Showing posts with label Student Life. Show all posts
Showing posts with label Student Life. Show all posts

21 September 2011

PERMULAAN SELEPAS PENGAKHIRAN

Di sini cinta berbunga..


Tahniah kawan-kawan. Selamat meneruskan hidup. Perjuangan di sini telah sampai ke garis-garis akhir, namun belum tamat. Selamat berjuang. Semoga kita semua berjaya di sini, juga di sana.


Untuk seketika, selamat tinggal Shah Alam. Tanah yang banyak mengajar 'cara' menjadi dewasa. Kalau jodoh kita kuat, mungkin nanti suatu hari udara di sini boleh bersatu semula dengan rongga pernafasan ini. Kalau telah tertulis setakat ini, secebis pun dari kenangan kita takkan terlupa. Kerana kita pernah bersama, lama.

Setiap yang bermula, pasti ada pengakhirannya. Dan selepas setiap pengakhiran, akan ada sebuah permulaan.


 perpisahan bukanlah penamat untuk segala-galanya, tapi permulaan untuk sesuatu yang baru.

Shah Alam

26 August 2011

TAK TERUCAP SYUKUR

Basmallah. Hamdalah.
Assalamualaikum wbt.

Syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurniaNya yang tidak ternilai, selawat serta salam buat Rasul junjungan.

Hari ini merupakan hari terakhir saya sebagai attachment student dibumi Bangsar. Rasa macam baru semalam dahi berpeluh-peluh berjalan membawa surat permohonan untuk buat internship di situ, hari ini dah habis. *ok, ayat cliche* (mujur balik petang tadi tak hujan, kalau tak ayat dia akan jadi-alam pun seakan mengerti akan kesedihan hati-*wink2*)

Ok, saya mengaku. Dulu, baru minggu ke 2, 3, saya rasa macam stress giler dan hampir tak nak teruskan buat praktikal kt sana. Tapi, ALLAH sayangkan saya. Kuat juga roh dan jasad saya berjuang. Hihi. Sebenarnya, bukanlah salah tempat itu ataupun staff-staff di bahagian tersebut yang membuatkan saya 'rasa tak sabar' nak habis. Tapi ada perkara yang tak boleh diceritakan. Saya percaya ada hikmahnya kenapa saya ditakdirkan menghabiskan masa hampir 5 bulan itu 'dengannya'. Sabar =)

*sekali kita tutup aib orang, sepuluh kali ALLAH tutup aib kita*

Dan sekarang, jujurnya saya mengaku saya sudah rindu pada external supervisor saya. Dr Fadzilah Kamaludin. Dia minta maaf sebab tak banyak masa dia habiskan untuk kami, saya sedia maklum dengan tugas dan kesihatan Dr. Sebagai seorang Timbalan Pengarah di Institute for Public Health, dia juga memegang jawatan Pengarah EIP Malaysia, jadual Dr memang penuh. Sampai saya jadi ingat. Lepas raya, Dr akan ke Lyon, France. Kemudian ke Penang, seterusnya Bali, Indonesia. Cordoba, Spain *sentap jap* dan ke beberapa buah negara lagi. Saya bangga dengan Dr. Lepas 10 hari bersalin anak ke 2, dia boleh datang exam untuk MBBS! Dia anak Melayu pertama yang bergelar Doktor di tanah Kuantan pada zamannya. Ya, Kuantan. Anak Pahang ok *wink2* Pesan Dr, 'you pergilah sejauh mana pun, all around the world, jangan sekali-kali lupa dari mana asal usul kita'. Terus saya jadi ingat pada Enrique Mengundang Jauh--> Dan perjalanan menjelajahi bumi atma, dibawa sejauh mana pun ke seantero dunia, tetap kembali. Ke titik paling dekat. Diri! 

