31 December 2010

SIBUK DUNIA

Thesis
Journal
Report
Assignment
Summary
Proposal
Neuropharmacology
MD II

Exam- mid sem

Balik kampung :)

Selamat hari lahir untuk yang menutupi Disember dan 2010. Untuk ayahanda, selamat ulangtahun. 1 Jan 2011. Semoga kesibukan kita dengan urusan dunia tidak membutakan kita akan ertinya sebuah kasih. Maaf zahir dan batin :)

KDE

27 December 2010

SNOW FALLS


I miss you.

KDE

25 December 2010

TELL ME WHY



We share the same bright sun, the same round moon
Why don't we share the same love?
Tell me why not?

Life is shorter than most have thought..


KDE

20 December 2010

IMAN



Oh, bangkitlah IMAN jangan tidur lagi!!!


KDE

18 December 2010

COPD

COPD? Apakah? Sejauh mana anda tahu atau ambil tahu?

Chronic Obstructive Pulmonary Disease, penyakit paru-paru kronik

- 6th leading cause of death in the world,will become 5th in Malaysia.
- Malaysia has approximately half a million COPD suffers!
- Smoking is the main cause of COPD!

Faham? WHO kata COPD dah jadi penyebab kematian, ke 6 dalam ranking dan akan jadi yang ke 5 kat Malaysia. Setengah juta rakyat Malaysia menghidap COPD! Punca utama COPD? Merokok! Anda tahu takkk?? Hisaplah lagi, pergi beli sekarang hisap banyak-banyak, hembus puas-puas ok! Tahniah!

NST
Blog
Utusan Malaysia

Rokok? Macho ke? Bila Tuan Guru kata merokok bodoh, ramai pula yang melenting marah. Anda rasa anda bijakkah bila anda memilih untuk merokok? Kalau kesannya anda seorang yang sakit, tak mengapalah. Tapi hembusan asap rokok anda itu? Manusia-manusia lain? Anda bijak? Lelaki tak payah cakap la, perempuan pun macam takde otak. Kampus? Apartment? Pasaraya? Alah, apa ada hal, dah biasa. Orang tengok pun tak kisah, tak malu. Bangga kot. Rasa nak penampar pun ada. Aduhai rakyat Malaysia yang sentiasa didahulukan, malunya bangsa yang aku selalu katakan hebat, tapi akalnya? Anda kata orang yang bunuh orang, letupkan, bunuh, bakar dan buang abunya ke sungai tuh kejam kan? Anda hisap rokok asapnya orang lain hidu? Orang lain yang dapat penyakit, terseksa, mati, anda tak kejam ke? Berhentilah, hidup kita ni berharga..

Fikirlah.

KDE

YOU!

I need you to understand something. I wrote this for you. I wrote this for you and only you. Everyone else who reads it, doesn't get it. They may think they get it, but they don't. This is the sign you've been looking for. You were meant to read these words.

Ada orang menulis untuk tidak memberitahu. Hanya dia yang tahu.

Aku? Senyum sendiri. Kamu tahu :)

Kredit Black, MS

KDE

17 December 2010

MIMPI LAGI

Lautan takkan mampu menampung air mata
Mentari tak tersuluh mendungku di jiwa
Semakin bayangmu pudar
Semakin tersiksa tanpaku rela
Gugur semangatku mengharung dunia

c/o
Mengapa harus kau mengalah
Pada dugaan kau menyerah
Sedaya ku tadah gelisah
Namun tanpamu aku rebah
Katakanku masih di hati
Walau helah tak ku peduli
Asal lena tak dikejuti
Kerna ku masih bermimpi lagi


Mungkin kau dah berubah tidak seperti dulu
Mungkin dunia serba indah bila jauh dariku
Nyatakanlah kekuranganku
Agar kan sempurna menghiasi hidupmu
Sebak kesepian tanpa belaianmu


Tak sanggup aku walau sedetik ku kehilanganmu kasih
Kerana ku percaya cinta abadi selamanya
Biar hilang dalam genggaman
Cintamu akan ku kejarkan
Berdua bersatu hingga nafas terakhirku
..
Katakanku masih di hati
Walau helah tak ku peduli
!
Bermimpi Lagi, Yusry KRU
KDE

07 December 2010

1432H

Basmallah.

ALLAH tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata):
“Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir”.. (2: 286)

KDE

03 December 2010

...

you have the full power to turn everything into anything you want to.

.......

KDE

25 November 2010

HATRED

Sebolehnya saya tidak ingin hamparan Emansipasi dihiasi cerita sedih, tetapi di mana lagi boleh dicurahkan rasa yang mencengkam ini? Selepas sekian lama, rasanya inilah airmata yang tercurah tanpa ada seorang pun manusia yang mengerti. Segala yang dikorbankan nyata sia-sia. Tuhan, aku redha. Sesungguhnya dugaan ini mencabar, sangat terbatas keupayaanku. Dugaan dan hidup mana bisa terpisah. Kuatkan ya ALLAH. Biar manusia meminggir, usah aku Kau usir..


