Showing posts with label .... Show all posts
Showing posts with label .... Show all posts

05 November 2011

KORBAN RASA

"Laughter is the best medicine"..

Soalnya, mampukah kita ketawa atau paling tidak tersenyum bilamana melihat ... Oh saya tidak mampu teruskan. Saya mengaku, saya terluka. Sangat. Mungkin korban perasaan ini tidaklah seberapa, tapi yang pasti cukup mendera. Saya ini cuma manusia biasa, punya hati dan jiwa. Punya rasa yang kau rasa.

Saya tidak berupaya mengubah setiap yang telah berlaku. Saya berdoa, supaya saya mampu mengubah jalan yang seterusnya. Mencorak kanvas putih yang baru dengan warna-warna yang lebih cantik, biar hari ini saya terpaksa mengakui hakikat yang dulu saya nafikan. Dulu kata kamu, tidak akan sempurna. Hari ini saya berkata ya, tanpa saya rela. Tapi saya akan tetap terus mencuba.

Kehidupan di sini banyak mengajar saya tentang hidup. Kesabaran dan tangisan, juga mungkin perasaan kasih dan sayang (yang pernah) yang memaknakan erti pengorbanan. Selamat berkorban!

Jangan Menyerah

Perut Kosmopolitan

17 October 2011

MOTIF??


Mungkin saya bukan dilahirkan untuk menjadi seorang penulis yang baik. Setiap kali mencuba, pasti tak terhabis. Bakat pun tiada. Mungkin keadaan semasa yang tidak mengizinkan, mungkin juga. Ah, seberapa banyak mungkin pun, kenyataannya hanya saya dan Pencipta saya yang maha tahu segala.

Hidup penuh dengan warna. Kalaupun yang tinggal hanya hitam, tetap juga berwarna. Kita diuji dengan pelbagai jenis dan bentuk ujian, kematian, kesakitan, kesusahan, dan bermacam ke lagi saya kira. Ah, seberapa banyak ke pun, hakikatnya hanya saya dan Pencipta saya juga yang maha tahu segala.

Dan kata orang, hidup hanya ada dua percaturan sahaja. Berputar, timbal balik yang sama. Sama ada kita akan mengecewakan orang, atau orang yang akan mengecewakan kita. Cuba pejam mata, tarik nafas panjang sambil dzikrullah, dan hembus serta cuba ingat semula, berapa kali kita dikecewakan dan berapa kali pula kita mengecewakan? Ah, siapa peduli kalau aku dikecewakan manusia? Hanya Tuhan Yang Maha Mengetahui.

Kuala Lumpur

14 October 2011

...

.
..
...

KLCC

21 September 2011

PERMULAAN SELEPAS PENGAKHIRAN

Di sini cinta berbunga..


Tahniah kawan-kawan. Selamat meneruskan hidup. Perjuangan di sini telah sampai ke garis-garis akhir, namun belum tamat. Selamat berjuang. Semoga kita semua berjaya di sini, juga di sana.


Untuk seketika, selamat tinggal Shah Alam. Tanah yang banyak mengajar 'cara' menjadi dewasa. Kalau jodoh kita kuat, mungkin nanti suatu hari udara di sini boleh bersatu semula dengan rongga pernafasan ini. Kalau telah tertulis setakat ini, secebis pun dari kenangan kita takkan terlupa. Kerana kita pernah bersama, lama.

Setiap yang bermula, pasti ada pengakhirannya. Dan selepas setiap pengakhiran, akan ada sebuah permulaan.


 perpisahan bukanlah penamat untuk segala-galanya, tapi permulaan untuk sesuatu yang baru.

Shah Alam

07 September 2011

wordless wednesday


if leaving is hard for those to be left, maybe i should just leave quietly.

Kuala Lumpur,
8 Syawal 1432H

26 August 2011

AIDIL FITRI

Andai ini Ramadhan terakhir, layakkah kita berhari raya?

Kepada semua yang mengenali saya,

Salam Syawal 1432H.
Maaf Zahir dan Batin.

Semoga masih ada Ramadhan untuk kita, aminn.

Kg Baru,
27 Ramadhan

17 August 2011

HARD

At any point of life, we have to realise that nothing last forever, and letting go might be the hardest thing to do, but someday somehow it will happen eventually. 


Ya Allah, teach me to love others just like I love myself, teach me to judge myself just like I judge others. And if I have wronged anyone, give me the courage to apologize, and if anyone wronged me, give me the courage to forgive because you have taught me that forgiveness is the highest level of strength and revenge is the highest level of weakness. And I ask You not to forget me in Your forgiveness. Amin.

The truth doesn’t hurt anymore because my heart understands. Asyima, are you sure?

17 August 2011,
KL

18 July 2011

NILAI HIDUP

ALLAH,
kalau benar ini cerita tentang yang meninggalkan dan yang ditinggalkan, pimpinlah aku ya ALLAH untuk menghargai nilai kesetiaan dan pengorbanan.

KL

04 July 2011

4 JULAI iii

Sudah lewatkah untuk menyambung cerita?


