06 June 2009

DUNIA!


Di mana pun dua kaki singgah
Bayang tetap keras menerjah
Sungguh sudah amat lelah
Bernafas juga terasa payah



Bukannya tidak mahu berubah
Apalagi usia telah bertambah
Soalnya istiqomah itu benar payah
Keterikatan masih kuat menjajah

Dulu
Mahu ke panggung, aku tak tahu
Kerana Cinta aku mula bertandang
Dulu
Mahu berbowling, aku kata malu
Kerana sahabat aku mula membaling
Dulu
Di ajak ber'ice skating', aku kata tak mahu
Hari ini aku jawab ya
Usah ditanya mengapa
Kerana aku masih sedang kuat berusaha!

Sudah lama kaki tak menginjak lantai Sunway Pyramid, Times Square apalagi Mid Valley.. Tak ingat bila kali terakhir aku datang.. Hanya ke The Mall bulan lepas, itupun kerana berprojek Refleksologi untuk subjek Alternative Medicine.. Yang kerap didatangi hanyalah bangunan Low yatt aku kira.. Jangan tanya kenapa, semua yang aku lakukan atas sebab dan alasan yang kuat tapi kenyataannya biarlah aku simpan sendiri.. Kalau anda seorang yang 'takut untuk jatuh', jangan bermimpi untuk ber'ice skating'.. Masih terlalu kuat ikatan pada dunia! Apapun, syukurlah..

5 Jun 2009 (11.45pm)
KDE

8 comments:

dirimu diajak ber ice skating hanya kerana ada nya kami....
ceewaah...
mari lah kita berusaha utk trus mara kedepan..melucur laju dgn kasut skate


-din-

wah...

he.meluncur laju2 syima. biar smua yg memberat di jiwa terlepas ke langit.

xdpt meluncur dgn kasut, meluncur lajuuu dgn moto pun ok gak kan. haha

smoga slalu dlm perlindungan n rohmat ALLAH.

-qupie-

tq din!
mara ke hadapan!

qupie,semlm bagai sudah dilepaskn semua..hari ini ceritanya masih sama..sungguh aku masih perlu kuat berusaha!

apakah makna 'terlalu kuat ikatan pada dunia' dan hubungannya dgn 'ice skating'?
hmmm...

ber 'ice skating'..aku tak pernah.

bila nak try..nafas terus lelah.

senang je tak payah susah2..

gunakan kaki untuk terus melangkah.

gogogo...

>>djambu<<
kaitan? tersembunyi di sebalik perkataan kot.. huhu..

cepat2 balik!

>>ZAr<<
kalau ice skating anda tak pernah
cubalah benda lain yang tak salah
asal saja nafas mu tak lelah
juga tiada orang yang disusah
hah..hah..hah..

terima kasih! semoga!

*cuba laa sekali*

tersembunyi di sebalik perkataan?

*menyelak2 perkataan~~

haha

>>djambu<<
bagus! menngunakan personafikasi yang baik sekali!

hah..hah..hah

Newer Post Older Post Home