Mahalnya harga sebuah kehidupan. Mudahnya manusia membuat penilaian! Sedang aku tiada pilihan?

KDE

19 November 2010

Alhamdulillah Wasyukurilah

Basmallah. Hamdallah.

Syukur, Alhamdulillah. Secara rasminya hari ini saya sudah mendaftar semula untuk semester baru, semester 6, semester terakhir. Rasanya saya adalah manusia pertama dari kalangan manusia-manusia BBM yang mendapatkan result dan mendaftar pada hari ini, kerana sepatutnya fakulti kami tarikh mendapatkan result dan mendaftar adalah esok, 20 Nov. Saya mencuba nasib dan alhamdulillah, berjaya. Sempurnalah semuanya hari ini, maka esok boleh pulang sebentar ke kampung untuk urusan seterusnya. Isnin sudah mula kelas ke?? haiyakk :D

Alhamdulillah, untuk nikmat yang ALLAH kurniakan.
Alhamdulillah, untuk semua urusan yang ALLAH permudahkan.
Alhamdulillah, untuk rezeki hari ini yang berlimpahan. (Dari makan tengah hari, minum petang sampai ke makan malam, semuanya dibelanja orang. Rezeki Jumaat yang penuh keberkatan. Semoga ALLAH murahkan rezeki kalian, selalu! amin..)

Result? Alhamdulillah.. Doakan saya selalu!

KDE, 19 Nov 2010

08 November 2010

SOPHIA


Oleh Dr HM Tuah Iskandar al-Haj

Jauh. Mulanya dekat.

Dan jarak hanyalah mandala relatif, justeru erti dekat selalu memaknakan jauh, sementelahan makna jauh membanding erti dekat. 
 
Dan perjalanan menjelajahi bumi atma, dibawa sejauh mana pun ke seantero dunia, tetap kembali. Ke titik paling dekat.

Diri!

Enrique - Mengundang Jauh
- cerita tentang orang berpergian jauh
- cerita tentang gelora akibat jauh
- cerita tentang kehebatan bangsa yang dibenam jauh

Enrique- Mengundang Jauh ekspedisi keliling dunia mengabsahkan sejarah;
Bahawa manusia Melayu Panglima Awang @ Ariberto @ Enrique manusia pertama membuktikan bulatnya bumi!

Melayu bangsa yang hebat!

Sophia di Sofia, Bulgaria :)

KDE, 8 Nov

07 November 2010

A

Aaaaa
aaaaaaa
aaaaaaaaa

I just wanna scream and lose control
Throw my hands up and let it go
Forget about everything and runaway!

I just want to fall and lose myself
Laughing so hard it hurts like hell
Forget about everything and runaway!

Haha


...

03 November 2010

Biar aku menjadi MATAHARI

Bilamana saya diajukan persoalan yang bagaikan menikam tangkai jantung saya sendiri, saya jadi muhasabah. Pertanyaan diajukan agar saya boleh memberikan sebuah jawapan yang bisa membantu meringankan, tapi hati sendiri pula jadi rawan. Banyak-banyak saya tak pandai, inilah sekadarnya buat renungan diri sendiri terutamanya. Hidayah itu milik ALLAH :)

Menurut Imam Hasan Al-Basri, dunia ini hanya ada tiga hari. Hari kelmarin yang sudah berlalu dan kita tidak mampu lagi untuk mengubahnya. Hari esok, adalah misteri yang kita tidak tahu apakah kita akan masih memiliki kesempatan berada di dalamnya. Dan hari ini, kesempatan untuk kita melakukan amal soleh.

Fitrah jiwa manusia pastilah mahu kembali kepada Tuhan, Pencipta jasad dan jiwa. Apabila berinteraksi dengan diri, tidak boleh berasa aman dan tenteram, tidak boleh berasa puas dengan sedikit amalan. Kerana kita semua adalah pendosa, maka hidupkanlah jiwa kita agar sentiasa dekat dengan Maha Pencipta. Manusia mana tidak melakukan dosa, kalau tidak masakan kita bergelar manusia. Kan?

Perasaan biasanya dikawal hati, fikiran oleh akal. Jadi, jawapan atau keputusan terbaik harus datang dari akal, akal yang wajib memimpin hati kerana kadang-kadang hati dibauri nafsu. Seandainya ALLAH memberikan kifarah atau hukuman atas kesilapan lampau, maka redhalah. Berlapang dada dan mohonlah kekuatan dariNya. Bukan senang tapi berusaha, berusaha & berusahalah tanpa lelah.

Tidaklah semudah saya menaip di sini untuk kita menerima, saya percaya. Kerana syaitan itu pasti sahaja mahu beraja. Bisa saja kita kalah semula oleh bisikannya. Pokok pangkalnya hati, kuatlah bertahan dan lawanlah sehabis daya disamping jangan berhenti berdoa pada Tuhan. Yakinlah Dia sentiasa bersama. Sejarah akan kekal sebagai sejarah kerana hakikatnya tiada sesiapapun yang dapat mengubah. Lakarlah kisah nan indah kerana hidup terlalu singkat untuk disia-siakan tanpa sebarang bekalan. 

