15 December 2011

SETIA

Ingat hari semalam
Air mengalir tenang
Sayup kita memandang

Ingat hari semalam
Di sana kita bersama
Mengukir janji setia

Semalam jadi kenangan
Dijahit buat hamparan
Kekuatan menjalani kehidupan

Kuala Lumpur

13 December 2011

PUAN SRI

..'Saya sering memikirkan suatu hari nanti saya boleh meletakkan gelaran doktor di hadapan nama saya. Saya memikirkan suara saya didengar di corong-corong radio, saya memikirkan wajah saya muncul di kaca-kaca tv, suara saya didengar dalam konvensyen-konvensyen antarabangsa, saya boleh melihat hasil-hasil pemikiran saya dijelmakan dalam bentuk buku, kaset, CD dan tersimpan di perpustakaan-perpustakaan besar. Semuanya itu telah berlaku. Semuanya itu bermula dari imaginasi'...

Dr HM Tuah Iskandar al-Haj

Sejak zaman sekolah rendah lagi, saya selalu berangan-angan berimaginasi untuk meletakkan gelaran doktor di hadapan nama saya kerana saya beranggapan nama saya terlalu pendek. Kalau ditambah gelaran jadilah sedikit panjang. Berputaranlah waktu, dan sekarang saya di sini. Tamat pengajian ijazah sarjana tidak bermakna perjalanan dan pencarian saya terhenti. Mahu mengembara lagi. Cita-citaku bukan bunga, boleh dipatah angin!

(Akan ada persoalan, gelaran tidak melambangkan seseorang manusia itu telah berjaya dalam erti kata jaya yang sebenar. Ya, tepat sekali. Sekadar pada gelar? Sekadar untuk disebut-sebut atau ditulis orang? Jawapannya, tepuk dada tanya iman. Kalau gelaran Puan Sri? Hehe ^_^ )

KL

07 December 2011

IT'S SO HARD TO SAY GOODBYE TO YESTERDAY

How do I say goodbye to what we had? 
The good times that made us laugh 
Outweigh the bad.

I thought we'd get to see forever
But forever's gone away 
It's so hard to say goodbye to yesterday.

I don't know where this road 
Is going to lead 
All I know is where we've been 
And what we've been through.

If we get to see tomorrow 
I hope it's worth all the wait 
It's so hard to say goodbye to yesterday. 

And I'll take with me the memories 
To be my sunshine after the rain 
It's so hard to say goodbye to yesterday.

Boyz II Men

Kuala Lumpur

02 December 2011

SIRI i

Setiap petang juga Mak Cik Rock akan menjadi pemerhati yang setia, hingga hilang dari pandangan. Mungkin hati kecil Mak Cik Rock berkata, 'kenapa budak ni tak pernah beli makanan kat kedai aku ha? Tak sedap ke masakan aku? Alah, kalau dia sorang yang beli pun aku tak untung mana, apalagi kalau dia tak beli. Tak rugi pun aku tak dapat duit dari dia'. Mungkin.

Hujan lagi, seperti selalu. Kalaulah dapat secawan kopi putih kacang hazel, dinikmati bersama pemandangan titis-titis hujan dari jendela.

:bersambung

Today, my last day here. Thanks Michael, Bee Keng, Violet and Nova for your kindness. At least, I've learnt something during this 30days. What's next? My Lord, please take my hand and show me the way. Expand my chest and make things easy for me..


PS, KL
2/12/11

Newer Posts Older Posts Home