Apa yang membuatkan saya rasa cukup dekat dengan Dr adalah kerana sifat keibuannya yang kadang-kadang membuatkan hati saya tersentuh. Walaupun Dr tegas, tapi saya dapat rasa sifat dia yang penyayang tuh sampai ke hati saya. Hehe. Masa saya kurang sihat, Dr sudi hantar saya balik! Bila saya minta cuti, dia faham saya. Dekatnya kami sampai saya boleh temankan Dr shopping barang dapur. Hehe. Dan moment yang buat saya rasa nak nangis ialah bilamana kami lunch bersama dan tengah-tengah makan dia letakkan lauk dalam pinggan saya. Wah, time tuh hati saya cakap-saya rasa takde external supervisor kawan-kawan saya buat cemtuh kot- *seyes nak nangis sebab teringat masa lalu* TT__TT (ok, anda nak kata-itu jer? saya tak kisah. saya tahu hati saya =p )

Dan seperti biasa, skrip yang dihafal sebelum tidur pun tidak mampu dilafazkan saat saya bersalam dengan Dr tadi, apalagi bila Dr tarik tubuh saya yang kurus ini *kurus ke? wink2* dalam dakapannya. *wah ayat* Saya jadi speechless. Rasa berhenti berdenyut jantung saya kerana terlalu kejap dan saya menahan sebak sebenarnya. Saya tahu Dr sayangkan saya. *ok, perasan di situ. tapi saya yakin. hati kena bersih okay*

Antara perkara yang Dr selalu ingatkan saya;
-untuk menjadi orang yang cemerlang kena jaga hubungan kita dengan ALLAH
-untuk menjadi orang yang cemerlang kena jaga hubungan dengan ibu/mak/ummi/bonda/mama/ma kita
-untuk menjadi orang yang cemerlang, hati kena bersih-fav quotes dokte

Betapa saya akan merindui bilik timbalan pengarah itu. Meja bulat tempat bekerja, lagu-lagu klasik nanyian Dr juga sofa pendek ruang melelap mata...

"Tuhan akan bagi (apa yang kita minta) bila niat kita ikhlas. I care for you"- Dr Fadzilah Kamaludin

Salam Ramadhan.

Khamis, 25 Ramadhan 1432H
Kg Baru

17 August 2011

SEJAWAPAN RINDU

'hari ni berapa hari bulan?'

'er, 17 Ogos dokte'.. *skema seperti biasa*

'alaa, my mum's birthday. naper u tak ingatkan i?'..

'err, yer ke?'..

-beberapa saat kemudian-

'betul ke hari ni birtday mak dokte?'

'ha'ah, naper? sama dengan u ke?'.. *sambil telefon mak dia*

'err, tak. saya dh lepas dh'. hehe. *sengih sorang2*

-beberapa jam kemudian-

'awak ok ke?'

'err, ok. cuma, rasa tak sedap hati sket dokte'

'selawat banyak2'

'err,..'

***

Dua perkara yang merunsingkan waktu masa sudah terlalu singkat di sini. Ke mana arah seterusnya? Jiwa kacau bila dapat tahu semua manusia yang dekat sudah ada perancangan masa depan. Sedang jawapan saya, saya mahu mencari diri. Saya mahu mencari Tuhan. Jiwa sangat galau hari ini, entah kenapa..

Kg Baru, 17 Ramadhan 1432H

14 August 2011

14 Ramadhan

Basmallah. Tinggal 9 hari sahaja lagi, inshaALLAH, waktu untuk saya mengutip sebanyak-banyaknya pengalaman hidup sebagai attachment student dibumi Bangsar. Semalam saya berkesempatan berbuka puasa di Grand Continental Hotel, Kuala Lumpur. Maka, sekali lagi makinlah saya mengenal akan maknanya sebuah persahabatan.


*Berlapang dada* :)

Terlalu banyak cerita Ramadhan sepanjang kehidupan bergelar student. Sungguh saya terlalu amat rindu. Semua kenangan turun naik Shah Alam-Kuala Lumpur, oh sangat menghimbau zaman remaja awal saya. Sejenak saya tersenyum. Terima kasih.. Pada siapa dan untuk apa, biar Tuhan sahaja menjadi saksinya. Oh hati ini terlalu rindu! Semoga saja ada yang merasakannya.



Selagi ada ruang waktu dalam kurniaan, nikmatilah!

14 Ramadhan 1432H
Kampung Baru

09 August 2011

12

12 hari lagi, kuatkan hati ini ya ALLAH..

isbiru wasobiru ; sabarlah dan jadilah orang yang bersabar


10 Ramadhan
KL

12 July 2011

NO TITLE

Kenapa saya berada di Seremban? Di Persidangan Kesihatan Awam Kebangsaan ke-6 atau dalam bahasa Inggeris Sixth National Public Health Conference. Wah! Macam meriah jer kan.