"Sesungguhnya Allah tetap menerima taubat seseorang hambanya selama nyawanya belum sampai di kerongkong"
(Hadis Riwayat Tarmizi) 

"Hai orang-orang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan melakukan taubat yang sebenar-benarnya. Mudah-mudahan Allah menghapuskan kesalahan kamu" (Surah Al-Tahrim : Ayat 8)

Saya berpesan untuk diri saya sendiri, dan anda :) (Mungkin tak sampai maksud, tapi saya cuba) Kalaupun tidak banyak, saya harap ada secubit daripadanya dapat membantu. "Sampaikan pesanku biarpun satu ayat".. Wallahua'alam bissowab.. 

Kalau nak gugur gugurlah dosa, jangan menimpa rantingan iman; Ahmad Fedtri Yahya

KDE, 2 Nov 2010

01 November 2010

NOVEMBER

1 November 2010. Maknanya tinggal lagi 2 bulan untuk tahun 2010. Oh cepatnya masa berputar. Saya masih ingat ada beberapa perkara yang saya kata pada diri, saya mesti laksanakan tahun ini. Ada tiga (selebihnya bersifat peribadi) yang paling saya ingat sebab saya bagitahu pada seseorang. Satu; saya nak ikut semua aktiviti MSU, terutamanya BBM Club dan mentor mentee memandangkan saya sudah berada dalam tahun akhir. Harus memenuhkan file dengan sijil-sijil yang pelbagai :D. Dua; saya bercadang untuk mendapatkan lesen kereta kerana saya ada masa cuti semester. Tiga; saya berniat nak pergi kursus kahwin dalam tahun ini juga.

Alhamdulillah, yang nombor satu berjaya. Banyak aktiviti saya dapat sertai dalam tempoh itu. Dua, tak berjaya. Cuti pertama saya habiskan di kampung sahaja dan cuti kali ini pula wajib untuk saya berada di sini menguruskan anak-anak tikus yang comel-comel ini untuk FYP saya. Dan rasanya memang tak mampu buat dalam tahun ini. Tiga, masih ada baki 2 bulan dalam 2010. Saya harap yang ini saya sempat buat. Atas pendapat yang mungkin agak personal, saya fikir bagus saya ambil tahun ini juga. Jadi, doakanlah ya!

                                         Pulau Giam

Tiba-tiba hati sangat merindui hempasan ombak yang memukul pantai, lautan membiru saujana mata memandang dan bilik besar yang panasnya seakan membakar kulit muda kami semua. Kalau sahaja kenangan yang satu ini menjadi yang terakhir, ia pasti akan tetap segar dalam ingatan kami bersebelas!

                                      Maha Suci ALLAH :)

KDE, 1 Nov 2010

30 October 2010

Could This Be Love

Woke up this morning,
Just sat in my bed,
8 a.m first thing in my head,
Is a certain someone,
Who's always on my mind,
He treats me like a lady in everyway,
He smiles and warms me through up the day,
Should I tell him I love you,
Wish I knew what to say!

Chorus:
Could this be love that I feel,
So strong, so deep and so real,
If I lost you would I ever heal,
Could this be love that I feel? (2)

The way he looks,
So deep in my eyes,
Our hearts are so warm,
I just wanna cry,
Then he's so hardworking,
He wants to be someone.
Should I tell him that I love you,
What if he doesn't say it too,
I'm getting so nervous,
What should I do

Chorus:
Could this be love that I feel,
So strong, so deep and so real,
If I lost you would I ever heal,
Could this be love that I feel? (2)

Will it be my turn,
Two hearts beating together as one,
No more loneliness,
Only love, laughter and fun

Chorus:
Could this be love that I feel,
So strong, so deep and so real,
If I lost you, would I ever heal,
Could this be love that I feel? (2)
Could this be love that I feel?...

Victoria Acosta
KDE, 30 Okt

21 October 2010

SELAMAT TINGGAL SEM 5!

Salam.. Saya nak menulis, panjang... Jiwa saya galau.. Saya dah habis final exam semester 5! Alhamdulillah.. Sekarang cuti sem, dalam sebulan lebih.. Tapi saya kena stay untuk siapkan FYP.. Mungkin balik kampung untuk 3,4 hari sahaja.. Saya rasa tak bersedia untuk bergelumang dengan anak-anak mice yang putih-putih itu nanti, tapi hukumnya jatuh wajib kerana itulah pilihan saya.. Sekarang semua kawan-kawan sudah memijak kampung halaman, barangkali ada yang masih di sini..

