13 August 2010

RAMADHAN

Salam Ramadhan 1431H, salam penuh kasih!

Lama jari-jemari tak menari di sini. Di tengah kesibukan dunia, hari ni aku nak menulis.. Rindu :) 7 Ogos last paper mid sem, habis jer exam tengah hari tuh aku pun terus ke KL sebab dah janji dengan my sis nak balik kampung sama2.. Stress punya pasal aku belasah dark choc dengan koko krunch (dwiwarna ya) atas bas.. Aduhai MD1!!! Balik kampung jumpa ummi baru lega rasa hati.. Haihhh, niat asalnya nk balik sampai Isnin jer sebab Isnin memang takde kelas.. Tapi bila dapat tahu Mr Kim cancel kelas MD hari Selasa, aku pun tambah lagi sehari.. Dah alang2 lagi sehari nak Ramadhan, aku tambah lagi sehari cuti sendiri :D Rabu aku balik Sh Alam.. Yang bestnyer ialah aku naik bas terus dari Temerloh ke Sh Alam yg dulu3x aku naik sesat tuh! Last naik bas tuh tahun 2008 kot.. Sabar jer laa, 4 jam baru sampai! Sebab tuh laa aku lebih suka ke KL dulu, bajet pun bajet.. Hishhh.. Pagi semalam, seriusss aku lupa kelas Instrument pukul 10pagi.. Aku ingat pukul 8! Maka tak bersign laa attendence aku semlm.. Adoiyai.. Pukul 2 pegi kelas English, tunggu punya tunggu madam tak datang.. Bila aku call, kata madam senafas jer -'no class for today ya'-.. Classmate aku kata -'i love u syima'- Hellooowww, bukan salah aku pon laa!!! uwaaa:(( Giler rasa terhukum! Aku baru takde 3 hari laa, semua orang buli aku macam aku tak datang sebulan! Giler kejam! Dan hari ni aku takde kelas.. Tapi kerja-kerja proposal, project, dll banyak lagi yang terbengkalai.. Kalau tak mengenangkan RP ni, mau jer aku balik KL semalam jugak! Tapi apakan daya, mengingatkan RM yg mesti dibajet untuk buat Poster Presentation, nak ke klinik, bayar Health Science Week, dll yg tak terceritakan... aku merasakan adalah lebih baik aku tinggal di sini bersendirian menyiapkan semuanya... Giler sunyi! Serius! Semua housemate aku balik-Perak, Terengganu, Kelantan, Kajang, Gombak & Ampang- Sedihhhnyer buka sorg2 wey... sob..sob..sob.. Ummmiii!

Sponsor? Aku rasa macam nak jer tulis kat sini- sesiapa yg ingin memberikan sumbangan utk booth kami pada Health Science Week, majlis berbuka puasa & utk Final Year Project saya boleh laa berbuat demikian melalui akaun MayBank saya yg bernombor sekian-... ngeh3.. Baru laa aku faham menjadi seorang pemimpin bukanlah mudah.. Pada manusia2 yg berduit ringgit Malaysia dua ratus lima puluh itu bukanlah masalah, tapi pada kami itu jumlah yg besar.. 10% utk subjek MD1 kami ini sangat berharga, makanya HSW haruslah dilangsungkan dengan jayanya.. Tinggal beberapa jam sahaja lagi sebelum HSW berlangsung, aku sangat-sangat mengharapkan booth kami ada yang sudi nak sponsor.. Majlis buka puasa yg aku rancangkan mungkin mustahil utk menjadi kenyataan memandangkan minggu depan sudah HSW, minggu kemudiannya Poster preparation / Poster presentation.. Mungkin ini kegagalan yg tak sepatutnya, tapi aku pun manusia juga.. Sebagai manusia, aku akan kata masa terlalu suntuk utk aku padahal masa kita sama-kamu 24jam aku juga- Takpe laa, perancangan Tuhan jauh lebih baik.. Seperkara lagi ialah, FYP aku.. Semua yg pernah melaluinya mesti tahu yg bajet besar amatlah diperlukan utk wet lab.. Start dengan Poster yg memang kena keluar belanja sendiri sampailah ke sewa lab & bahan/ peralatan semuanya sendiri.. Aku dah pun mendapatkan tajuk yg sesuai, semoga ALLAH mempermudahkan segala urusan aku ni.. Hajat utk balik kampung, dah pun tertunai walaupun memang tak puas berehat.. Tapi kata orang, sementara jaga menfaatkanlah masa, bila sudah tiada bernyawa rehatlah semahunya :) Sekarang masa utk sentiasa menjadi positif dan fokus dengan semua kerja.. Allahumma Yassir wa La Tua'ssir..

Ramadhan? Kalau mahu dikisahkan Ramadhan, alahai panjanglah tulisan.. Dari malam pengumuman, seakan segala kenangan Ramadhan dinegeri orang ini terlayar diruang ingatan.. Jatuhlah juga airmata satu Ramadhan.. Tahun ke 4 aku di sini sebagai pelajar, mengutip cebis-cebis dari banyaknya ilmu Tuhan.. Tak terkisahkan kawan! Segala rasa bergaul bermesra, indahnya kenangan, pedihnya kenyataan.. Hakikat kehidupan yg tiada siapa boleh menafikan.. Hati kecil aku berbisik antara dengar dan tidak; berdoalah.....


