BELASUNGKAWA
al-Fatihah
Saya menghampiri telinga beliau, saya bisikan.
“aku saksikan, bahawa engkau telah banyak berjuang untuk agama”
Tiba-tiba saya menjadi sebak. Pada ketika itu air mata saya berlinang. Saya cuba menahannya tetapi saya tidak mampu. Saya menundukkan kepala saya, mengesat air mata yang mengalir di kelopak.
Saya cium dahinya untuk kali kedua. Kali ini saya pegang bahu beliau, saya ucapakan lagi padanya:-
“sahabat, selamat berehat”
Saya bangun. Berdiri tegak, selepas saya, barulah ada beberapa lagi yang datang dan mencium dahinya.
Saya cuba menahan air mata saya. Tetapi saya tidak mampu. Teringat lirik nasyid beliau “Pergi takkan kembali”
Ustaz Abdullah
“aku saksikan, bahawa engkau telah banyak berjuang untuk agama”
Tiba-tiba saya menjadi sebak. Pada ketika itu air mata saya berlinang. Saya cuba menahannya tetapi saya tidak mampu. Saya menundukkan kepala saya, mengesat air mata yang mengalir di kelopak.
Saya cium dahinya untuk kali kedua. Kali ini saya pegang bahu beliau, saya ucapakan lagi padanya:-
“sahabat, selamat berehat”
Saya bangun. Berdiri tegak, selepas saya, barulah ada beberapa lagi yang datang dan mencium dahinya.
Saya cuba menahan air mata saya. Tetapi saya tidak mampu. Teringat lirik nasyid beliau “Pergi takkan kembali”
Ustaz Abdullah
Basmallah.. Alhamdulillah..
Hari yang terasa amat melapangkan.. Belasungkawa & salam takziah dari aku peminat kecil Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim.. Al-Fatihah... Sebulan dua ini telinga selalu benar dihidangkan dengan berita-berita kematian.. Pulang saja ke kampung, pasti ada yang sudah 'kembali'.. Mula-mula kata ummi, Tuan Haji Salleh.. Dua minggu lepas balik, Tuan Haji Ishak.. Kelmarin telefon ummi, kata ummi ibu kepada sahabat adinda ku dengan anak kecilnya yang sebaya Amni.. Maha Suci ALLAH.. Si anak kecil, ke syurga pasti tempatnya.. Sesungguhnya daripada DIA kita datang, kepadaNYA jualah kita akan kembali...
Satu-satunya lagu Rabbani yang aku hafal liriknya dari mula hingga akhir adalah lagu ini.. Setahun yang lalu, lagu yang satu inilah yang menitipkan sebuah rasa yang sudah lama tiada.. Dari mana pertama kali lagu yang satu ini aku dengari, usahlah ditanya.. Ada rasa yang menyergap jiwa.. Kerana lagu ini dimulai dengan laungan kalimah ALLAHUAKHBAR, pernah aku gunakan untuk menyakat teman serumah kononya sudah masuk waktu berbuka puasa, & ada yang bertanya "azankah"? ketika terdengar akan lagu ini dimainkan oleh Usang.. Lagu ini, lagu Permaidani oleh Aris Ariwatan, lagu Hanya Kau Yang Tahu oleh Aizat & lagu Hadapi Dengan Senyuman oleh kumpulan Dewa.. 4 buah lagu inilah yang diulang dengar selama hampir dua bulan rasanya bertapa dikampung dulu.. Saat menunggu keputusan pengajian asas untuk menyambung lagi ke peringkat ijazah.. Waktu bonda diuji dengan makna kesetiaan & aku pada ertinya kepercayaan.. Ketika hari-hari ku ditemani anak kecil bernama Anis Maisarah Binti Yang Amri yang dengan comelnya akan berkata "asyik azan jer handphone kak teh ni" =) Bagai baru semalam melewati hari-hari itu.. Lama rasanya meninggalkan zaman bernasyid.. Baru kembali dengan alGebra & edCoustic.. Suatu kehilangan besar untuk industri nasyid tanah air.. Pergi tak kembali.. Suara emas Allahyarham pastinya tetap segar dalam pendengaran penggemar nasyid di Malaysia juga luar.. Semoga ALLAH memberikan ketabahan kepada seluruh anggota keluarga Allahyarham & semoga ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman..
Alhamdulillah.. Peribadinya, ALLAH mengurniakan aku sebuah kekuatan yang luar biasa hari ini.. Suatu yang tidak tersentuhkan sebelum ini, akhirnya aku kuat untuk memegangnya semula.. Sejuta syukur kepada TUHAN...
Sempurnakanlah kehidupan ku..
13 Ogos 2009 (10.15pm)
KDE
razifembi posted on August 14, 2009 at 4:00 PM
memang satu kehilangan ...
mudah-mudahan Allah menggantikan hambanya yang telah pergi ke rahmahtullah dengan hamba2nya yang lain ....
Semoga dia menjadi salah seorang inspirasi kepada kita dalam menuju kebaikan ...
blog ustaz Abdullah memang menarik. Banyak post lama2 yang menceritakan pengembaraan yang hebat.
Selamat berkongsi ...
Emansipasi posted on August 15, 2009 at 12:30 AM
tq bro!
semoga!
selamattt...
Post a Comment