Habis exam, saya join dua aktiviti Medical Service, satu di Kampung Dato' Hormat, Sabak Bernam berdirectorkan incik Ridzuan aka Duwe.. Kesimpulan yang amat jelas, ramai benar yang menghidap diabetes.. Bertandang rumah ke rumah, menzahirkan rasa kasihan pula.. Buat yang masih sihat, kurang-kurangkanlah gula dalam makanan tambahkanlah ia dalam senyuman.. Tinggal-tinggalkanlah air Coke tu ya :) Sehari yang memberikan secebis kenangan dan keinsafan.. Moga-moga kita semua sentiasa dikurniakan kesihatan yang sempurna.. Mari bersyukur, alhamdulillah..

Kemudian saya ke Pulau Pangkor 16-18 Okt, Medical Service di Dewan Kg Sungai Pinang Besar berdirectorkan Rahmat, atas tiket menyokong penuh Rahmat dan juga mentor kesayangan kami; Cik Nazreen.. Alhamdulillah, selamat.. Cuma, Pangkor; antara pengajaran dan pengalaman.. Dari malam bertolak lagi hati saya tercuit melihat ada teman yang tiba-tiba menangis.. Makanya hati saya berdoa, semoga ALLAH redha.. Saya cuba membantu yang terbaik biarpun saya sedar saya tak banyak membantu walaupun tugas atau jawatan yang diberikan kepada saya cukup besar.. 3 hari 2 malam yang tak terlupakan.. Biarpun macam percutian bersebelas!

Sambutan orang ramai pada hari berlangsungnya aktiviti Med Check Up sedikit sebanyak mengubati hati-hati kami yang cukup tertekan dengan masalah yang timbul sesampainya kami semua di camp.. Harus diberikan ucapan tahniah barangkali pada Pengarah Projek :P Banyak perkara yang saya tak pernah buat atau mungkin dah lama tak buat, terbuat di sana.. Hehe.. Masuk hutan (kemudian menghilangkan dahaga dengan semangkuk cendol tawar, nasib harganya murah!), main ombak besar (serius takut, cukuplah sekali), snorkeling (atau lebih tepat lagi merendamkan diri semata-mata sebab tak tahu berenang dan tak pernah mengerti apa fungsinya googles yang dibekalkan, lucu benar rasanya).. Biarpun banyak kisahnya, pasti terasa rindu akan suasananya.. Hempasan ombak seakan masih terngiang-ngiang ditelinga, gigitan air sejuk dibilik mandi serasa meresap ke tulang, dan parut-parut kecil dikaki akan menjadi nostalgia tidak lama lagi..

Hasil yang tak terjangkakan, SE K610i dan Nokia 6610i saya terlantar di'ICU' sekarang.. Oh oh, parah-parah! Gara-gara Fai jatuh dalam laut dengan beg berisi electronic gadjet kami.. Aduh, memikirkan kos membaikinya sahaja sudah cukup meresahkan.. Semenjak ke dua-duanya saya beli, tidak pernah sekalipun ia bermasalah.. Dan yang pertama terucap; aduhai hilang sudah semua tanda cinta dan kesetiaan saya.. Hehe.. Berjawab pula; ada ke? Hahahar.. Jahat ok! Semoga merah dan putih saya dapat diselamatkan dengan kadar segera.. Putih itu kesayangan saya yang paling lama, membelinya sahaja menggunakan wang hasil titik peluh sendiri.. Manakala merah punya sejarah yang tersendiri, mahu di'trade in' sahaja saya tidak sanggup! Mendapatkan yang baru, bukanlah waktu! Sabarlah hati..

Bila ke dua-duanya hilang fungsi, akal berbisik pada hati; mungkin Tuhan mahu saya berhenti daripada mengenang hari-hari semalam.. Hilangnya bukan satu dua.. Tapi semua.. Aduhai.. Hilang, saya hilang semuanya! Oh, apakah yang tersirat disebalik kisah ini? Tunjukkan aku hikmahnya wahai Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.. Kerana ianya terjadi pada waktu yang saya merasakan sesuatu yang bukan seperti hari-hari yang saya lewati sebelumnya.. Pasti tidak ada yang mengerti, saya pasti! Tapi mungkin terkecuali.. Harapan saya biar jadi mimpi saya sahaja! Sila kirimkan saya nombor-nombor anda ya.. FB, ym, num celcom etc..

Sebak juga dada bila terfikir; oh dah nak sampai penghujung rupanya.. Kadang-kadang rasa tak sabar juga, terasa tempoh hampir 4 tahun menumpang di sini terlalu lama.. Tapi angin bandaraya ini sepertinya sudah serasi dengan denyut nadi.. Apapun projek akhir ini harus saya jayakan dengan secemerlang yang boleh! Wajib! Penat lelah, suka duka, dan segala-galanya harus dibayar dengan sesuatu yang bermakna.. Semoga ALLAH memperkuatkan saya dengan kekuatan yang luar biasa.. Untuk yang terakhir ini, saya perlu tabah.. Sangat! Buat diri sendiri; berlarilah tanpa lelah, sampai engkau meraihnya.. jangan berhenti mewarnai jutaan mimpi di bumi, walau dunia tak seindah Syurga, bersyukurlah pada Yang Kuasa!


