PRINT+SCAN
Just a simple update..
* Nak print? Contact laa ya :P
31 Ogos 2009
KDE
Just a simple update..
Posted by Emansipasi at 10:35 PM 0 comments
Labels : Aku K dan K
(Kami The Movie)
Selamat berpuasa! Merdeka!
Tertengok Intan sayang manja semalam.. Aku rasa aku macam abang long Kinah laa :P
Dua kali abang long cakap macam ni- "this time, she's mine"- kalau tak salah laa =)
Lepas tu tertengok Kami The Movie kat 8tv.. Ermmm.. 5 orang budak yang hidupnya penuh dengan kekusutan.. Tak faham sangat sebab tak tengok dari awal.. So, tak reti nak tulis sinopsis.. Tak boleh nak agak Ali suka Lynn ke Sofi.. Semua baik, tapi gunakan cara yang salah untuk selesaikan masalah.. Baik macam mana pun, at last semua berpisah...
1) Aku perasan yang 3 daripada 5 orang budak tu selalu ulang dialog- semua orang pun ada rahsia atau kadang-kadang ada perkara yang lebih baik kita simpan sebagai rahsia- =)
2) Kalau hanya nyawa sebagai gantinya untuk membuktikan rasa sayang, adakah anda akan melakukannya? Peribadinya aku kata sanggup.. Sebab tinggal 2 perkara jer belum bagi.. Tapi umi aku kata, dalam dunia ni cuma seorang ibu yang akan sanggup untuk berkorban nyawa.. Ey?
3) Lepas Abu mati, Ali tunjuk satu buku pada Lynn.. Dalam buku tu Abu tulis -Hidup ini memang f*ck.. Tapi esok masih ada- Lynn nangis sebab Abu dah tak ada hari esok lagi sebab dia.. (Dia tak tunjuk perkataan tu kat tv, tapi aku pernah belek buku Kami The Movie kat MPH Bookstore)
Justifikasinya? Hidup ini memang sulit.. Tapi ia singkat dan sangat berharga =)
31 Ogos 2009 (11.55am)
KDE
Posted by Emansipasi at 12:42 PM 0 comments
Labels : Aku K dan K
Ermmm...
Mungkin ramai yang tengah melagu Harapan Ramadhan sekarang ni, maklum dah hari ke 5.. Yang terbaik untuk semua.. Tak tahu nak tulis apa lately, rasa sukar diduga semenjak dua menjak ni.. Just follow the flow =)
1) Mentor aku panggil semua mentee-menteenya sebab ktorg kena organize bowling tournament sekali dengan makan-makan buka puasa.. Yang ini untuk subjek Study Skills kononnya laa.. (Aku kena buat kerja jugak, lagipun dah malas nak buat hal lagi.. Cik Nazreen Sofia, kalau tak silap aku dia ni mentor aku yang ke 4, ke 5 selama 3 sem aku jadi Biomedic student.. haha.. Mane ada budak tukar-tukar mentor banyak kali.. Nampak sangat jahat kan? Mentor tak larat nak jaga.. hehe.. So, tak nak nakal-nakal dah.. Ikut aje laa apa yang disuruh)
2) Wah.. Jeles jugak laa aku tengok sampul duit yang Pjoe dapat tadi.. Dia menang naib johan deklamasi sajak sempena hari kemerdekaan.. Aku tarik diri last minute sebab memang langsung tak confident.. Seriusss! Tapi kalau aku masuk aku tahu dah aku sure menang, so bagi chance laa kat orang lain pulak kan :P
3) Tadi cakap-cakap dengan Marni, (YM).. Aku tanya dia, 'kat luar ko nampak aku macam orang ada masalah ke'.. hehe.. Marni jawab, ' sometimes, pada people yang concern laa'.. hehe.. Aku tak laa rasa aku ada masalah sehari dua ni, tapi otak aku macam kusut sikit.. Marni budak baik.. Macam langit dengan bumi compare dengan aku.. hehe.. Aku tumpang baik dia =)
* Roomate aku balik.. Cuti lama, agak laa.. Flight dia pukul 8 tadi.. So, boleh laa aku beraja dalam bilik dan 'berehat' sikit.. Bilik ktorg kecik, macam bilik stor aka bilik sampah kata Amy yang jahat.. Amy kata, bilik ni sesuai untuk sorg jer.. Barang aku jer dah penuh bilik.. Aku pon jawab, kalau aku kaya My, aku tak laa menyewa bilik ni.. Tuuu, duk Laman Seri dah.. Then, ktorg gelak.. Aku kenakan dia balik bila dia kata bila nak makan kat Bale (tempat makan yang nampak eksklusif & semua yang singgah berkereta jenis orang kaya).. Kalau kita yang pergi Bale tu, air merah hijau yang dalam balang untuk tukang masak tu jer kot kita mampu bayar.. hahaha:D
* Kebiasaannya pon, memang masa aku banyak habis dalam bilik.. Duduk sorang-sorang kadang-kadang best jugak.. Tapiii, tak boleh selalu.. Banyak perkara kena jaga.. Penting.. Amat! Manusia fikirnya luas sekali.. Letih dah.. So, just ignore..
