31 July 2009

TIADA TAJUK

Tak tahu sama ada apa yang berlaku atas sebab apa.. But, at least aku boleh juga sedikit tersenyum walaupun nafas terasa sangat sesak.. Perlukah ber'x-ray' lagi? Batuk aku memang selalunya lama, dah jadi macam penyakit tahunan.. Setahun sekali itu pasti sejak mula bermastautin di bumi ini.. Tapi bimbang juga, sana sini H1N1... Dan bibir kena infection pula..

Sebaiknya aku diam panjang sahaja kan? Sebab? Aku memang sangat buntu!


* Doakan akan kesembuhan (Mahu segera 'sihat')

* Doakan akan kejayaan ( Mid Sem- 3-6 Ogos 2009)

* Doakan akan ketabahan (Ingin jadi kuat!)

31 Julai 2009 (11.15pm)
KDE

30 July 2009

ENTRY BERBAHASA INGGERIS

Yesterday, my friend said -

"Sometimes, something are better left unsaid.. Certain things are not supposed to be told to everyone.. They are just to be kept within your personal area"

"I do not feel me in me"

=)

30 July 2009 (12.05am)
KDE

25 July 2009

KACAU!


Tiadalah aku berniat untuk menulis malam ini.. Tapi, tiba-tiba terjumpa sesuatu yang menjentik rasa yang sekian lama terpendamkan.. Bingit suasana rumah terhenti seketika apabila semua teman serumah keluar untuk makan durian secara berjemaah, aku terkecuali sebab aku tidak begitu gemar akan durian (tapi tak menolak andai disuakan dengan tempoyak:) ).. Sunyi alam terasa mencengkam segenap urat saraf.. Mengapa ini semua harus terjadi?

Ini menjadi asbab kenapa aku membuka semula blog lama yang dulunya aku muatkan dengan sajak-sajak nukilan jiwa.. Ya, Malam Kesenian Islam MSU.. Malam yang menyaksikan kemenangan aku sebagai johan pertandingan menulis sajak.. Gema laungan nama aku malam itu, aku tersenyum sedang dalam hati ku menangis.. Sejuta syukur kerana akhirnya, hidup rasa dihargai =) Terima kasih kepada Tuan Haji Solihin dan Dr Ibrahim selaku juri yang menilai sajak-sajak para peserta.. Kata orang, tiadalah manisnya kejayaan tanpa orang tersayang di sisi =) Tak apalah, sudah nasib.. Mahu rasanya aku khabarkan pada bonda, tapi apalah maknanya pada dia.. Dia mahu melihat aku menjadi lebih daripada itu, kiranya aku mampu =)

Dr Ibrahim

Tuan Haji Solihin telah membuka ruang kepada aku untuk melebarkan lagi sayap penulisan ku ke satu tahap yang lebih baik.. (Maaf Tuan Haji, sebab waktu itu blog saya set ke invite readers only:p ) Buktinya, sajak yang saya hantar adalah yang pernah termuat dalam blog tersebut.. Tapi dek kerana kesibukan dengan kuliah, makmal, tugasan dan sebagainya membuatkan aku belum berkesempatan untuk bertemu Tuan Haji Solihin.. InsyaALLAH, lepas balik dari kampung ya Tuan Haji.. Sebab saya nak tahu juga daripada lapan buah sajak yang saya hantar, yang mana satu Tuan Haji tertarik lalu mengangkat saya sebagai pemenang =)

Sekalung Tahniah kepada semua warga Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) MSU, daripada Persidangan PMI se-Selangor hinggalah ke hari terakhir semuanya berjalan dengan lancar..
Kemunculan Inteam dan al-Gebra memang dinanti-nantikan.. Aduhai, vokalis al-Gebra.. Sama tapi tak serupa, atau sebenarnya aku yang terlalu memuja hingga semuanya kelihatan tiada berbeza =)

inteam
amin, rahim & syah


Nur kasihMu..


Yang benar tetap benar..


alGebra
Ki, Ahnaf (vokalis) & King

Kacau! Ya, terlalu kacau dan berserabut rasa.. Mahu dilontarkan jauh tapi tak mampu! Lalu memaksa aku mengambil keputusan untuk balik kampung biar sebenar keadaan, keperluan dan segala macam ke..an lagi, sangat tidak mengizinkan.. Mengharap secangkir tenang dapat aku temui tatkala berada di sisi ummi.. Harus =)

* Sekali lagi ditanya mengapa tak masuk saja jadi ahli PMI.. Bersahaja aku jawab- "Aku nak jadi macam datuk Nabi.. Datuk Nabi tak pernah halang kerja dakwah Nabi, bahkan menggalakkan Nabi meneruskan usaha dakwahnya.. Tapi sampai akhir hayat beliau tak masuk Islam pun.. Jadi, aku tolong sebarkan sikit-sikit info-info dakwah PMI, sudahlah".. Dibalas keras-"Tapi datuk Nabi still tak masuk syurga, seringan-ringan azab di neraka Tuhan kata untuk dia".. Aku-Senyum saja laa (dalam hati kata, andai tiada syurga untuk ku, tiadalah aku memaksa kerana aku hanya hamba =) )

