29 June 2009

TIADA

(Mati Rasa)

Sungguh amat malu rasa
Sudah lama tidak meminta
Kerana mata telah dibuta
Terbeku hati pada dunia
Entah mengapa
Sedang tahu ia terlalu hina
Bilakah semua ini akan sirna?
Aku mahu lena selamanya
Walau bekal langsung tiada

28 Jun 2009
KDE

25 June 2009

PENYEMBELIH TELUK



Dexter Morgan

Satu hari sahabat aku bertanya
Kenapa kau suka cerita Dexter
Belum sempat aku jawab soalannya
Sahabat yang ke dua bersuara
Sebab Dexter psiko macam dia (aku)
Aku terdiam lama dan berkata
Dexter punya masa silam yang tersisa
Yang amat sukar untuk dilupa

Kata mereka aku juga
Aku gila seperti Dexter
Bermasalah sakit jiwa
Bercakap seorang diri itu biasa
Buat sesuatu tak fikir kali ke dua
Bezanya tak minum dan membunuh saja
Yang lain semuanya sama
Antara aku dengan Dexter!

"Adakah aku seorang yang baik? Aku tiada jawapan, mungkin orang di luar ada?"
-Dexter Morgan-

25 Jun 2009 (12.13am)
KDE

23 June 2009

SAMA!




( Bila yang tak pandai mahu mengajar)




Jadinya?
Sekali spare, strike tiada
Beza jumlah markah sedikit cuma
Membaling ke longkang juga
Ertinya?
Dua kali lima!

23 Jun 2009 (10.15pm)
KDE

REMPUH



Di hadapan pagar berduri




Hendak dirempuh
Tubuh kan berdarah
Mahu berundur
Selamanya kalah
Tunjukkanlah!

23 Jun 2009 (12.33am)
KDE

21 June 2009

BILA ESOK

(Bila diri diulit dunia)

Mahu rasanya aku bisikan pada semua
Tatkala malam telah menjelma
Dan mata pun hendak terlena
Aku ceraikan dunia dan segala isinya
Dengan talak bernombor tiga
Sebagaimana yang telah diajarkannya

Tapi bila esok aku terjaga
Sudah aku lupa akan lafaz kata
Lalu ia aku setubuhi seenaknya
Sedang itu sudah dikira berzina
Maka menjadilah aku manusia biasa
Yang sama tiada bedanya...

21 Jun 2009 (3.00am)
KDE

20 June 2009

KEMBALILAH!

Cantik kuning si buah kuinin
Tidak terlawan manisnya pauh
Bukannya hati tidak teringin
Sayangnya jarak terlalu jauh!

Asam Pedas

Sepuluh hari-balik kampung-dapat makan asam pedas ikan patin air tangan umi-oh lazat sekali-persekitaran teratak yang tetap juga sunyi-kerana letaknya di tengah-tengah maka-sekali-sekala di sebelah kiri terdengar jeritan Anis juga tangis si kecil Amni, ataupun di sebelah kiri Along, Angah, Abang dan Adik yang berkelahi-itu kelaziman kata umi-aku senyum sendiri, lama tak jumpa kini Amni sudah boleh berdiri!

3 ekor puyu-dah makin besar

2 pokok jambu epal-bukan musimnya

1 pokok durian-berbuah-tupai berdecit-umi kata dia pun nak merasa-
1 pokok rambutan-masih hijau-itupun tak lebat langsung
1 pokok limau bali-daunnya meluruh
1 pokok manggis-juga hijau-jarang-jarang
1 pokok duku-masih terlalu rendah
1 pokok sukun-sudah tinggal batang
1 pokok kelapa-hanya pelepah yang bersepah
1 pokok jering-tinggal ranting-ranting

Ya, semuanya hanya 1!

Apa aktiviti di kampung?
Mendengar kicauan beburung juga nyamuk dan unggas berdengung! Indah!
Pulanglah...

***

K

K o

K o s

K o s o

K o s o n

K o s o n g

K o s o n

K o s o

K o s

K o

K


***


Genting Kota Keriangan!

Seronok ke? Hebat ke? Menarik ke?