Selamat beribadah!
Salam rindu..
Kota Darul Ehsan, 13 Ogos 2010

01 August 2010

EXAMMM TIME!!!

Professional English
Instrumentation
Haematology and Phlebotomy
Medical Diagnostic 1
Research Project 1

Wish me luck!

Missing my ummi so damn much! *_* 
KDE

16 July 2010

CEMERLANG!


Sistem Penarafan Institusi Pengajian Tinggi Malaysia 2009 (SETARA ‘09) MQA mengukur kualiti pengajaran dan pembelajaran di peringkat Ijazah Pertama bagi universiti dan kolej universiti (U & KU) di Malaysia.

Instrumen SETARA ’09 meliputi tiga dimensi generik iaitu input, proses dan output untuk menilai kualiti pengajaran dan pembelajaran. Dimensi input menerangkan bakat, sumber dan governan. Dimensi proses menumpukan kepada kurikulum dan dimensi output ke atas kualiti graduan.

SETARA ’09 mengklasifikasi penarafan kepada enam tahap (Tiers) dengan Tier 6 sebagai tahap tertinggi (Terbilang) dan Tier 1 sebagai yang paling rendah (Lemah).
Senarai Tahap Universiti SETARA ‘09
Berikut merupakan senarai penuh keputusan SETARA ‘09, mengikut susunan abjad:

Tier 6 : Terbilang
Tiada 

Tier 5 : Cemerlang

IPTA
International Islamic University Malaysia
Universiti Kebangsaan Malaysia
Universiti Malaya
Universiti Putra Malaysia
Universiti Sains Malaysia
Universiti Teknologi Malaysia
Universiti Teknologi Mara Kampus Shah Alam

IPTS
Curtin University of Technology Sarawak Campus
International Medical University
Management and Science University
Monash University Sunway Campus
Sunway University College
Swinburne University of Technology Sarawak Campus
Taylor’s University College
The University of Nottingham Malaysia Campus
Universiti Kuala Lumpur
Universiti Multimedia
Universiti Teknologi Petronas

Haruslah kami berbangga, sungguh kami sayang MSU ;)
Sh Alam

Sumber & bacaan penuh- link

04 July 2010

4 JULAI

ex :P

3 tahun.. Meraikan 4 Julai dengan senyum kemenangan:)

Sebab tengah demam WC, bahangnya turut sama dirasa.. Dulu aku jawab begini, aku tengok WC sebab ada Zidane jer.. Tengok live tu masa Zidane 'tanduk' dada Materazzi;) 2010, Zidane dah bersara.. Asbab masalah dalaman, Perancis bungkus awal tahun ni.. Selain Zidane, aku suka Roberto Carlos.. Dia pun tak main kot tahun ni, tak sure sebab tak tengok satu pun match Brazil.. Al-maklum takde tv.. Disebabkan kakak aku pilih Brazil, adik aku pilih Spain.. Tahun ni aku pilih Miroslav Klose;)


Satu-satunya match yang aku duduk tengok tak berganjak ialah match semalam, Jerman vs Argentina.. Tu pun kat rumah Yus.. Giler suka sebab Aina dengan Zue sokong Argentina tapi yang 'menang' aku punya Klose.. he.he.he :P (sorry Aina,u punya CR tak best langsung:P.. Brazil pun tersingkir, England bukan kelas dunia-ni sumber BH, jangan saman aku, anddd ur Messi pun sangat mengecewakan.. he.he.he. jawapan standard Aina-bola itu bulat.. Wek! :P)


Apapun, aku bukanlah kaki bola yang sanggup bersengkang mata tunggu sampai ke pagi atau melepak di mana-mana restoran sembang-sembang dengan secawan kopi.. Sekadar merai perkembangan terkini.. (tapi tetap berharap Piala Dunia 2010 milik Germany;) )


4 Julai yang disambut dengan senyuman:)


KDE, 4 Julai 2010

29 June 2010

Embun pun takkan mampu...

Shahir; Kebahagiaan dalam perpisahan

Tak perlu ucapkan sepatah kata
Kerna lantang terbaca dari muka
Kau dan daku sudah tiada
Keserasian di jiwa
Mungkin magisnya sudah hilang

Tak perlulah kita mencuba lagi
Betulkan kesilapan perhubungan ini
Bila setiap perbincangan
Menjadi perbalahan
Manakah agaknya cinta pasti

Chorus:

Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar di sinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur

Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama oh semakin rekah
Menimbulkan tanya, apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan..

Usah titis air mata kau tangiskan
Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendam
Tapi hanya berdiam
Kerna cuba menafi realiti...

Kebahagiaan.. dalam perpisahan..

KDE

21 May 2010

SHOOT FOR CHARITY :)





Doakan program kami akan berjalan dengan lancar sebagaimana yang telah kami susun sedari awalnya.. Semoga projek pertama kami ini akan berjaya :)

* sila perhatikan tarikh :P ;) :D *

KDE

19 May 2010

29

Buat kekanda,

Selamat dua puluh sembilan, hiduplah dengan penuh kesyukuran:)

19 Mei 2010, Azurin Bt Dollah
PB, Sh Alam

Newer Posts Older Posts Home