17 August 2009

MUNGKIN

Mungkinkah?

Mungkin ada rasa-rasa yang pernah terdera oleh aku..
Mungkin ada hati-hati yang pernah terluka kerana aku..
Mungkin ada jasad-jasad yang pernah terseksa asbab aku..

Teruskanlah kerana... Hidup kita berharga!

Dua belas bulan =)
17 Ogos 2009 (10.05pm)
KDE

15 August 2009

ENCIK R

Dah lama rasanya tak bersembang-sembang dengan yang namanya pensyarah.. Encik Rafiuddin, yang budak-budak senang memanggilnya 'sir' tapi tidak dibibir aku.. Seingat aku ini satu-satunya tutor lelaki Melayu untuk lab session tahun ni.. Yang sebelum ni ada sorang laki, Indian.. Lelaki Melayu? Ya.. Dia baru.. Waktu first lab session tu, aku puas fikir.. Muka dia ni macam sape ek? Fikir punya fikir, aku ingat! Sebijik (tak sama-ayat ustaz Herzali dulu-dulu.. Haha) sama macam cikgu kelas 5 Sains aku dulu! Tak tumpah! Kelakar juga sikit-sikit.. Dia tanya-tanya pasal result aku tadi.. (Time tu kami cakap berdua jer ya:P ) Rasanya dah lama tak kongsi-kongsi cerita dengan sesiapa pasal result aku.. Hehe..

1) Aku tak boleh bertentang mata dengan Encik Rafiuddin (Sangat mengingatkan aku kepada zaman silam.. Tinggal 3 kali lagi lab session.. Cepatlah habisss.. Haha)
2) Anyway, terima kasih Encik Rafiuddin!
3) Tidak terdapat sebarang unsur-unsur luar dalam cerita ringkas di atas.. Sekadar perbualan biasa antara seorang tutor dan studentnya =)

* Kenapalah Dr Pallavi batalkan kelas esok, aku plan nak balik kampung Sabtu depan!
* Kenapalah aku susah nak tidur sekarang, janganlah nikmat berehat ku ditarik!
* Sorry sebab blog ni takde bacaan ilmiah.. Sajak baru? Tulislah pula satu untuk aku =)

15 Ogos 2009 (12.03am)
KDE

13 August 2009

BELASUNGKAWA

al-Fatihah

Saya menghampiri telinga beliau, saya bisikan.

“aku saksikan, bahawa engkau telah banyak berjuang untuk agama”

Tiba-tiba saya menjadi sebak. Pada ketika itu air mata saya berlinang. Saya cuba menahannya tetapi saya tidak mampu. Saya menundukkan kepala saya, mengesat air mata yang mengalir di kelopak.

Saya cium dahinya untuk kali kedua. Kali ini saya pegang bahu beliau, saya ucapakan lagi padanya:-

“sahabat, selamat berehat”

Saya bangun. Berdiri tegak, selepas saya, barulah ada beberapa lagi yang datang dan mencium dahinya.

Saya cuba menahan air mata saya. Tetapi saya tidak mampu. Teringat lirik nasyid beliau “Pergi takkan kembali”

Ustaz Abdullah

Basmallah.. Alhamdulillah..

Hari yang terasa amat melapangkan.. Belasungkawa & salam takziah dari aku peminat kecil Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim.. Al-Fatihah... Sebulan dua ini telinga selalu benar dihidangkan dengan berita-berita kematian.. Pulang saja ke kampung, pasti ada yang sudah 'kembali'.. Mula-mula kata ummi, Tuan Haji Salleh.. Dua minggu lepas balik, Tuan Haji Ishak.. Kelmarin telefon ummi, kata ummi ibu kepada sahabat adinda ku dengan anak kecilnya yang sebaya Amni.. Maha Suci ALLAH.. Si anak kecil, ke syurga pasti tempatnya.. Sesungguhnya daripada DIA kita datang, kepadaNYA jualah kita akan kembali...

Satu-satunya lagu Rabbani yang aku hafal liriknya dari mula hingga akhir adalah lagu ini.. Setahun yang lalu, lagu yang satu inilah yang menitipkan sebuah rasa yang sudah lama tiada.. Dari mana pertama kali lagu yang satu ini aku dengari, usahlah ditanya.. Ada rasa yang menyergap jiwa.. Kerana lagu ini dimulai dengan laungan kalimah ALLAHUAKHBAR, pernah aku gunakan untuk menyakat teman serumah kononya sudah masuk waktu berbuka puasa, & ada yang bertanya "azankah"? ketika terdengar akan lagu ini dimainkan oleh Usang.. Lagu ini, lagu Permaidani oleh Aris Ariwatan, lagu Hanya Kau Yang Tahu oleh Aizat & lagu Hadapi Dengan Senyuman oleh kumpulan Dewa.. 4 buah lagu inilah yang diulang dengar selama hampir dua bulan rasanya bertapa dikampung dulu.. Saat menunggu keputusan pengajian asas untuk menyambung lagi ke peringkat ijazah.. Waktu bonda diuji dengan makna kesetiaan & aku pada ertinya kepercayaan.. Ketika hari-hari ku ditemani anak kecil bernama Anis Maisarah Binti Yang Amri yang dengan comelnya akan berkata "asyik azan jer handphone kak teh ni" =) Bagai baru semalam melewati hari-hari itu.. Lama rasanya meninggalkan zaman bernasyid.. Baru kembali dengan alGebra & edCoustic.. Suatu kehilangan besar untuk industri nasyid tanah air.. Pergi tak kembali.. Suara emas Allahyarham pastinya tetap segar dalam pendengaran penggemar nasyid di Malaysia juga luar.. Semoga ALLAH memberikan ketabahan kepada seluruh anggota keluarga Allahyarham & semoga ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman..