* Kelakar Miss Veno nak salam dengan Kamal tadi.. haha.. Dia dah hulur, then baru dia tanya.. Boleh salam ke? Dia ucap takziah.. Miss Veno memang baik.. Ada kisah ktorg dengan dia.. Sem lepas dia ajar Complementary & Alternative Medicine, sekarang dia ajar Immunology & Serology.. Miss, boleh dapat A macam sem lepas tak? huhu.. Miss kata, dia tak akan lupakan ktorg.. Ya laa, aku yang jumpa handphone dia tersadai atas jalan tar.. Kalau orang lain yang jumpa, kan belum tentu akan dikembalikan.. Jujur & baik kan aku & kawan-kawan.. ( Ciri-ciri calon isteri yang baik, mungkin :P )
Emansipasi adalah laman kisah hidup aku sahaja.. Untuk mereka-mereka yang dekat.. Terima kasih sudi membaca, tak nak pun takpe.. Untuk berpuisi, aku perlukan waktu lagi untuk 'berehat'.. Ada beberapa perkara yang bermain dibenak aku, tapi biarlah masa yang berbicara..
27 Ogos 2009 (11.00pm)
KDE
Posted by Emansipasi at 11:27 PM 6 comments
Labels : Aku K dan K
Dah 4 hari puasa.. Kuattt amattt! Haha.. Cepat laa habis semua kelas, just rasa nak relax & study untuk final.. Oh ya, aku balik kampung lagi.. Biasa, tapi ada rasa yang sukar dicerita.. Tadi bercakap dengan Anis dalam telefon.. Waaa, rindunya pada Anis & Amni... Sayanggg budak kecik!
1) Kadang-kadang, ada rasa marah.. Tapi manakan boleh terluah..
2) Kadang-kadang, ada rasa terkilan.. Tapi tiadakan bisa dikhabarkan..
3) Kadang-kadang, ada rasa mendalam.. Tapi adalah lebih baik ia terbiar suram...
* Berbuka dengan nasi kerabu, budunya aku buat sendiri.. Tak percaya? Percayalah =)
* Tiket balik raya dah mula dijual.. Apakah?
* Oh anginnn malam, dilangit terlihat bulan sabit pula...
Info - Lagu yang bermain di Emansipasi adalah lagu Somebody's Me, dinyanyikan oleh Enrique Iglesias.. Terima kasih kerana prihatin dengan Emansipasi..
25 Ogos 2009 (9.05pm)
KDE
Posted by Emansipasi at 9:16 PM 4 comments
Labels : Aku K dan K
Salam Ramadhan 1430 H..
Sekali lagi.. Aku tak tahu nak tulis apa.. Tapi aku tak nak blog ni 'mati'..
Selamat! Tahun ke -3 aku sambut Ramadhan kat sini..
Satu perkara yang pasti, aku tak akan mampu untuk cakap macam ni pada manusia-manusia yang dekat dengan aku.. 'Maafkan saya'.. Susah! Amat!