Sebenarnya tadi saya niat nak tulis cerita pasal kejadian yang membuatkan saya rasa nak terjun ke swimming pool dari tingkat 6 dan jerit -it's not my fault!!!, tapi sekarang saya sangat mengantuk. Tak jadi cerita la. Haha XD

Best, lepak dan buat kerja dengan ramai manusia-manusia yang bergelar doktor. Banyak yang boleh dikongsi.

Ok, end.

Klana Resort Seremban

09 July 2011

PERCUBAAN PERTAMA

Antara kerja yang saya buat di pejabat ialah membuat review (tak tahu nak tulis macam mane) kepada abstract-abstract thesis atau research-research yang telah pun dibentangkan oleh semua ahli EIP Malaysia yang terdiri dari kalangan doktor-doktor di seluruh Malaysia yang mana ada di antaranya telah memenangi anugerah sama ada di dalam mahupun di luar negara. -mukadimah yang panjang, sila baca senafas =)

Akhir sekali, semua abstract tuh kami compile kan untuk diterbitkan/ dicetak menjadi sebuah buku. Jadi, saya kena design kulit buku tersebut seperti mana yang diarahkan. Jujurnya, saya tak pandai bermain dengan warna dan nak men'design' cantik-cantik. Tapi saya cuba la juga menggunakan segala kepakaran dan pengalaman yang ada. Bila dah siap, saya pun tunjuk pada dokte.

Mula-mula Dr senyum dan cakap cantik. Bangga jap. Hehe. Saya pun cakap, "Saya guna hijau kuning, jadi kombinasi hijau kuning akan jadi biru, so, dalam kotak warna biru. Tulisan warna pink, nampak lembut bila dengan biru". Tak lama bangga..sebabb Dr tambah, "Bila awak berada di alam pekerjaan, awak kena fikir jauhh ke depan". Saya garu dagu yang tak gatal. 'Err..."

"Awak tengok warna-warna ni, hijau **s, biru keA*****, pink D**, apalagi kuning tengah-tengah negara B****H ni. Bukan tak boleh, memang cantik tapi saya rasa kementerian tolak percetakan buku awak ni.. Faham?"

"Ooo.."

Tak terfikir dek akal dangkal hamba ini. Lalu, saya pun ubah la warna-warna tersebut. Dan akhirnya siap dan diterima. Saya tahu tak cantik dan sangat simple, buat dalam masa sehari, kira ok la kot :p (padahal itu kerja sebulan yang lalu. hehe) Dr suka sebab simple dan kemas=) Sampailah ke perkara terakhir yang diperlukan untuk penerbitan/ percetakan sesebuah buku, iaitu memohon nombor siri dan nombor MOH (Ministry Of Health) saya selesaikan sebelum saya balik tadi (half day jer pun. hehe). Alhamdulillah, lega.


Kalau status saya sekarang adalah seorang pekerja, saya tahu saya adalah seorang pekerja yang bermasalah. Tapi saya cuba untuk buat yang terbaik. Terima kasih Dr sebab memahami saya walaupun saya tahu ada perkara yang menguji kedudukan Dr bila berhadapan dengan saya. Maafkan saya Dr. Sebab saya masih belajar untuk mencintai dunia yang masih asing pada saya, di sini. Saya harap saya dapat buat sesuatu yang boleh membanggakan Dr sebelum saya pergi dari bilik Dr yang kita kongsi bertiga itu. Eh, touching pulak.

* Saya tak mempunyai apa-apa maksud di sebalik cerita ini. Cuma saya telah belajar banyak perkara sepanjang proses me'review' yang sangat menduga nafsu mata untuk terpejam dengan sendirinya, mendapatkan nombor-nombor siri dalam kadar segera yang sangat menguji tahap sabarnya saya sebagai manusia yang juga bekerja dengan manusia, menambahkan lagi pengetahuan-pengetahuan saya yang seadanya sahaja dan tak terceritakan semuanya
* Pesanan penaja, warna memainkan peranan penting dalam kehidupan kita. Bukan hanya lambang sesebuah parti atau pertubuhan semata. Sekian.

mesti ada yang cakap, eleh setakat buat benda macam ni. XD


8 Julai,
Kampung Baru

19 June 2011

TRAINING

EIP Training, 20-24 June 2011 at Grand Seasons Hotel, Kuala Lumpur.

