30 October 2010

Could This Be Love

Woke up this morning,
Just sat in my bed,
8 a.m first thing in my head,
Is a certain someone,
Who's always on my mind,
He treats me like a lady in everyway,
He smiles and warms me through up the day,
Should I tell him I love you,
Wish I knew what to say!

Chorus:
Could this be love that I feel,
So strong, so deep and so real,
If I lost you would I ever heal,
Could this be love that I feel? (2)

The way he looks,
So deep in my eyes,
Our hearts are so warm,
I just wanna cry,
Then he's so hardworking,
He wants to be someone.
Should I tell him that I love you,
What if he doesn't say it too,
I'm getting so nervous,
What should I do

Chorus:
Could this be love that I feel,
So strong, so deep and so real,
If I lost you would I ever heal,
Could this be love that I feel? (2)

Will it be my turn,
Two hearts beating together as one,
No more loneliness,
Only love, laughter and fun

Chorus:
Could this be love that I feel,
So strong, so deep and so real,
If I lost you, would I ever heal,
Could this be love that I feel? (2)
Could this be love that I feel?...

Victoria Acosta
KDE, 30 Okt

21 October 2010

SELAMAT TINGGAL SEM 5!

Salam.. Saya nak menulis, panjang... Jiwa saya galau.. Saya dah habis final exam semester 5! Alhamdulillah.. Sekarang cuti sem, dalam sebulan lebih.. Tapi saya kena stay untuk siapkan FYP.. Mungkin balik kampung untuk 3,4 hari sahaja.. Saya rasa tak bersedia untuk bergelumang dengan anak-anak mice yang putih-putih itu nanti, tapi hukumnya jatuh wajib kerana itulah pilihan saya.. Sekarang semua kawan-kawan sudah memijak kampung halaman, barangkali ada yang masih di sini..

Habis exam, saya join dua aktiviti Medical Service, satu di Kampung Dato' Hormat, Sabak Bernam berdirectorkan incik Ridzuan aka Duwe.. Kesimpulan yang amat jelas, ramai benar yang menghidap diabetes.. Bertandang rumah ke rumah, menzahirkan rasa kasihan pula.. Buat yang masih sihat, kurang-kurangkanlah gula dalam makanan tambahkanlah ia dalam senyuman.. Tinggal-tinggalkanlah air Coke tu ya :) Sehari yang memberikan secebis kenangan dan keinsafan.. Moga-moga kita semua sentiasa dikurniakan kesihatan yang sempurna.. Mari bersyukur, alhamdulillah..

Kemudian saya ke Pulau Pangkor 16-18 Okt, Medical Service di Dewan Kg Sungai Pinang Besar berdirectorkan Rahmat, atas tiket menyokong penuh Rahmat dan juga mentor kesayangan kami; Cik Nazreen.. Alhamdulillah, selamat.. Cuma, Pangkor; antara pengajaran dan pengalaman.. Dari malam bertolak lagi hati saya tercuit melihat ada teman yang tiba-tiba menangis.. Makanya hati saya berdoa, semoga ALLAH redha.. Saya cuba membantu yang terbaik biarpun saya sedar saya tak banyak membantu walaupun tugas atau jawatan yang diberikan kepada saya cukup besar.. 3 hari 2 malam yang tak terlupakan.. Biarpun macam percutian bersebelas!

Sambutan orang ramai pada hari berlangsungnya aktiviti Med Check Up sedikit sebanyak mengubati hati-hati kami yang cukup tertekan dengan masalah yang timbul sesampainya kami semua di camp.. Harus diberikan ucapan tahniah barangkali pada Pengarah Projek :P Banyak perkara yang saya tak pernah buat atau mungkin dah lama tak buat, terbuat di sana.. Hehe.. Masuk hutan (kemudian menghilangkan dahaga dengan semangkuk cendol tawar, nasib harganya murah!), main ombak besar (serius takut, cukuplah sekali), snorkeling (atau lebih tepat lagi merendamkan diri semata-mata sebab tak tahu berenang dan tak pernah mengerti apa fungsinya googles yang dibekalkan, lucu benar rasanya).. Biarpun banyak kisahnya, pasti terasa rindu akan suasananya.. Hempasan ombak seakan masih terngiang-ngiang ditelinga, gigitan air sejuk dibilik mandi serasa meresap ke tulang, dan parut-parut kecil dikaki akan menjadi nostalgia tidak lama lagi..

