

At last,otak aku pon berfungsi dgn baik.. Kalau org lain boleh tersenyum kenapa tak aku? Kan? So today, i apologize for my wrong doings. It's really unintended.. I failed..but life goes on right?

Kita dulu pernah jatuh dlm org kata bersabarlah.. Kita juga pernah sama-sama menangis untuk bangkit melangkah.. Aku xkan luper.. Hidup kan? Anything can happen...

Hope sume manusia tgh senyum sekarang, macam aku :)


KDE

05 December 2009

KETERPAKSAAN

Kadang2 apa yg kita buat tu bukanlah apa yg hati kita kata setuju nak buat, kan?

Aku tak nak.. Sumpah aku tak nak..

Tapi aku terpaksa.. Sebab aku terseksa...

Aku harap agar semua manusia yg tersenyum mahupun menangis, bukan lagi kerana wujudnya aku.. Asbab aku dan aku..

Ya ALLAH, berikanlah aku kekuatan.. Sungguh ini adalah sesuatu yg sukar...
InshaALLAH.. InshaALLAH.. InshaALLAH..

Maafkanlah..
Semoga bahagia...

Shah Alam

03 December 2009

SEPURNAMA

Sehari terlalu lama, sebulan telah sempurna..

Aku tak tahu nak tulis apa, tapi yang pastinya aku sudah terlalu rindu..

Sekali ini harapnya tautan antara aku dengan Emansipasi dan SC akan lebih baik lagi..

Seperti suatu waktu dulu, ketika aku tersenyum dan berbahagia dengan blog...

Dan hari ini yang tercipta, aku pun tertanya-tanya..


Apakah Emansipasi ruang untuk aku berkongsi tawa gembira atau titis luka mutiara?

Sesudah 30 hari sempurna, bererti sepurnama jua aku tanpa jawapannya...

3 Nov 2009 (5.11am)

Newer Posts Older Posts Home