Alhamdulillah.. Peribadinya, ALLAH mengurniakan aku sebuah kekuatan yang luar biasa hari ini.. Suatu yang tidak tersentuhkan sebelum ini, akhirnya aku kuat untuk memegangnya semula.. Sejuta syukur kepada TUHAN...

Sempurnakanlah kehidupan ku..
13 Ogos 2009 (10.15pm)
KDE

12 August 2009

HAIHHH!

Ogos...

Ogos bulan kemerdekaan.. Aku kena masuk pertandingan deklamasi sajak? Aduhai... Aku tak pernah! Tulis pun tak pernah.. Tolonglah.. Haihhh! Malu laa.. Sebab?

1) Aku mengaku yang suara ataupun vokal aku memang tak sedap (ini perkara yang baru disedari sebab selama ni aku fikir suara aku sedap, tapi bila aku ulang dengar balik video masa aku forum hari tu.. Memang tak laa) Haha..
2) Aku tersangat laa malu nak berhadapan dengan ramai manusia apalagi kena bersajak!
3) Aku tak patriotik! Amat! (But at least aku tahu laa siapa nama Timbalan Perdana Menteri Malaysia)

Tapi, aku dah isi borang tu.. Kerana terpaksa.. Haihhh!

Hari ni first class aku lepas habis mid sem exam.. Biasa, tapi lately rasa badan cepat letih.. Sibuk ke? Tak juga.. Saja buat-buat sibuk.. Oh ya, since dah pakai UOX ni boleh call umi selalu.. Murah =) Rindunyaaa kat Amni...

Nak tidur awal, esok ada kelas Dr Pallavi... ZzZ..
12 Ogos 2009 (9.50pm)
KDE

10 August 2009

ENRIQUE IGLESIAS

Hari yang biasa bertukar menjadi agak luar biasa.. Aku malas nak menulis sebenarnya, tapi aku rasa macam Tuhan 'sayang' aku hari ni.. Haha=) Too many things happened today.. Sekian lama aku 'abaikan' kebajikan hidup aku, hari ini terasa sedikit lapang..

1) Kalau aku tak alihkan
closet aku, sampai bila-bila pun aku tak akan jumpa balik apa yang aku cari dan fikirkan dah tak ada.. I'm so so happy =)
2) Kalau tak ditegur rasanya, entah bila aku akan 'bangun' dan buat apa yang aku dah buat hari ni.. Memang teruk, lamanya aku jatuh..
Thank God =)
3) Kalau ada masa, aku nak bawa Manja ke
post office.. Rasanya buku biru yang ada gambar syiling 50 sen dan perkataan 'TING' tu perlu ditambah RMnya =)

For the whole day aku smile but, at the end of the day.. Still rasa sama.. Haiii manusia.. Aku diperlukan ketika susah cuma.. Haihhhhh! Tiba-tiba jumpa lagu ni...


- Enrique Iglesias Lyrics


* Kawan aku kata, aku plastik.. Sebab? Ringtone handphone aku daripada lagu Sampai Syurga dah bertukar ke lagu nasyid edCoustic- Muhasabah Cinta, tapi aku dengar juga lagu-lagu macam ni.. Aku tengah fikir, salahkah? Rasa nak gelak besar.. Hah..hah..hah

:D


* Sabarlah duhai hati!

10/08/09 (10.50pm)
KDE

07 August 2009

AKU SAKIT!

07/08/09

Wali Band
-Orang Bilang-

Aku sakit
Bila menatap mata mu
Sadar ku bahwa engkau bukan milik ku

Aku sakit
Bila ku mengagumi mu
Sadar ku kau tak pernah mengagumi ku

Bangunkan aku dari tidur panjang ku
Sadarkan aku dari mimpi tentang mu
Ku salah bila ku berharap pada mu
Salah ku paksa kau tuk mengagumi ku


Kau tak tau perasaan ku
Dan ku tak mau kau tau

Aku sakit
Jika kau tau hati ku
Karna diri ku tak berarti bagi mu

Aku sakit
Bilakah kau sembuhkan aku
Tak mungkin, tak mungkin
Sungguh tidak mungkin...

Sembuhkan .....

'sakit'
7 Ogos 2009 (3.15pm)
KDE

05 August 2009

INI BUKANLAH SEBUAH PUISI

(Tapi.. Adakah ia rasa yang telah mati?)

Ogos lagi..

Seandainya usia yang telah bertambah
Menjadi tembok pemisah

Seandainya kesibukan mencari dunia
Menjauhkan jarak kita

Hingga tiada lagi terasa
Akan manisnya bersaudara

Mungkinkah nanti suatu ketika
Akan kau bersuara
Dunia kita sudah berbeda...

Selamat ulangtahun kekanda!
5 Ogos 1984
Yang terbaik selalu..

Kalau jari jemari pun payah untuk menari
Menaip barang sepatah dua kata di hari
Yang pastinya ada sedikit erti
Sombongkah aku?
Mengapa hanya kesalahan yang dicari
Atau wujud ku sememangnya tidak disenangi?


Speechless =)
8.15pm
KDE

Newer Posts Older Posts Home