Hasil yang tak terjangkakan, SE K610i dan Nokia 6610i saya terlantar di'ICU' sekarang.. Oh oh, parah-parah! Gara-gara Fai jatuh dalam laut dengan beg berisi electronic gadjet kami.. Aduh, memikirkan kos membaikinya sahaja sudah cukup meresahkan.. Semenjak ke dua-duanya saya beli, tidak pernah sekalipun ia bermasalah.. Dan yang pertama terucap; aduhai hilang sudah semua tanda cinta dan kesetiaan saya.. Hehe.. Berjawab pula; ada ke? Hahahar.. Jahat ok! Semoga merah dan putih saya dapat diselamatkan dengan kadar segera.. Putih itu kesayangan saya yang paling lama, membelinya sahaja menggunakan wang hasil titik peluh sendiri.. Manakala merah punya sejarah yang tersendiri, mahu di'trade in' sahaja saya tidak sanggup! Mendapatkan yang baru, bukanlah waktu! Sabarlah hati..

Bila ke dua-duanya hilang fungsi, akal berbisik pada hati; mungkin Tuhan mahu saya berhenti daripada mengenang hari-hari semalam.. Hilangnya bukan satu dua.. Tapi semua.. Aduhai.. Hilang, saya hilang semuanya! Oh, apakah yang tersirat disebalik kisah ini? Tunjukkan aku hikmahnya wahai Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.. Kerana ianya terjadi pada waktu yang saya merasakan sesuatu yang bukan seperti hari-hari yang saya lewati sebelumnya.. Pasti tidak ada yang mengerti, saya pasti! Tapi mungkin terkecuali.. Harapan saya biar jadi mimpi saya sahaja! Sila kirimkan saya nombor-nombor anda ya.. FB, ym, num celcom etc..

Sebak juga dada bila terfikir; oh dah nak sampai penghujung rupanya.. Kadang-kadang rasa tak sabar juga, terasa tempoh hampir 4 tahun menumpang di sini terlalu lama.. Tapi angin bandaraya ini sepertinya sudah serasi dengan denyut nadi.. Apapun projek akhir ini harus saya jayakan dengan secemerlang yang boleh! Wajib! Penat lelah, suka duka, dan segala-galanya harus dibayar dengan sesuatu yang bermakna.. Semoga ALLAH memperkuatkan saya dengan kekuatan yang luar biasa.. Untuk yang terakhir ini, saya perlu tabah.. Sangat! Buat diri sendiri; berlarilah tanpa lelah, sampai engkau meraihnya.. jangan berhenti mewarnai jutaan mimpi di bumi, walau dunia tak seindah Syurga, bersyukurlah pada Yang Kuasa!


Salam kuntuman rindu,
KDE

03 October 2010

SELAMAT EXAM!

Salam.. Apa khabar? Aku khabar baik :) Semalam orang sakit, aku buat tak tahu.. Hari ni aku sakit, baru rasa terharu.. Mari bersyukur kawan, moga gugur dosa-dosa kita bersama kesakitan yang sekali-sekala 'dihadiahkan' ini.. Terasa benar tipisnya iman bila diuji sebegini.. Oh ya kan, aku ini juga manusia kebanyakan :)

Sudah masuk hari yang ke 5, masih belum berkurang.. Doa-doakanlah kawan, biar cepat berlalunya sakit ini.. Biar kau segera dapat melihat senyumku kembali.. (eh, hati bertanya pula.. yang ini untuk siapakah? entah...)

6-12 Okt- selamat, selamat dan selamat exam lagi untuk semua sahabat-sahabat sekalian.. Doa-doakanlah kawan, mungkin mustahil untuk aku terbang tinggi, tapi inshaALLAH masih berkudrat untuk mendaki :)

* Terima kasih untuk semua yang membantu ketika aku perlu.. Tak terbayarkan harganya kawan! Semoga ALLAH redha selalu.. -ke klinik, balik klinik, dll-

Basmallah..
Allahummaj'alni minanajihin, walfaizin, walmumtazin, fi kulli imtihan.. Fidduniya wal akhirah.. Ya Robb, kuatkanlah hati hambaMu ini...


Doakan akan kesembuhanku,
KDE, 3 Okt

Newer Posts Older Posts Home