10 October 2009

KEHIDUPAN SEBENAR


1) Alhamdulillah.. Sepatah... Akhirnya, habis juga semester panjang yang ke 3.. Berlalulah waktu.. Mahu segera menamatkan 'zaman' yang panjang ini..

2) Alhamdulillah.. Sepatah.. Walaupun masih ada rasa tak puas hati dengan kertas-kertas jawapan, tapi syukur sebab tak ada halangan lain.. Sikit-sikit itu biasa..

3) Alhamdulillah.. Sepatah.. Masih ada kawan-kawan yang baik hati.. Terima kasih kepada yang sanggup mematahkan pemadam dan bagi pinjam pen-sebab aku tertinggal pencil case.. Semoga kita dapat keputusan yang baik-Marni dan Nadea..

Kadang-kadang, apa yang kita tulis menjelaskan apa yang kita fikirkan.. Contohnya, anda marahkan seseorang, anda tulis atau bagitahu pada orang lain.. Ya, mungkin sedikit rasa akan reda, tapi dari sudut lain, ia akan buat anda lebih marah lagi atau sedikit pun tiada apa yang berubah.. Ada perkara yang mungkin lebih baik kita simpan sendiri dari diluahkan..

Kisah kehidupan akan jadi terlalu dramatik kalau ditulis, sebab real life sebenarnya tidak boleh ditulis dengan mudah.. Filem, drama dan fiksyen boleh ditulis dengan perkataan, berdasarkan kehidupan sebenar juga.. Tapi, ia bukan real lagi.. Jadi? Real life akan tetap REAL LIFE.. Hakikatnya, kita sendirilah yang melalui dan merasai akan pahit manisnya ia..

Ramai yang keluar merai hari kebebasan hari ini.. Aku lebih senang sendiri.. Dan seorang demi seorang juga pergi meninggalkan 'kotak' ini.. InshaALLAH aku juga pasti akan menyusul.. Tiada apa di sini kalau bukan kerana mahu menuntut secubit daripada ilmu Tuhan.. Gagahlah kaki untuk terus melangkah, kuatlah hati untuk melawan mehnah...

10 Oktober 2009 (8.33pm)
KDE

Newer Posts Older Posts Home