Salam kuntuman rindu,
KDE

03 October 2010

SELAMAT EXAM!

Salam.. Apa khabar? Aku khabar baik :) Semalam orang sakit, aku buat tak tahu.. Hari ni aku sakit, baru rasa terharu.. Mari bersyukur kawan, moga gugur dosa-dosa kita bersama kesakitan yang sekali-sekala 'dihadiahkan' ini.. Terasa benar tipisnya iman bila diuji sebegini.. Oh ya kan, aku ini juga manusia kebanyakan :)

Sudah masuk hari yang ke 5, masih belum berkurang.. Doa-doakanlah kawan, biar cepat berlalunya sakit ini.. Biar kau segera dapat melihat senyumku kembali.. (eh, hati bertanya pula.. yang ini untuk siapakah? entah...)

6-12 Okt- selamat, selamat dan selamat exam lagi untuk semua sahabat-sahabat sekalian.. Doa-doakanlah kawan, mungkin mustahil untuk aku terbang tinggi, tapi inshaALLAH masih berkudrat untuk mendaki :)

* Terima kasih untuk semua yang membantu ketika aku perlu.. Tak terbayarkan harganya kawan! Semoga ALLAH redha selalu.. -ke klinik, balik klinik, dll-

Basmallah..
Allahummaj'alni minanajihin, walfaizin, walmumtazin, fi kulli imtihan.. Fidduniya wal akhirah.. Ya Robb, kuatkanlah hati hambaMu ini...


Doakan akan kesembuhanku,
KDE, 3 Okt

22 September 2010

...

Saat aku merasakan sekelumit kegembiraan itu hadir, itu jugalah saatnya di mana ribut dugaan itu lahir.. Seakan tiada mahu ia berakhir atau otak ini yang terlalu banyak berfikir? Tuhan, di mana teman-teman yang katanya ada pada waktu aku amat memerlukan? Fobia, tiap kali menjelang exam pasti ada sahaja cubaan yang mendatang.. Oh iman, bertahanlah!

Tiadalah selainNya tempat untuk aku mengadu, betapa hati ini hanyalah Engkau yang Maha Tahu.. Kerana Syurga Tuhan itu bukanlah murah, wahai diri bertahanlah menghadap tikaman dari semua arah...

KDE

06 September 2010

Sepasang kurung biru

Tiada salam atau ucapan
Tiada pesan tanda ingatan
Suasana penuh keriangan
Ku teringat pada seseorang
oh...

Di hari yang berbahgia ini
Hatiku kosong dan sepi sekali
Betapa manis kenangi lalu
Menyambut raya bersama denganmu
oh...

Tiada bisikan lembut yang ku dengar
Hanya suara azan sayup bergema
Masih kurasakan hangat tanganmu
Di pagi raya bersalam dengan ku

Tetamu datang tetamu pergi
Namun tak tiba orang ku nanti
Hanya sepasang kurung nan biru
Menjadi teman mengubat rindu ku
oh...

Tiada bisikan lembut yang ku dengar
Hanya suara azan sayup bergema
Masih kurasakan hangat tanganmu
Di pagi raya bersalam dengan ku
oh...

r.i.n.d.u. r.a.w.a.n...
KDE

13 August 2010

RAMADHAN

Salam Ramadhan 1431H, salam penuh kasih!

Lama jari-jemari tak menari di sini. Di tengah kesibukan dunia, hari ni aku nak menulis.. Rindu :) 7 Ogos last paper mid sem, habis jer exam tengah hari tuh aku pun terus ke KL sebab dah janji dengan my sis nak balik kampung sama2.. Stress punya pasal aku belasah dark choc dengan koko krunch (dwiwarna ya) atas bas.. Aduhai MD1!!! Balik kampung jumpa ummi baru lega rasa hati.. Haihhh, niat asalnya nk balik sampai Isnin jer sebab Isnin memang takde kelas.. Tapi bila dapat tahu Mr Kim cancel kelas MD hari Selasa, aku pun tambah lagi sehari.. Dah alang2 lagi sehari nak Ramadhan, aku tambah lagi sehari cuti sendiri :D Rabu aku balik Sh Alam.. Yang bestnyer ialah aku naik bas terus dari Temerloh ke Sh Alam yg dulu3x aku naik sesat tuh! Last naik bas tuh tahun 2008 kot.. Sabar jer laa, 4 jam baru sampai! Sebab tuh laa aku lebih suka ke KL dulu, bajet pun bajet.. Hishhh.. Pagi semalam, seriusss aku lupa kelas Instrument pukul 10pagi.. Aku ingat pukul 8! Maka tak bersign laa attendence aku semlm.. Adoiyai.. Pukul 2 pegi kelas English, tunggu punya tunggu madam tak datang.. Bila aku call, kata madam senafas jer -'no class for today ya'-.. Classmate aku kata -'i love u syima'- Hellooowww, bukan salah aku pon laa!!! uwaaa:(( Giler rasa terhukum! Aku baru takde 3 hari laa, semua orang buli aku macam aku tak datang sebulan! Giler kejam! Dan hari ni aku takde kelas.. Tapi kerja-kerja proposal, project, dll banyak lagi yang terbengkalai.. Kalau tak mengenangkan RP ni, mau jer aku balik KL semalam jugak! Tapi apakan daya, mengingatkan RM yg mesti dibajet untuk buat Poster Presentation, nak ke klinik, bayar Health Science Week, dll yg tak terceritakan... aku merasakan adalah lebih baik aku tinggal di sini bersendirian menyiapkan semuanya... Giler sunyi! Serius! Semua housemate aku balik-Perak, Terengganu, Kelantan, Kajang, Gombak & Ampang- Sedihhhnyer buka sorg2 wey... sob..sob..sob.. Ummmiii!