Ermm.


A bit depressing. I can't plan my future ahead because now my life seems to be on a hanging thread. I can only hope for the best, and do pray that everything will be alright. My Lord, please take my hand and show me the way. Expand my chest and make things easy for me.. Aminn.

I do. Please understand. Huh..

Kuala Lumpur

02 April 2011

SELAMAT TINGGAL KDE

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
I have been here for four years. To all, the best come from ALLAH, the bad come from my weakness. So, million of apologies deep from my heart. I will never forget you all. I know one day I will miss your smile, your voice and everythings.. Thank you so much. Thank you for giving me memories to treasure whole life through.. May ALLAH always bless you all here and hereafter, aminn.

*orang kata biasanya dalam 2 keadaan orang kita 'tak boleh' nak cakap dalam bahasa kita. Satu waktu sedih, dua waktu marah. ye ke? saya rasa ye :P ini bingkisan terakhir dalam suasana brunsfield 7-51. tak boleh nak tulis dh, selamat tinggal Kota Darul Ehsan, maaf zahir batin pada semua manusia yang mengenali saya. doakan saya untuk hari-hari mendatang. kalau permulaannya penuh dengan cubaan, yakinlah pengakhirannya pasti ada kemanisan, itu janji Tuhan. bahkan sejarah Nabi sendiri telah membuktikan bahawa kesabaran adalah anak kunci kemenangan.

Terima kasih. Terima kasih. Terima kasih.

Kalau ada sumur di ladang,
Boleh hamba menumpang mandi,
Kalau bukan di dunia yang lapang,
Moga ketemu di Syurga abadi!

Salam penuh kecintaan!
KDE

27 March 2011

al-Ghazali

@ Hutan Bandar, JB

@ Masjid Sultan, Singapura

@ Istana Kampong Gelam

@ Istana Kampong Gelam

@ Merlion Park

@ Merlion Park

Merlion Park

  @ Sentosa Island

with Due

 :)

 besttt sangat main mende neh ;)

 pemandu yang baik :)

 Selamat tinggal Republic of Singapore

Malas nak cerita panjang, isi gambar jer la kali neh punya trip. Walaupun sebelum, semasa dan selepas trip neh ada banyakkk kisahnya... Senyum sahajalah. Apapun, sampai ke luar negara (bunyi macam best jer) dh saya join aktiviti, tapi rasanya dalam banyak-banyak trip yang saya pergi... Cameron Highland, Pulau Pangkor, & Pulau Aman masih menduduki carta teratas :)

Satu perkara saya nak kongsi, juga peringatan untuk diri. Janganlah memandang rendah pada orang lain, takde manusia yang sempurna :) Pesan al-Ghazali- jangan pandang sinis pada yang jahat kerana kamu menganggap kamu lebih baik, kerana belum tahu lagi kamu atau dia yang sempat bertaubat sebelum mati nanti.. Wallahua'lam bissowab. Salam.

KDE

21 March 2011

HATI

"..maka mengembaralah untuk melihat diri sendiri"  ; 
Dr HM Tuah Iskandar al-Haj
 
akan ke Johor Bahru dan Singapura sehingga 23 Mac, inshaALLAH.


susah untuk saya buat keputusan ini, kerana hati. akhirnya saya berlapang dada. saya yakin Dia menyimpan hikmah yang besar disebalik setiap yang terjadi, termasuklah yang satu ini, moga.

"Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri pertunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan yang melimpah-limpah pemberianNya" ; Ali Imran 3:8

Semoga ALLAH redha :)

KDE

06 March 2011

BELASUNGKAWA

Basmallah.

Alhamdulillah, Program Personal Enrichment 'MSU-EleFriend, EleFun' yang diketuai oleh saya telah selamat dan selesai. Alhamdulillah, selamat menjalankan tugas kecil sebagai crew untuk Pertandingan Menulis Khat dan Deklamasi Sajak Minggu Penghayatan Islam, PMIMSU 2011. Dan...sekali lagi menang kategori penulisan sajak. Alhamdulillah, thesis kini dalam proses suntingan terakhir. Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.

