05 January 2012

401

empat satu dua kosong satu dua

Selamat Hari Ulangtahun BoBo!

Semalam hari ulangtahun BoBo yang ke-3. Syukur BoBo masih bernyawa hingga ke tahun yang ke-3. Sepanjang bersama BoBo, ia belum pernah bermasalah cuma BoBo telah menghadapi sedikit kecederaan. Tapi ia masih boleh diubati, mungkin bukan dalam waktu terdekat kerana ubatnya perlu ditempah yang mana akan mengambil masa lebih kurang sebulan sedangkan hari bahagia saya kian hampir.

InshaALLAH kalau tiada aral, BoBo dan segala kisah disebalik 'kelahiran' dan 'kehidupan' ia selama bersama saya akan menemani saya nanti. Sebagai saksi atas kejayaan kecil ini. Sebagai saksi atas kesetiaan menanti. Dan sebagai saksi atas apa sahaja yang telah kita lewati. BoBo mungkin bisu untuk memberitahu, sedang saya tidak mampu untuk berbicara meluahkan rindu.. 

Akan tiba satu saat di mana kita sendiri tidak berupaya untuk mendefinisi, menterjemah, atau mentafsir akan apa pengertian dan maknanya rindu itu. Apakah salah waktu?

Perut Kosmopolitan
5 Januari 2012, 12.58pm

15 December 2011

SETIA

Ingat hari semalam
Air mengalir tenang
Sayup kita memandang

Ingat hari semalam
Di sana kita bersama
Mengukir janji setia

Semalam jadi kenangan
Dijahit buat hamparan
Kekuatan menjalani kehidupan

Kuala Lumpur

13 December 2011

PUAN SRI

..'Saya sering memikirkan suatu hari nanti saya boleh meletakkan gelaran doktor di hadapan nama saya. Saya memikirkan suara saya didengar di corong-corong radio, saya memikirkan wajah saya muncul di kaca-kaca tv, suara saya didengar dalam konvensyen-konvensyen antarabangsa, saya boleh melihat hasil-hasil pemikiran saya dijelmakan dalam bentuk buku, kaset, CD dan tersimpan di perpustakaan-perpustakaan besar. Semuanya itu telah berlaku. Semuanya itu bermula dari imaginasi'...

Dr HM Tuah Iskandar al-Haj

Sejak zaman sekolah rendah lagi, saya selalu berangan-angan berimaginasi untuk meletakkan gelaran doktor di hadapan nama saya kerana saya beranggapan nama saya terlalu pendek. Kalau ditambah gelaran jadilah sedikit panjang. Berputaranlah waktu, dan sekarang saya di sini. Tamat pengajian ijazah sarjana tidak bermakna perjalanan dan pencarian saya terhenti. Mahu mengembara lagi. Cita-citaku bukan bunga, boleh dipatah angin!

(Akan ada persoalan, gelaran tidak melambangkan seseorang manusia itu telah berjaya dalam erti kata jaya yang sebenar. Ya, tepat sekali. Sekadar pada gelar? Sekadar untuk disebut-sebut atau ditulis orang? Jawapannya, tepuk dada tanya iman. Kalau gelaran Puan Sri? Hehe ^_^ )

KL

07 December 2011

IT'S SO HARD TO SAY GOODBYE TO YESTERDAY

How do I say goodbye to what we had? 
The good times that made us laugh 
Outweigh the bad.

I thought we'd get to see forever
But forever's gone away 
It's so hard to say goodbye to yesterday.

I don't know where this road 
Is going to lead 
All I know is where we've been 
And what we've been through.

If we get to see tomorrow 
I hope it's worth all the wait 
It's so hard to say goodbye to yesterday. 

And I'll take with me the memories 
To be my sunshine after the rain 
It's so hard to say goodbye to yesterday.

Boyz II Men

Kuala Lumpur

02 December 2011

SIRI i

Setiap petang juga Mak Cik Rock akan menjadi pemerhati yang setia, hingga hilang dari pandangan. Mungkin hati kecil Mak Cik Rock berkata, 'kenapa budak ni tak pernah beli makanan kat kedai aku ha? Tak sedap ke masakan aku? Alah, kalau dia sorang yang beli pun aku tak untung mana, apalagi kalau dia tak beli. Tak rugi pun aku tak dapat duit dari dia'. Mungkin.

Hujan lagi, seperti selalu. Kalaulah dapat secawan kopi putih kacang hazel, dinikmati bersama pemandangan titis-titis hujan dari jendela.

:bersambung

Today, my last day here. Thanks Michael, Bee Keng, Violet and Nova for your kindness. At least, I've learnt something during this 30days. What's next? My Lord, please take my hand and show me the way. Expand my chest and make things easy for me..


PS, KL
2/12/11

29 November 2011

SEPERTI SYURGAMU

Pop Shuvit ft Man Bai

Aku pernah alpa
Aku pernah lupa
Aku pernah terlena
Dibuai cahaya indah
Situku jadi megah
Tanpa bersusah payah
Tanpa aku menduga
Ku dalam leka

Rupa-rupanya cahaya itu hanya sementara
Suram mengambil tempat
Tersurat sudah tersirat
Yang ringan menjadi berat
Tamparan begitu hebat
Sekarang baru ku sedar
Setelah menempuh sukar
Ku mula berfikir setiap saat

Tolong sedarkan diriku
Dari noktah kian luput
Aku bimbang jumpa suatu waktu
Dan tak kenal siapa
Ku berharap kepadaMu
Berikan ku satu rasa
Yang memberi erti hidup ini
Harum indah seperti syurgaMu

Sekarang baru aku sedar setelah segala
Yang ku tempuhi liku-liku hidup yang menjalar
Suasana mencabar
Setiap daya akan ku pusatkan untuk
Untuk mencuba

Cuba mencari cahaya itu kembali
Biarpun aku terpaksa menempuhinya sekali lagi
Kali ini aku akan lebih berhati-hati
Walapun aku terpaksa berlari atau meniti

Ku harungi dengan cekal
Pengalaman jadi bekal

Oh Engkau yang menentukan
Apakah aku ini yang terakhir untuk ke syurgaMu

Tolong sedarkan diriku
Dari noktah kian luput

Aku bimbang jumpa suatu waktu

Dan tak kenal siapa

Ku berharap kepadaMu

Berikan ku satu rasa

Yang memberi erti hidup ini

Harum indah seperti syurgaMu..


Kuala Lumpur
2 Muharam 1433H

19 November 2011

JANGAN MENYERAH

Tak ada manusia
Yang terlahir sempurna
Jangan kau sesali
Segala yang telah terjadi

Kita pasti pernah
Dapatkan cobaan yang berat
Seakan hidup ini
Tak ada artinya lagi

Syukuri apa yang ada
Hidup adalah anugerah
Tetap jalani hidup ini
Melakukan yang terbaik

Tak ada manusia
Yang terlahir sempurna
Jangan kau sesali
Segala yang telah terjadi

Tuhan pasti kan menunjukkan
Kebesaran dan kuasaNya
Bagi hambaNya yang sabar
Dan tak kenal putus asa


isbiru wasobiru ; sabarlah dan jadilah orang yang bersabar

Kuala Lumpur

Newer Posts Older Posts Home