Sponsor? Aku rasa macam nak jer tulis kat sini- sesiapa yg ingin memberikan sumbangan utk booth kami pada Health Science Week, majlis berbuka puasa & utk Final Year Project saya boleh laa berbuat demikian melalui akaun MayBank saya yg bernombor sekian-... ngeh3.. Baru laa aku faham menjadi seorang pemimpin bukanlah mudah.. Pada manusia2 yg berduit ringgit Malaysia dua ratus lima puluh itu bukanlah masalah, tapi pada kami itu jumlah yg besar.. 10% utk subjek MD1 kami ini sangat berharga, makanya HSW haruslah dilangsungkan dengan jayanya.. Tinggal beberapa jam sahaja lagi sebelum HSW berlangsung, aku sangat-sangat mengharapkan booth kami ada yang sudi nak sponsor.. Majlis buka puasa yg aku rancangkan mungkin mustahil utk menjadi kenyataan memandangkan minggu depan sudah HSW, minggu kemudiannya Poster preparation / Poster presentation.. Mungkin ini kegagalan yg tak sepatutnya, tapi aku pun manusia juga.. Sebagai manusia, aku akan kata masa terlalu suntuk utk aku padahal masa kita sama-kamu 24jam aku juga- Takpe laa, perancangan Tuhan jauh lebih baik.. Seperkara lagi ialah, FYP aku.. Semua yg pernah melaluinya mesti tahu yg bajet besar amatlah diperlukan utk wet lab.. Start dengan Poster yg memang kena keluar belanja sendiri sampailah ke sewa lab & bahan/ peralatan semuanya sendiri.. Aku dah pun mendapatkan tajuk yg sesuai, semoga ALLAH mempermudahkan segala urusan aku ni.. Hajat utk balik kampung, dah pun tertunai walaupun memang tak puas berehat.. Tapi kata orang, sementara jaga menfaatkanlah masa, bila sudah tiada bernyawa rehatlah semahunya :) Sekarang masa utk sentiasa menjadi positif dan fokus dengan semua kerja.. Allahumma Yassir wa La Tua'ssir..

Ramadhan? Kalau mahu dikisahkan Ramadhan, alahai panjanglah tulisan.. Dari malam pengumuman, seakan segala kenangan Ramadhan dinegeri orang ini terlayar diruang ingatan.. Jatuhlah juga airmata satu Ramadhan.. Tahun ke 4 aku di sini sebagai pelajar, mengutip cebis-cebis dari banyaknya ilmu Tuhan.. Tak terkisahkan kawan! Segala rasa bergaul bermesra, indahnya kenangan, pedihnya kenyataan.. Hakikat kehidupan yg tiada siapa boleh menafikan.. Hati kecil aku berbisik antara dengar dan tidak; berdoalah.....


Selamat beribadah!
Salam rindu..
Kota Darul Ehsan, 13 Ogos 2010

01 August 2010

EXAMMM TIME!!!

Professional English
Instrumentation
Haematology and Phlebotomy
Medical Diagnostic 1
Research Project 1

Wish me luck!

Missing my ummi so damn much! *_* 
KDE

16 July 2010

CEMERLANG!


Sistem Penarafan Institusi Pengajian Tinggi Malaysia 2009 (SETARA ‘09) MQA mengukur kualiti pengajaran dan pembelajaran di peringkat Ijazah Pertama bagi universiti dan kolej universiti (U & KU) di Malaysia.

Instrumen SETARA ’09 meliputi tiga dimensi generik iaitu input, proses dan output untuk menilai kualiti pengajaran dan pembelajaran. Dimensi input menerangkan bakat, sumber dan governan. Dimensi proses menumpukan kepada kurikulum dan dimensi output ke atas kualiti graduan.