Isnin, 7 Mac Final Exam semester akhir saya akan bermula. InshaALLAH paper terakhir pada 17 Mac. Doakanlah saya walau di mana jua anda berada. Doakanlah agar saya juga mendapat tempat LI/ praktikal yang terbaik sebagaimana sahabat-sahabat yang lain. Doakanlah, doakanlah, doakanlah.

Takziah untuk housemate saya, kehilangan bonda tercinta dalam suasana semua manusia keliling sibuk dengan nota-nota final exam... Oh, ALLAH memberi peringatan keras ketika saya sendiri sedang sangat sibuk dengan urusan dunia yang fana ini. Semata-mata mahu mengejar abjad A di atas slip keputusan nanti. Haihh, saya tak mampu untuk menulis apa lagi.. Al-Fatihah.

Doakan saya selalu.
KDE

22 February 2011

BERLAPANG DADA

Basmallah.

Saya teringat kata-kata cikgu saya sewaktu masih di alam persekolahan. Kata dia; "kita ni jangan meletakkan harapan yang terlalu tinggi pada sesuatu, kalau kita tak dapat nanti kita akan kecewa. Analoginya bekas kaca, kalau kita letak kat tempat yang lebih tinggi dari kepala kita sendiri, jatuhnya pasti berkecai tapi kalau kita letakkan lebih rendah, jatuhnya masih boleh dicantumkan semula, inshaALLAH.."


Selepas 2 hari 'bercuti' di Tanah Tinggi Cameron, balik pastilah dengan kuntum senyum yang menawan. Tapi bila dihidangkan dengan cerita yang menyedihkan, alahai hati. Saya rasa sangat sedih, kecewa dan marah. Tapi bila dapat sms macam ni kan-macam awak selalu cakap, selawat banyak2- saya rasa macam kena penyepak la pulak. Apapun, sekarang saya redha. Mesti ada sebabnya, inshaALLAH ada jalannya :)

Al-Baqarah; 216


“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”


inshaALLAH ada jalannya :)


KDE

26 January 2011

DOA

Bila balik 'mengembara' mesti ramai yang akan bertanya, 'apa cerita?'. Senyum sahajalah :)

Hanya mahu menulis begini, mohon didoakan agar saya dipermudahkan untuk mendapat tempat menjalani latihan industri/ praktikal nanti. Doakan, doakan, doakan.

Juga doakan saya 'kuat' untuk siapkan final year project dan thesis. Haishhh ;(

KDE

21 January 2011

PULAU PINANG

"maka mengembaralah untuk melihat diri sendiri.."
HM Tuah Iskandar al-Haj

21-23 Januari; ke Pulau Pinang

KDE

09 January 2011

MIDTERM

10-14 Jan 2011


n.e.u.r.o.p.h.a.r.m.a.c.o.l.o.g.y?

=.='

Ya Ayyuhal Muddatsir. QUM, FAANZIR!
 
KDE

31 December 2010

SIBUK DUNIA

Thesis
Journal
Report
Assignment
Summary
Proposal
Neuropharmacology
MD II

Exam- mid sem

Balik kampung :)

Selamat hari lahir untuk yang menutupi Disember dan 2010. Untuk ayahanda, selamat ulangtahun. 1 Jan 2011. Semoga kesibukan kita dengan urusan dunia tidak membutakan kita akan ertinya sebuah kasih. Maaf zahir dan batin :)

KDE

19 November 2010

Alhamdulillah Wasyukurilah

Basmallah. Hamdallah.

Syukur, Alhamdulillah. Secara rasminya hari ini saya sudah mendaftar semula untuk semester baru, semester 6, semester terakhir. Rasanya saya adalah manusia pertama dari kalangan manusia-manusia BBM yang mendapatkan result dan mendaftar pada hari ini, kerana sepatutnya fakulti kami tarikh mendapatkan result dan mendaftar adalah esok, 20 Nov. Saya mencuba nasib dan alhamdulillah, berjaya. Sempurnalah semuanya hari ini, maka esok boleh pulang sebentar ke kampung untuk urusan seterusnya. Isnin sudah mula kelas ke?? haiyakk :D

Alhamdulillah, untuk nikmat yang ALLAH kurniakan.
Alhamdulillah, untuk semua urusan yang ALLAH permudahkan.
Alhamdulillah, untuk rezeki hari ini yang berlimpahan. (Dari makan tengah hari, minum petang sampai ke makan malam, semuanya dibelanja orang. Rezeki Jumaat yang penuh keberkatan. Semoga ALLAH murahkan rezeki kalian, selalu! amin..)