Aku minta maaf pada semua kawan-kawan sebab tak turut serta ke Genting hari ini.. Aku tahu kamu semua rancang sudah lama dan berharap aku turut serta, sebab aku memang tak pernah pergi sana walaupun ia terletak dalam negeri aku.. Aku pun tak tahu kenapa aku menolak tapi hati aku memang berat nak pergi.. Aku tahu sejak semalam aku meninggalkan tanda tanya dalam hati kalian, mana tidaknya belum mendaftar semester baru, tiba-tiba aku tinggalkan kalian hanya kerana mahu 'mencari dunia'.. Hilang rasa semerta.. Lagipun kan temanya Genting Kota Keriangan tapi sejak kaki aku cecah bumi Shah Alam pada 18 Jun jam 7.00 petang, sampai waktu ini-tidak ada bunga-bunga riang yang merekah dalam hati aku- Jadi? Mungkin aku tidak akan merasakan keriangan itu kalau aku ikut serta-mungkin- Maaf semua, aku menghampakan dan akibatnya sekarang aku sangat sunyi tanpa sesiapa di sini.. Balasan barangkali tapi aku yakin ada sesuatu yang tersembunyi-Entahlah-Haihhhhhh!!! Dan puisi kalian untuk aku buat kolam mata aku melimpah-sungguh terharu! Amat! Maafkanlah-

-Tengah makan nasi goreng daging merah, Aizat dan Faizal Tahir bersenandung di tv3, daging terus rasa liat-nasi terus rasa pasir.. Aduhai rasa, kembalilah!-

20 Jun 2009 (11.35pm)
KDE

18 June 2009

SUARA (KU BERHARAP)

HIJAU DAUN

Di sini aku masih sendiri
Merenungi hari-hari sepi
Aku tanpa mu
Masih tanpa mu



Bila esok hari datang lagi
Ku coba untuk hadapi semua ini
Meski tanpa mu
Meski tanpa mu

Bila aku dapat bintang yang berpijar
Mentari yang tenang bersama ku di sini
Ku dapat tertawa menangis merenung
Di tempat ini aku bertahan

Suara dengarkanlah aku
Apa kabarnya pujaan hati ku
Aku di sini menunggunya
Masih berharap di dalam hatinya

Suara dengarkanlah aku
Apakah aku slalu dihatinya
Aku di sini menunggunya
Masih berharap di dalam hatinya

Kalau ku masih tetap di sini
Ku lewati semua yang terjadi
Aku menunggu mu
Aku menunggu

Suara dengarkanlah aku
Apa kabarnya pujaan hati ku
Aku di sini menunggunya
Masih berharap di dalam hatinya

Suara dengarkanlah aku
Apakah aku ada dihatinya
Aku di sini menunggunya
Masih berharap di dalam hatinya

Aku pulang...

19 Jun 2009
KDE

09 June 2009

OH BULAN!



Seandainya bulan tahu
Semalam mentari melumpuhkan
Pastinya bulan enggan
Menerima lagi pancaran

Seandainya bulan tahu
Semalam mentari memanggang
Pastinya bulan enggan
Menikmati lagi sinar terhidang

Seandainya bulan tahu
Semalam mentari mencabuli
Pastinya bulan enggan
Tidur malamnya digauli

Seandainya bulan tahu sesuatu
Pasti sudah lama
Langit dan bumi
bersatu!

9 Jun 2009 (4.50pm)
Tanah tempat singgah

07 June 2009

KAMI

"Kampung kau kat mane?"
"Chenor"
"Mane tu?"
"Pahang"




Masa 1.43 saat, sila perhatikan papan arah di tepi jalan.. Kening!

Dulu, aku pernah tengok cerita ni.. Masa zaman kanak-kanak.. Tadi layan Joget Kenangan Manis kat Youtube, tiba-tiba tertarik nak tengok cerita ni.. Cerita yang menarik dan ada banyak pengajaran yang tersirat.. Sedih juga, tapi dari awal sampai akhir aku senyum-senyum.. Umum tahu Allahyarham Sudirman Hj Arshad anak kelahiran Temerloh, Pahang Darul Makmur.. Jadi? Bunyi, loghat atau orang kata slanga Sudir tu yang membuatkan aku tersenyum.. Kerana aku anak Pahang juga! =)

p/s: Dato' Siti, katanya lahir di Kampung Awah (sekarang Pekan Awah), cuba cakap sikit!

7 Jun 2009 (9.33pm)
KDE

06 June 2009

DUNIA!


Di mana pun dua kaki singgah
Bayang tetap keras menerjah
Sungguh sudah amat lelah
Bernafas juga terasa payah



Bukannya tidak mahu berubah
Apalagi usia telah bertambah
Soalnya istiqomah itu benar payah
Keterikatan masih kuat menjajah

Dulu
Mahu ke panggung, aku tak tahu
Kerana Cinta aku mula bertandang
Dulu
Mahu berbowling, aku kata malu
Kerana sahabat aku mula membaling
Dulu
Di ajak ber'ice skating', aku kata tak mahu
Hari ini aku jawab ya
Usah ditanya mengapa
Kerana aku masih sedang kuat berusaha!