SETARA ’09 mengklasifikasi penarafan kepada enam tahap (Tiers) dengan Tier 6 sebagai tahap tertinggi (Terbilang) dan Tier 1 sebagai yang paling rendah (Lemah).
Senarai Tahap Universiti SETARA ‘09
Berikut merupakan senarai penuh keputusan SETARA ‘09, mengikut susunan abjad:

Tier 6 : Terbilang
Tiada 

Tier 5 : Cemerlang

IPTA
International Islamic University Malaysia
Universiti Kebangsaan Malaysia
Universiti Malaya
Universiti Putra Malaysia
Universiti Sains Malaysia
Universiti Teknologi Malaysia
Universiti Teknologi Mara Kampus Shah Alam

IPTS
Curtin University of Technology Sarawak Campus
International Medical University
Management and Science University
Monash University Sunway Campus
Sunway University College
Swinburne University of Technology Sarawak Campus
Taylor’s University College
The University of Nottingham Malaysia Campus
Universiti Kuala Lumpur
Universiti Multimedia
Universiti Teknologi Petronas

Haruslah kami berbangga, sungguh kami sayang MSU ;)
Sh Alam

Sumber & bacaan penuh- link

04 July 2010

4 JULAI

ex :P

3 tahun.. Meraikan 4 Julai dengan senyum kemenangan:)

Sebab tengah demam WC, bahangnya turut sama dirasa.. Dulu aku jawab begini, aku tengok WC sebab ada Zidane jer.. Tengok live tu masa Zidane 'tanduk' dada Materazzi;) 2010, Zidane dah bersara.. Asbab masalah dalaman, Perancis bungkus awal tahun ni.. Selain Zidane, aku suka Roberto Carlos.. Dia pun tak main kot tahun ni, tak sure sebab tak tengok satu pun match Brazil.. Al-maklum takde tv.. Disebabkan kakak aku pilih Brazil, adik aku pilih Spain.. Tahun ni aku pilih Miroslav Klose;)


Satu-satunya match yang aku duduk tengok tak berganjak ialah match semalam, Jerman vs Argentina.. Tu pun kat rumah Yus.. Giler suka sebab Aina dengan Zue sokong Argentina tapi yang 'menang' aku punya Klose.. he.he.he :P (sorry Aina,u punya CR tak best langsung:P.. Brazil pun tersingkir, England bukan kelas dunia-ni sumber BH, jangan saman aku, anddd ur Messi pun sangat mengecewakan.. he.he.he. jawapan standard Aina-bola itu bulat.. Wek! :P)


Apapun, aku bukanlah kaki bola yang sanggup bersengkang mata tunggu sampai ke pagi atau melepak di mana-mana restoran sembang-sembang dengan secawan kopi.. Sekadar merai perkembangan terkini.. (tapi tetap berharap Piala Dunia 2010 milik Germany;) )


4 Julai yang disambut dengan senyuman:)


KDE, 4 Julai 2010

29 June 2010

Embun pun takkan mampu...

Shahir; Kebahagiaan dalam perpisahan

Tak perlu ucapkan sepatah kata
Kerna lantang terbaca dari muka
Kau dan daku sudah tiada
Keserasian di jiwa
Mungkin magisnya sudah hilang

Tak perlulah kita mencuba lagi
Betulkan kesilapan perhubungan ini
Bila setiap perbincangan
Menjadi perbalahan
Manakah agaknya cinta pasti

Chorus:

Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar di sinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur

Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama oh semakin rekah
Menimbulkan tanya, apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan..

Usah titis air mata kau tangiskan
Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendam
Tapi hanya berdiam
Kerna cuba menafi realiti...

Kebahagiaan.. dalam perpisahan..

KDE

21 May 2010

SHOOT FOR CHARITY :)





Doakan program kami akan berjalan dengan lancar sebagaimana yang telah kami susun sedari awalnya.. Semoga projek pertama kami ini akan berjaya :)

* sila perhatikan tarikh :P ;) :D *

KDE

19 May 2010

29

Buat kekanda,

Selamat dua puluh sembilan, hiduplah dengan penuh kesyukuran:)

19 Mei 2010, Azurin Bt Dollah
PB, Sh Alam

18 May 2010

SATU

Salam kecintaan!

Saya bukan dlm mood utk menulis,tapi sempena mengenang setahun usia EMANSIPASI & ini juga entry pertama dlm suasana PB & bulan Mei... Bulan yg bila mencerah saja mentari satu hari bulannya,pasti saya akan berdoa agar ianya nanti berlalu dengan penuh warna-warni.. (&&& kata cik/incik anonymous yg selalu saja menjelma dikotak komen itu-ada jer org yg selalu bc blog ni...hihi,makanya saya pun sign in lah:) )

1. Selamat hari ulangtahun untuk blog saya... (perlu ke? ;) )
2. Saya FINAL EXAM 25 & 27 Mei!
3. Selepas 18 hari berumah baru & beberapa hari boleh berinternet semula..susah utk menyatakan apa yg terbuku jauh disudut hati saya.. Mana mungkin tidak merindui suasana kediaman lama,hampir 3 tahun bertahan di sana.. Bukan secebis kenangan tercipta,bukan hanya sebuah ukhwah terbina:)