Result? Alhamdulillah.. Doakan saya selalu!

KDE, 19 Nov 2010

01 November 2010

NOVEMBER

1 November 2010. Maknanya tinggal lagi 2 bulan untuk tahun 2010. Oh cepatnya masa berputar. Saya masih ingat ada beberapa perkara yang saya kata pada diri, saya mesti laksanakan tahun ini. Ada tiga (selebihnya bersifat peribadi) yang paling saya ingat sebab saya bagitahu pada seseorang. Satu; saya nak ikut semua aktiviti MSU, terutamanya BBM Club dan mentor mentee memandangkan saya sudah berada dalam tahun akhir. Harus memenuhkan file dengan sijil-sijil yang pelbagai :D. Dua; saya bercadang untuk mendapatkan lesen kereta kerana saya ada masa cuti semester. Tiga; saya berniat nak pergi kursus kahwin dalam tahun ini juga.

Alhamdulillah, yang nombor satu berjaya. Banyak aktiviti saya dapat sertai dalam tempoh itu. Dua, tak berjaya. Cuti pertama saya habiskan di kampung sahaja dan cuti kali ini pula wajib untuk saya berada di sini menguruskan anak-anak tikus yang comel-comel ini untuk FYP saya. Dan rasanya memang tak mampu buat dalam tahun ini. Tiga, masih ada baki 2 bulan dalam 2010. Saya harap yang ini saya sempat buat. Atas pendapat yang mungkin agak personal, saya fikir bagus saya ambil tahun ini juga. Jadi, doakanlah ya!

                                         Pulau Giam

Tiba-tiba hati sangat merindui hempasan ombak yang memukul pantai, lautan membiru saujana mata memandang dan bilik besar yang panasnya seakan membakar kulit muda kami semua. Kalau sahaja kenangan yang satu ini menjadi yang terakhir, ia pasti akan tetap segar dalam ingatan kami bersebelas!

                                      Maha Suci ALLAH :)

KDE, 1 Nov 2010

21 October 2010

SELAMAT TINGGAL SEM 5!

Salam.. Saya nak menulis, panjang... Jiwa saya galau.. Saya dah habis final exam semester 5! Alhamdulillah.. Sekarang cuti sem, dalam sebulan lebih.. Tapi saya kena stay untuk siapkan FYP.. Mungkin balik kampung untuk 3,4 hari sahaja.. Saya rasa tak bersedia untuk bergelumang dengan anak-anak mice yang putih-putih itu nanti, tapi hukumnya jatuh wajib kerana itulah pilihan saya.. Sekarang semua kawan-kawan sudah memijak kampung halaman, barangkali ada yang masih di sini..

Habis exam, saya join dua aktiviti Medical Service, satu di Kampung Dato' Hormat, Sabak Bernam berdirectorkan incik Ridzuan aka Duwe.. Kesimpulan yang amat jelas, ramai benar yang menghidap diabetes.. Bertandang rumah ke rumah, menzahirkan rasa kasihan pula.. Buat yang masih sihat, kurang-kurangkanlah gula dalam makanan tambahkanlah ia dalam senyuman.. Tinggal-tinggalkanlah air Coke tu ya :) Sehari yang memberikan secebis kenangan dan keinsafan.. Moga-moga kita semua sentiasa dikurniakan kesihatan yang sempurna.. Mari bersyukur, alhamdulillah..

