29 September 2009

SELAMAT

Hampir terlupa akan kewujudan Emansipasi.. Diam kadang-kadang lebih baik kan? =)

1) Salam Syawal & Maaf Zahir Batin kepada semua, baik yang kenal dekat ataupun jauh jarak.. Maafkanlah, aku juga manusia...
2) Salam September.. Banyak yang berlaku, mari ucapkan selamat datang pada Oktober pula.. Harap ceritanya akan sedikit berbeza..
3) Selamat berjuang untuk semua warga MSU.. Bertahannn!

* Perlunya aku belajar untuk lebih banyak bersabar.. Sudah ditegur mengapa cepat benar darah mendidih walau hanya kerana hal yang kecil.. Kalau perlu meminta maaf, barangkali pada benda-benda yang tiada bernyawa pun banyak salahnya aku..

* Memohon selaut tenang dan secangkir lapang.. Sepuluh hari mendatang, aku mahu bertempur dalam sunyinya ruang.. Peperiksaan akhir semester 3, doakan agar dipermudah akan kesulitan yang panjang..

* Semoga kali ini 'bernafas' tidak sesak =)

(bisnes printing service tergendala buat sementara waktu, tunggu aku beli ink banyak-banyak dulu yer, hehe)

29 September 2009 (6.45pm)
KDE

4 comments:

salam,

mohon selangit luas ketenangan :)

wslm wbt...

terima kasih..

selamat kembali dan selamat hari raya yg terlewat ... 20 syawal dahhh ...

and selamat berjaya dalam exam ...

>bro razif<
selamat2!
aminnn...

Newer Post Older Post Home