* Cik Marni, saya menunggu sijil yang dijanjikan untuk saya =)

* Sejak malam itu hinggalah ke saat ini, tidak tertuliskan sebuah pun sajak oleh aku.. Entah mengapa benak seakan kemarau kasih =)

di suatu sudut

Tabahlah..
25 Julai 2009 (12.15am)
KDE

21 July 2009

SIHAT

Bila sakit, baru tahu menghargai ertinya sihat.. Betul tak? Banyak rasa yang hendak dikongsikan di sini, tapi keadaan kesihatan tidak mengizinkan.. Sakit tekak dan batuk, amat menyesakkan dada.. Aku mahu kongsikan manisnya kemenangan Malam Kesenian Islam PMIMSU, Community Service di Kampung Lonek, Jempol.. Nantilah bila sudah sihat.. Rasa rindu yang terlalu menggugah keimanan sejak akhir-akhir ini.. Bertahanlah rasa, entah untuk kali yang ke berapa.. Entah =)

Entah, kapankah ku dapat...

21 Julai 2009 (12.05am)
KDE

15 July 2009

IKHLAS

..Ku membiarkan hati ku tuk merindui mu
Ku menghamparkan sakit ku tuk tatapan kamu..


Satu mesej diterima

-Salam.. Sihat ke? Ada kelas pagi ni? ......?-
10 Julai 2009, 07.38am
My Sis-Along


Tersenyum sendiri.. Terlalu lama rasanya tiada aku mendapat khabar daripada sesiapa.. Jadi, sesungguhnya aku sedang mencari sebutir ikhlas daripada soalan-soalannya.. Niatnya mahu jawapan dari aku untuk soalan yang pertama, ke dua atau yang ke tiga itu sebenarnya? Maafkanlah, tiada berbalas hingga ke hari ini=)

Dekat tapi jauh...

15 Julai 2009, 8.14am
KDE

14 July 2009

ERTI APAKAH?


Tuhan
Erti apakah hidup ini
Ku bilang dosa tiada berhenti

Tuhan
Erti apakah hidup ini
Derita datang silih berganti

Tuhan
Erti apakah hidup ini
Tangis teman di kala sunyi

Atau sebenar aku yang perlu kembali?

14 Julai 2009 (12.15pm)
KDE

13 July 2009

TUJUH BELAS



Datangnya kita dari perlimbahan sana
Tersekatnya kita di simpang yang sama
Hembus derita kamu aku turut merasa


Tempias gusar bonda aku biar sahaja
Berhentilah bertanya soalan mengapa
Fikirkan segala menyesakkan dada
Bangunlah adinda ku bina cita-cita

Jangan jadi seperti kekanda
Kelihatan tabah kosong semata
Harus ku berdusta demi semua
Walau hati ku berair mata

13 Julai 1992
Selamat ulangtahun adik ku

Maafkan kerana aku tak mampu

Aku kejam lagi hina

Tiada berguna di sisi sesiapa

Harap Tuhan sudi menerima...


13 Julai 2009(12.17am)
KDE

06 July 2009

BETAPA

Betapa cinta melupakan jasa
Betapa harta membutakan mata
Betapa jejak mempesonakan jiwa
Betapa serakah mengalahkan iman
Betapa syaitan melalaikan ribuan
Betapa tangkai hati terkulai rebah
Biar jasad menyembah Kaabah

Betapa Tuhan...



6 Julai 2009 (1.15 am)
KDE

04 July 2009

EMPAT JULAI

SEPI

Sepi hati terjadi lagi.. Mungkin sampai mati, aku Sepi...













Banyak yang mempelawa aku ke panggung sehari dua ini.. Aku masih ingat filem terakhir yang aku tonton dipanggung.. Sudah terlalu lama.. Dan aku sendiri tidak pasti sama ada aku kuat atau tidak untuk ke panggung lagi.. Untuk mengelak, alasan kesibukan dan kewangan mungkin boleh menutup sekejap mulut-mulut yang mengajak.. Seloroh aku pada yang mempelawa, "aku tunggu Khabir Bhatia buat Cinta 2 atau Sepi 2, baru aku ke panggung".. Sepi aku tonton tahun lepas.. Masa tengok dipanggung, tak rasa sedih.. Mungkin sebab waktu itu tidak Sepi.. Watak Sufi, lebih dijiwai..

*Akankah aku juga berlari tanpa henti sehingga haus tapak kasut?
*Sudah lewatkah untuk menyambung cerita?
*Atau mungkin akhirnya aku juga mati dalam pengharapan dan penantian?


Bulan jangan biar siang, biar alam ini kelam, biar ia SEPI seperti ku..

Empat Julai Dua Ribu Lapan
KDE

Newer Posts Older Posts Home