Sudah lama kaki tak menginjak lantai Sunway Pyramid, Times Square apalagi Mid Valley.. Tak ingat bila kali terakhir aku datang.. Hanya ke The Mall bulan lepas, itupun kerana berprojek Refleksologi untuk subjek Alternative Medicine.. Yang kerap didatangi hanyalah bangunan Low yatt aku kira.. Jangan tanya kenapa, semua yang aku lakukan atas sebab dan alasan yang kuat tapi kenyataannya biarlah aku simpan sendiri.. Kalau anda seorang yang 'takut untuk jatuh', jangan bermimpi untuk ber'ice skating'.. Masih terlalu kuat ikatan pada dunia! Apapun, syukurlah..

5 Jun 2009 (11.45pm)
KDE

CUTI

Basmallah.. Alhamdulillah..

Selesai sudah semester pendek yang ke-3, maka sekali lagi akan bercuti pendek mulai esok.. Terima kasih untuk semua sokongan dan dokongan ketika aku rebah.. Semoga ALLAH membalas budi baik kalian.. Peperiksaan akhir berjalan dengan lancar meski diuji dengan selsema..

Sekalung terima kasih juga untuk para sahabat yang sudi meraikan ulangtahun kelahiran ku yang ke-21 bulan lepas.. Dalam kesibukan mengharungi semester pendek yang makin dipendekkan atas sebab-sebab tertentu, masih ada yang mengingati.. Semoga ALLAH merahmati kalian.. Sambutan ke-2 pada usia 21, yang pertamanya ketika berangka 19.. Dengan secebis harapan yang tidak terluahkan.. Tak terucap syukur!

Sekadar mahu sedikit berbahasa, ribuan terima kasih khusus kepada saudari Marni bt Bakri, sahabat ku atas undangan ke Majlis Ceramah, Solat Hajat dan Bacaan Yassin, anjuran Persatuan Mahasiswa Islam (PMIMSU) 25 Mei yang lalu.. Sedikit terkalih juga niat aku di saat-saat akhir, tapi alhamdulillah masih dipilih ALLAH untuk berada dalam taman syurga.. Atas sebab kesihatan, mohon maaf Marni kerana tidak berlanjutan ke acara yang seterusnya.. (dan dalam nada berseloroh, kata ku pada Marni-ruginya tidak dapat berimamkan ustaz H).. Walaupun aku bukanlah ahli jemaah PMI, tetapi berada bersama-sama mereka mengalir juga sejalur kesejukan.. Sejujurnya, inilah ceramah motivasi yang pertama aku turut serta setelah sekian lama meninggalkan 'zaman-zaman silam' ku.. Yang memandang dengan ekor mata yang tajam juga sinis senyum di bibir, aku sedar siapa aku.. Jangan lupa kamu hamba aku pun hamba, aku asalnya tanah, kamu juga.. Siapalah kamu untuk mempersoalkan mengapa aku berada di situ?

Teruja rasa bila dikhabarkan yang akan berceramah adalah Ustaz Mohd Zawawi Yusof, tapi bila diumumkan oleh pengerusi majlis Ustaz Zawawi tidak dapat memenuhi undangan, hati manusia aku kecewa juga.. Berulang kali pengerusi majlis memohon agar semua para hadirin mengikhlaskan hati kerana ALLAH meski Ustaz Zawawi berganti ustaz lain.. Soal ikhlas atau tidak, bukanlah hak pengerusi majlis untuk menilai.. Itu urusan Tuhan sedang ada beberapa suara yang aku dengar-hadir-kerana perlu buat laporan untuk subjek ustaz-kerana nak mencari hidayah-tiba-tiba yang duduk di sebelah aku bangun dan keluar seraya berkata perlahan kepada kawannya-bukan ustaz Zawawi- ALLAH Maha Mengetahui..

Aku pernah diajak untuk berada bersama ahli jemaah PMI sejak minggu pertama aku berada di bumi KUTPM, sekitar awal tahun 2007 lagi, kata orang ketika muka masih 'suci' lagi.. Dan bila saudari Marni mengulangi perkara yang sama, (ikhlas atau tidak hati kamu Marni, Tuhan lebih tahu) aku sambut dengan sekuntum senyum tulus.. Dulu.. Terasa bersalah kerana menolak, tapi hari ini sungguh amat tidak layak.. Aku amat menyedari akan keterikatan aku pada dunia masih sangat kuat..
Mana mungkin 'aku' ini..


Selamat bercuti semester kepada semua para sahabat ku, jangan lupa buat persiapan mental untuk bertemu Dr Pallavi semester depan!

5 Jun 2009 (11. 33pm)
KDE

Newer Posts Older Posts Home