Atau mungkin akhirnya aku juga mati dalam pengharapan dan penantian?


Sedang rasa tidak pernah sedikit pun terhenti apalagi mati!


SePi


Kampung Baru, Kuala Lumpur

14 June 2011

KELIRU

Sejujurnya sejak malam itu, hati ini menjadi tidak tenang. Mencari-cari akan maknanya ikhlas. Apa ertinya ikhlas? Buntu. Sesak. Bejat. Akal memikirkannya. Meski hari-hari harus juga dilewati dengan senyuman. Hampir dua bulan 'bertapa' ditempat praktikal. 'Jiwa' seakan tiada bersama. Bayangkan dalam tempoh itu sahaja dua, tiga kali saya demam. Saya akui sangat bertuah mendapat external supervisor sebaik Dr Fadzilah. Bahkan hampir semua staff menyatakan betapa beruntungnya saya. Masakan tidak, siapa yang keluar lunch naik Mercedes Benz yang dipandu doktor? Haihhh. Tapi sungguh saya amat merindui bau 'labcoat' yang dulu akan disarung setiap kali ke makmal. *hembus nafas kasar*


Selepas sekian lama.. Dan, malam itu saya sangat keliru dengan perasaan saya. Oh Tuhan, saya mahu luahkan... Kata hati kecil biar saja ia tersekat dikerongkong.. Mungkin saya yang terlalu mengikut perasaan, tapi hati saya jujur. Kalau saja dengan cara ini membuatnya faham, saya berdoa semoga.. Dirimu menyalahkan sebuah erti. Tapi diriku masih terhenti di sini. Dan jalanku masih belum dapatku pasti. Namun diriku masih terhenti di sini.. Andai kau dapat memahami, bahawa ku menanggung semua ini.. Bukan niatku ingin kau pergi, kerna ku masih terhenti di sini...


Kuala Lumpur

15 March 2011

...

am i?



yes i am!

so?





 *sigh*


KDE

09 March 2011

MAAFKANLAH

kerana aku juga manusia biasa.

"...kalaupun pernah terjadi perkara yang menyakitkan masa dulu, anggaplah ia kenangan terindah awak bersama dia.. memaafkan itu lebih indah.. awak kena ingat ALLAH sentiasa bersama awak.. sentiasa cekal dan kuat.. hidup kat dunia ni memang pelik, tapi ALLAH mengatur takdir tu sesuai dengan kemampuan kita.."

Mungkin suasana perpisahan semakin mendekat, maka hati-hati semua manusia di sisi aku juga menjadi terlalu sensitif dengan apa jua yang sedang berlaku. Dan aku.. tidak terkecuali.. Oh ALLAH, lembutkan hati ini untuk mengenal ertinya maaf, maafkan aku Tuhan. Kurniakan aku kelapangan hati di atas segala ketentuanMu..

KDE

10 February 2011

HATI

"Barang siapa yang berkhianat, maka pada hari kiamat dia akan datang membawa apa yang dikhianatinya itu."


Ali-Imran; 161


"saya manusia yang mempunyai hati biasa, bukan hati luar biasa yang mudah untuk melupakan", UA.


Kerana aku juga punya hati, seperti kamu..


KDE

IN THE SHADOWS

No sleep
No sleep until I am done with finding the answer
Won't stop
Won't stop before I find a cure for this cancer
Sometimes
I feel I going down and so disconnected
Somehow
I know that I am haunted to be wanted

I've been watching
I've been waiting
In the shadows all my time
I've been searching
I've been living
For tomorrows all my life

In the shadows

In the shadows

They say
That i must learn to kill before i can feel safe
But I
I rather kill myself then turn into their slave
Sometimes
I feel that I should go and play with the thunder
Somehow
I just don't wanna stay and wait for a wonder

I've been watching
I've been waiting
In the shadows all my time
I've been searching
I've been living
For tomorrows all my life

Lately I been walking walking in circles, watching waiting for something
Feel me touch me heal me, come take me higher

I've been watching
I've been waiting
In the shadows all my time
I've been searching
I've been living
For tomorrows all my life
I've been watching
I've been waiting
I've been searching
I've been living for tomorrows

In the shadows

In the shadows
I've been waiting



THE RASMUS


Why? Why? Tell me why.. Thanks!


KDE

03 December 2010

...

you have the full power to turn everything into anything you want to.

.......

KDE

25 November 2010

HATRED

Sebolehnya saya tidak ingin hamparan Emansipasi dihiasi cerita sedih, tetapi di mana lagi boleh dicurahkan rasa yang mencengkam ini? Selepas sekian lama, rasanya inilah airmata yang tercurah tanpa ada seorang pun manusia yang mengerti. Segala yang dikorbankan nyata sia-sia. Tuhan, aku redha. Sesungguhnya dugaan ini mencabar, sangat terbatas keupayaanku. Dugaan dan hidup mana bisa terpisah. Kuatkan ya ALLAH. Biar manusia meminggir, usah aku Kau usir..


Mahalnya harga sebuah kehidupan. Mudahnya manusia membuat penilaian! Sedang aku tiada pilihan?

KDE

Older Posts Home