26 June 2011

TAHNIAH!

Tahniah!
Tahniah!
Dan tahniah!
Selamat pengantin baru! Barakallahu Lakuma Wa Baraka 'Alaikuma Wa Jama’a Bainakuma Fi Khair. Didoakan agar mahligai yang dibina berada dibawah lembayung keredhaan ALLAH SWT. Aminn. 


Hidup; ada masanya kita perlu mengucapkan selamat tinggal! Sekali lagi, selamat tinggal Shah Alam!


Shah Alam
26 Jun 2011

19 June 2011

TRAINING

EIP Training, 20-24 June 2011 at Grand Seasons Hotel, Kuala Lumpur.

Ermm.


A bit depressing. I can't plan my future ahead because now my life seems to be on a hanging thread. I can only hope for the best, and do pray that everything will be alright. My Lord, please take my hand and show me the way. Expand my chest and make things easy for me.. Aminn.

I do. Please understand. Huh..

Kuala Lumpur

14 June 2011

KELIRU

Sejujurnya sejak malam itu, hati ini menjadi tidak tenang. Mencari-cari akan maknanya ikhlas. Apa ertinya ikhlas? Buntu. Sesak. Bejat. Akal memikirkannya. Meski hari-hari harus juga dilewati dengan senyuman. Hampir dua bulan 'bertapa' ditempat praktikal. 'Jiwa' seakan tiada bersama. Bayangkan dalam tempoh itu sahaja dua, tiga kali saya demam. Saya akui sangat bertuah mendapat external supervisor sebaik Dr Fadzilah. Bahkan hampir semua staff menyatakan betapa beruntungnya saya. Masakan tidak, siapa yang keluar lunch naik Mercedes Benz yang dipandu doktor? Haihhh. Tapi sungguh saya amat merindui bau 'labcoat' yang dulu akan disarung setiap kali ke makmal. *hembus nafas kasar*


Selepas sekian lama.. Dan, malam itu saya sangat keliru dengan perasaan saya. Oh Tuhan, saya mahu luahkan... Kata hati kecil biar saja ia tersekat dikerongkong.. Mungkin saya yang terlalu mengikut perasaan, tapi hati saya jujur. Kalau saja dengan cara ini membuatnya faham, saya berdoa semoga.. Dirimu menyalahkan sebuah erti. Tapi diriku masih terhenti di sini. Dan jalanku masih belum dapatku pasti. Namun diriku masih terhenti di sini.. Andai kau dapat memahami, bahawa ku menanggung semua ini.. Bukan niatku ingin kau pergi, kerna ku masih terhenti di sini...


Kuala Lumpur

06 June 2011

SAYANG

Sayang,

Maafkanlah segala khilaf yang telah kita lewati yang membawamu ke jalan yang melupakan Tuhan. Kita harus berpisah untuk menjaga diri, untuk kembali harungi hidup dalam redha Ilahi dan jika takdirNya kita bersama, pastilah ALLAH akan menyatukan kita.

*Stanza Cinta*

Sayang sampai Syurga..

Sedang belajar untuk jujur dengan perasaan sendiri. Atau sebenarnya masih mencari diri dalam diri? Ke mana lagi harus dibawa hati? Terikat, terlalu ketat.

Kuala Lumpur
6.6.11 

Newer Posts Older Posts Home