Mahu rasanya aku ceritakan satu persatu dari hari semua barangku berada di atas lori sehinggalah hari ke lapan belas ini,tapi mana mungkin di sini.. Sejuta syukur utk semua urusan yg telah dipermudahkan juga selaut terima kasih utk semua yg telah meringan beban.. Moga DIA membalas jasa kalian juga dengan seribu satu kebaikan:) Semoga,semoga & semoga!

p/s:
Ada tag dari incik tuan azhar & dokte djambu,inshaALLAH nanti ada kelapangan akan berjawaban ya:) syukran masih sudi 'berlayar' ke sini;) Doakan saya selalu ya wahai 'pelayar-pelayar' emansipasi:)

PB, Sh Alam
18 Mei 2010,6.15am

29 April 2010

29

Basmallah..
Alhamdulillah..selesai utk hari ni,inshaALLAH esok pula yg mendatang harus dihadapi dgn cekal:) Tak tahu ada org baca emansipasi atau tidak,xper laa.. Tak tahu nak tulis di mana:)

Sekali fikir,mcm lari dari satu masalah timbul pula satu beban.. Semoga Dia tunjukkan jalan & aku boleh berlaku adil.. Meski yg terpaksa mengalah itu aku,aku mohon yg terbaik dariNya.. Mohon agar hati yg satu ini bersih dari yg namanya hasad & iri..
Jadikan ya ALLAH:)

Ini mungkin entry terakhir dalam suasana PP,tak tahu bila boleh mengupdate blog ni semula.. Harapnya semua boleh selesai dengan cepat,nak fokus untuk midsem pulak.. Aku dah cuba yg terbaik,semoga Dia redha:)

Semoga semua manusia tersenyum gembira dgn kehidupan mereka... Hatiku memanggilmu:)

PP,KDE
Khamis,11.30pm

25 April 2010

2x

ok..
2x gagal!
tapiii,malas nk citer nper gagal.. sbb,aku pon xpaham knper ade mcm 'pakatan' nk mnjatuhkn aku.. huh! xper laa,malas nk pikir.. God's plan better right? ;)

hari ni dari jam 8am-6pm duk kt lab histopath..haha,sume kwn2 pon dh raser kan,kan? giler bosan+mengantuk..aku tahu skrg-12.58am,semua kwn2 yg sama2 dlm lab td tgh berdengkur kot skrg-hihi.. selamat tidur kwn2,hope next lab session kita pyer sectioning process mnjd ok..

aku pon letih jugak ni,tapiii mata xleh nk tdo.. ermmm.. byk hal lg yg belum settle+hmwork2+mid sem.. harap2 bole handle sume ni sendiri..xper syima org lain xperlu tahu pun.. belajar jd dewasa k,berdikari.. one day,kamu akan jd kuat.. biar laa org nk ckp aper pun skrg... sabar,sabar & sabar ok:)

aku telan 'statement' yg keras tuh hari ni, aku janji nant aku akan buktikn 'sesuatu'! inshaALLAH..

rindu pd ummi...
aku maafkn semua manusia,harap mereka juga sama..
aku doakn yg terbaik utk semua:)

KDE

21 April 2010

TIN KOSONG?

Tidur?

Aduhai.. Seminggu dua ni,terasa 'dewasa' benar.. Byk hal kena settle.. Kena buat keputusan yg tepat.. Tapiiiiii.... Huh! Stresssss! Mahu rasanya aku menjerittt! Oh Tuhan, terampunkah dosa yg ini? Sedang yg sudah ada melaut luas.. Rasa tak adil sungguh.. Manusia semua tak adil? Jadi aku juga jatuh ke jurang yg samakah? Kerana aku juga manusia? Kalau semua manusia itu sama, kenapa aku tidak jadi yg membezakannya?

Gagal?

KDE

15 April 2010

TRUST


“If you really believe you love someone, then let them go. If they return they were yours, if they don't they never were.”

10 April 2010

PENYEMBUH RINDU

Mawi ft Diana Danielle


Adakah kau berada di sana
Ku dapat rasa kehadiranmu
Walau hanya di dalam kalbu
Ku merindumu selalu

Pelik juga tapi ku pun rasa
Bagai kau berdiri di sisi ku
Terkenangkan waktu ketika
Berdampingan bersama-sama

Setiap pertemuan
Pasti akan temu detik perpisahan
Walau kini terpisah
Kenangkanlah saat indah
Sebagai penyembuh rindu

Kita tak ditakdirkan bersama
Untuk masa yang lebih lama
Biarpun hanya seketika
Kehadiranmu dirasa..rasa

Setiap pertemuaan
Pasti akan temu detik perpisahan
Walau kini terpisah
Kenangkanlah saat indah sebagai penyembuh rindu
Kenangkanlah saat indah sebagai penyembuh rindu


Ketika nurani dihimpit pilu, ku mencari penyembuh rindu..


:) :) :)

KDE

Newer Posts Older Posts Home