Jadi..
Kepada semua ahli keluarga - Maafkan aku sebab gagal jadi seorang anak, adik dan kakak yang baik seperti yang dipertanggungjawabkan ke atas aku..
Kepada semua sahabat handai - Maafkan aku sebab gagal jadi seorang kawan yang baik seperti haknya seorang kawan kepada kawannya..
Kepada semua guru dan pensyarah - Maafkan aku sebab gagal jadi seorang anak didik yang baik dan dapat keputusan cemerlang seperti yang diharapkan..
Tiada kata lagi..
Selamat!!!
1 Ramadhan 1430H (10.30pm)
KDE
Posted by Emansipasi at 10:39 PM 2 comments
Labels : Muhasabah Diri
Balada jiwa seorang sahabat..
Al-Fatihah...
Aku tak tahu nak tulis apa.. Sekali lagi.. Tapi inilah hakikatnya sebuah kehidupan.. Takziah untuk teman seperjuangan ku, saudara Muhammad Kamal Bin Ghazali.. Awal pagi tadi sewaktu kami semua berada di dalam kelas Clinical Biochemistry, berita pemergian ayahanda tercinta pastinya sesuatu yang amat sukar untuk diterima.. Apalagi dalam usia semuda kami..
Sewaktu menunggu Cik Najihah sampai, kami bersembang tentang result short sem kami yang lepas.. Dan masih segar dalam ingatan aku, kata Kamal bila menyebut gred untuk subjek Englishnya sem lalu, "nasib baik ayah aku tak tahu" sambil tersenyum.. Aku dan Rahmat langsung menyebut gred masing-masing.. Hampir ke jam 10, tiba-tiba Kamal bangun ke bilik sebelah untuk menjawab panggilan.. Bila dia duduk semula, aku nampak Din mula menepuk-nepuk perlahan belakangnya.. Aku kira, pasti ada sesuatu.. Nak bertanya, tak boleh.. Lima minit berselang, Kamal ke hadapan kelas dan aku segera berkalih ke tempat duduknya untuk bertanya.. Melihat airmata lelaki Kamal jatuh, apalagi tubuhnya bergetar menahan sendu.. Gugur juga bebola kristal dari kelopak mata aku..
Dalam kumpulan kami, Kamal adalah satu-satunya sahabat yang paling lama aku kenali.. Berjumpanya pertengahan tahun 2007, merupakan senior satu sem daripada aku sewaktu pengajian asas dulu.. Kerana mendaftar lewat, makanya kami berjumpa semula satu intake dalam pengajian ijazah.. Sudah tiga semester kami bergelar pelajar jurusan Bioperubatan (BBM), bukan sedikit kisah yang kami kongsikan.. Minggu lalu saja, berbual tentang H1N1 dan tentang penyakit-penyakit dalam lab Biochemistry, cerita Kamal ayahnya sudah beberapa tahun tidak boleh tidur berbaring.. Lalu aku bertanya, tidurnya bagaimana? Kata Pjoe, di atas kerusi malas dan tambah Kamal, sudah tiga kali bertukar kerusinya.. Membayangkan sudah lama ayahnya tidak boleh baring.. Kalau baring, sesak nafas..
Sekali pertemuan aku dengan arwah Pak Cik Ghazali.. Masih ingat lagi aku akan kata-katanya pada Kamal dan yang lain-lain.. Ketika itu, hanya aku seorang yang tinggal bergelut resah menunggu wang pinjaman MARA.. Kata arwah dalam pekat loghat Terengganunya, "Korang dah dapat duit tu, pandai-pandailah berjimat, nak dapat bukan senang.. Tengok dia".. Seraya mukanya berpaling ke arah aku.. Bukan setahun, bukannya dua.. Kata Kamal sudah lama...