Kemudian saya ke Pulau Pangkor 16-18 Okt, Medical Service di Dewan Kg Sungai Pinang Besar berdirectorkan Rahmat, atas tiket menyokong penuh Rahmat dan juga mentor kesayangan kami; Cik Nazreen.. Alhamdulillah, selamat.. Cuma, Pangkor; antara pengajaran dan pengalaman.. Dari malam bertolak lagi hati saya tercuit melihat ada teman yang tiba-tiba menangis.. Makanya hati saya berdoa, semoga ALLAH redha.. Saya cuba membantu yang terbaik biarpun saya sedar saya tak banyak membantu walaupun tugas atau jawatan yang diberikan kepada saya cukup besar.. 3 hari 2 malam yang tak terlupakan.. Biarpun macam percutian bersebelas!

Sambutan orang ramai pada hari berlangsungnya aktiviti Med Check Up sedikit sebanyak mengubati hati-hati kami yang cukup tertekan dengan masalah yang timbul sesampainya kami semua di camp.. Harus diberikan ucapan tahniah barangkali pada Pengarah Projek :P Banyak perkara yang saya tak pernah buat atau mungkin dah lama tak buat, terbuat di sana.. Hehe.. Masuk hutan (kemudian menghilangkan dahaga dengan semangkuk cendol tawar, nasib harganya murah!), main ombak besar (serius takut, cukuplah sekali), snorkeling (atau lebih tepat lagi merendamkan diri semata-mata sebab tak tahu berenang dan tak pernah mengerti apa fungsinya googles yang dibekalkan, lucu benar rasanya).. Biarpun banyak kisahnya, pasti terasa rindu akan suasananya.. Hempasan ombak seakan masih terngiang-ngiang ditelinga, gigitan air sejuk dibilik mandi serasa meresap ke tulang, dan parut-parut kecil dikaki akan menjadi nostalgia tidak lama lagi..

Hasil yang tak terjangkakan, SE K610i dan Nokia 6610i saya terlantar di'ICU' sekarang.. Oh oh, parah-parah! Gara-gara Fai jatuh dalam laut dengan beg berisi electronic gadjet kami.. Aduh, memikirkan kos membaikinya sahaja sudah cukup meresahkan.. Semenjak ke dua-duanya saya beli, tidak pernah sekalipun ia bermasalah.. Dan yang pertama terucap; aduhai hilang sudah semua tanda cinta dan kesetiaan saya.. Hehe.. Berjawab pula; ada ke? Hahahar.. Jahat ok! Semoga merah dan putih saya dapat diselamatkan dengan kadar segera.. Putih itu kesayangan saya yang paling lama, membelinya sahaja menggunakan wang hasil titik peluh sendiri.. Manakala merah punya sejarah yang tersendiri, mahu di'trade in' sahaja saya tidak sanggup! Mendapatkan yang baru, bukanlah waktu! Sabarlah hati..

Bila ke dua-duanya hilang fungsi, akal berbisik pada hati; mungkin Tuhan mahu saya berhenti daripada mengenang hari-hari semalam.. Hilangnya bukan satu dua.. Tapi semua.. Aduhai.. Hilang, saya hilang semuanya! Oh, apakah yang tersirat disebalik kisah ini? Tunjukkan aku hikmahnya wahai Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.. Kerana ianya terjadi pada waktu yang saya merasakan sesuatu yang bukan seperti hari-hari yang saya lewati sebelumnya.. Pasti tidak ada yang mengerti, saya pasti! Tapi mungkin terkecuali.. Harapan saya biar jadi mimpi saya sahaja! Sila kirimkan saya nombor-nombor anda ya.. FB, ym, num celcom etc..

Sebak juga dada bila terfikir; oh dah nak sampai penghujung rupanya.. Kadang-kadang rasa tak sabar juga, terasa tempoh hampir 4 tahun menumpang di sini terlalu lama.. Tapi angin bandaraya ini sepertinya sudah serasi dengan denyut nadi.. Apapun projek akhir ini harus saya jayakan dengan secemerlang yang boleh! Wajib! Penat lelah, suka duka, dan segala-galanya harus dibayar dengan sesuatu yang bermakna.. Semoga ALLAH memperkuatkan saya dengan kekuatan yang luar biasa.. Untuk yang terakhir ini, saya perlu tabah.. Sangat! Buat diri sendiri; berlarilah tanpa lelah, sampai engkau meraihnya.. jangan berhenti mewarnai jutaan mimpi di bumi, walau dunia tak seindah Syurga, bersyukurlah pada Yang Kuasa!


Salam kuntuman rindu,
KDE

Older Posts Home