21 September 2011

PERMULAAN SELEPAS PENGAKHIRAN

Di sini cinta berbunga..


Tahniah kawan-kawan. Selamat meneruskan hidup. Perjuangan di sini telah sampai ke garis-garis akhir, namun belum tamat. Selamat berjuang. Semoga kita semua berjaya di sini, juga di sana.


Untuk seketika, selamat tinggal Shah Alam. Tanah yang banyak mengajar 'cara' menjadi dewasa. Kalau jodoh kita kuat, mungkin nanti suatu hari udara di sini boleh bersatu semula dengan rongga pernafasan ini. Kalau telah tertulis setakat ini, secebis pun dari kenangan kita takkan terlupa. Kerana kita pernah bersama, lama.

Setiap yang bermula, pasti ada pengakhirannya. Dan selepas setiap pengakhiran, akan ada sebuah permulaan.


 perpisahan bukanlah penamat untuk segala-galanya, tapi permulaan untuk sesuatu yang baru.

Shah Alam

07 September 2011

wordless wednesday


if leaving is hard for those to be left, maybe i should just leave quietly.

Kuala Lumpur,
8 Syawal 1432H

Newer Posts Older Posts Home