Pada hemat aku selama mengenali manusia bernama Kamal Ghazali, dia sudah melakukan yang terbaik, selayaknya seorang anak semasa hayat arwah masih ada.. Malah pernah aku saksikan ketaatan seorang anak ini dengan mata kepala sendiri.. Masakan tidak, kalau ke IJN Kamallah yang bertanggungjawab memandu ke sana.. Aku dapat melihat tanggungjawab anak lelaki sulung yang dipikul Kamal, kerana dua orang abangnya belajar di luar negara.. Baru minggu lalu, abangnya pulang membawa gelaran doktor dan bakal melangsungkan perkahwinan hujung tahun ini.. Macam-macam bermain di benak aku.. Teringat Mim adik bongsu Kamal, sayu rasanya hati.. Anak yang masih dibangku sekolah.. Tuhan lebih tahu..
12.57 tengah hari tadi, aku terima SMS kawan-kawan sudah di hentian Temerloh.. 3.33 petang, sudah hampir ke Kuala Terengganu.. Dijadualkan urusan pengkebumian selepas Asar.. Doa aku, moga Kamal sempat melihat wajah arwah buat kali yang terakhir.. Besar sayang anak ini kepada abahnya.. Kepada semua yang membaca ini, aku mohon sedekahkan al-fatihah untuk Allahyarham Pak Cik Ghazali.. Semoga ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.. Dan buat seluruh ahli keluarga, tabahlah kerana Tuhan lebih menyayangi..
"Selamat berehat Pak Cik"..
Posted by Emansipasi at 3:37 PM 0 comments
Labels : Muhasabah Diri
Mungkinkah?
Mungkin ada rasa-rasa yang pernah terdera oleh aku..
Mungkin ada hati-hati yang pernah terluka kerana aku..
Mungkin ada jasad-jasad yang pernah terseksa asbab aku..
Posted by Emansipasi at 10:15 PM 0 comments
Labels : Aku K dan K
Dah lama rasanya tak bersembang-sembang dengan yang namanya pensyarah.. Encik Rafiuddin, yang budak-budak senang memanggilnya 'sir' tapi tidak dibibir aku.. Seingat aku ini satu-satunya tutor lelaki Melayu untuk lab session tahun ni.. Yang sebelum ni ada sorang laki, Indian.. Lelaki Melayu? Ya.. Dia baru.. Waktu first lab session tu, aku puas fikir.. Muka dia ni macam sape ek? Fikir punya fikir, aku ingat! Sebijik (tak sama-ayat ustaz Herzali dulu-dulu.. Haha) sama macam cikgu kelas 5 Sains aku dulu! Tak tumpah! Kelakar juga sikit-sikit.. Dia tanya-tanya pasal result aku tadi.. (Time tu kami cakap berdua jer ya:P ) Rasanya dah lama tak kongsi-kongsi cerita dengan sesiapa pasal result aku.. Hehe..
1) Aku tak boleh bertentang mata dengan Encik Rafiuddin (Sangat mengingatkan aku kepada zaman silam.. Tinggal 3 kali lagi lab session.. Cepatlah habisss.. Haha)
2) Anyway, terima kasih Encik Rafiuddin!
3) Tidak terdapat sebarang unsur-unsur luar dalam cerita ringkas di atas.. Sekadar perbualan biasa antara seorang tutor dan studentnya =)
* Kenapalah Dr Pallavi batalkan kelas esok, aku plan nak balik kampung Sabtu depan!
* Kenapalah aku susah nak tidur sekarang, janganlah nikmat berehat ku ditarik!
* Sorry sebab blog ni takde bacaan ilmiah.. Sajak baru? Tulislah pula satu untuk aku =)
15 Ogos 2009 (12.03am)
KDE
Posted by Emansipasi at 12:06 AM 3 comments
Labels : Student Life
Posted by Emansipasi at 10:28 PM 2 comments
Labels : Muhasabah Diri
Ogos...
Ogos bulan kemerdekaan.. Aku kena masuk pertandingan deklamasi sajak? Aduhai... Aku tak pernah! Tulis pun tak pernah.. Tolonglah.. Haihhh! Malu laa.. Sebab?
1) Aku mengaku yang suara ataupun vokal aku memang tak sedap (ini perkara yang baru disedari sebab selama ni aku fikir suara aku sedap, tapi bila aku ulang dengar balik video masa aku forum hari tu.. Memang tak laa) Haha..
2) Aku tersangat laa malu nak berhadapan dengan ramai manusia apalagi kena bersajak!
3) Aku tak patriotik! Amat! (But at least aku tahu laa siapa nama Timbalan Perdana Menteri Malaysia)
Tapi, aku dah isi borang tu.. Kerana terpaksa.. Haihhh!
Hari ni first class aku lepas habis mid sem exam.. Biasa, tapi lately rasa badan cepat letih.. Sibuk ke? Tak juga.. Saja buat-buat sibuk.. Oh ya, since dah pakai UOX ni boleh call umi selalu.. Murah =) Rindunyaaa kat Amni...
Nak tidur awal, esok ada kelas Dr Pallavi... ZzZ..
12 Ogos 2009 (9.50pm)
KDE
Posted by Emansipasi at 9:53 PM 0 comments
Labels : Student Life
Hari yang biasa bertukar menjadi agak luar biasa.. Aku malas nak menulis sebenarnya, tapi aku rasa macam Tuhan 'sayang' aku hari ni.. Haha=) Too many things happened today.. Sekian lama aku 'abaikan' kebajikan hidup aku, hari ini terasa sedikit lapang..
1) Kalau aku tak alihkan closet aku, sampai bila-bila pun aku tak akan jumpa balik apa yang aku cari dan fikirkan dah tak ada.. I'm so so happy =)
2) Kalau tak ditegur rasanya, entah bila aku akan 'bangun' dan buat apa yang aku dah buat hari ni.. Memang teruk, lamanya aku jatuh.. Thank God =)
3) Kalau ada masa, aku nak bawa Manja ke post office.. Rasanya buku biru yang ada gambar syiling 50 sen dan perkataan 'TING' tu perlu ditambah RMnya =)
For the whole day aku smile but, at the end of the day.. Still rasa sama.. Haiii manusia.. Aku diperlukan ketika susah cuma.. Haihhhhh! Tiba-tiba jumpa lagu ni...
Posted by Emansipasi at 11:13 PM 0 comments
Labels : Aku K dan K
07/08/09
Wali Band
-Orang Bilang-
Aku sakit
Bila menatap mata mu
Sadar ku bahwa engkau bukan milik ku
Aku sakit
Bila ku mengagumi mu
Sadar ku kau tak pernah mengagumi ku
Bangunkan aku dari tidur panjang ku
Sadarkan aku dari mimpi tentang mu
Ku salah bila ku berharap pada mu
Salah ku paksa kau tuk mengagumi ku
Kau tak tau perasaan ku
Dan ku tak mau kau tau
Aku sakit
Jika kau tau hati ku
Karna diri ku tak berarti bagi mu
Aku sakit
Bilakah kau sembuhkan aku
Tak mungkin, tak mungkin
Sungguh tidak mungkin...
Sembuhkan .....
'sakit'
7 Ogos 2009 (3.15pm)
KDE
Posted by Emansipasi at 3:25 PM 0 comments
Labels : Lagu Untukmu
(Tapi.. Adakah ia rasa yang telah mati?)
Ogos lagi..
Seandainya usia yang telah bertambah
Menjadi tembok pemisah
Seandainya kesibukan mencari dunia
Menjauhkan jarak kita
Hingga tiada lagi terasa
Akan manisnya bersaudara
Mungkinkah nanti suatu ketika
Akan kau bersuara
Dunia kita sudah berbeda...
Selamat ulangtahun kekanda!
5 Ogos 1984
Yang terbaik selalu..
Kalau jari jemari pun payah untuk menari
Menaip barang sepatah dua kata di hari
Yang pastinya ada sedikit erti
Sombongkah aku?
Mengapa hanya kesalahan yang dicari
Atau wujud ku sememangnya tidak disenangi?
Speechless =)
8.15pm
KDE
Posted by Emansipasi at 8:34 PM 0 comments
Labels : Berbahasa