18 August 2009

BELASUNGKAWA (ii)

Balada jiwa seorang sahabat..

Al-Fatihah...

Aku tak tahu nak tulis apa.. Sekali lagi.. Tapi inilah hakikatnya sebuah kehidupan.. Takziah untuk teman seperjuangan ku, saudara Muhammad Kamal Bin Ghazali.. Awal pagi tadi sewaktu kami semua berada di dalam kelas
Clinical Biochemistry, berita pemergian ayahanda tercinta pastinya sesuatu yang amat sukar untuk diterima.. Apalagi dalam usia semuda kami..

Sewaktu menunggu Cik Najihah sampai, kami bersembang tentang
result short sem kami yang lepas.. Dan masih segar dalam ingatan aku, kata Kamal bila menyebut gred untuk subjek Englishnya sem lalu, "nasib baik ayah aku tak tahu" sambil tersenyum.. Aku dan Rahmat langsung menyebut gred masing-masing.. Hampir ke jam 10, tiba-tiba Kamal bangun ke bilik sebelah untuk menjawab panggilan.. Bila dia duduk semula, aku nampak Din mula menepuk-nepuk perlahan belakangnya.. Aku kira, pasti ada sesuatu.. Nak bertanya, tak boleh.. Lima minit berselang, Kamal ke hadapan kelas dan aku segera berkalih ke tempat duduknya untuk bertanya.. Melihat airmata lelaki Kamal jatuh, apalagi tubuhnya bergetar menahan sendu.. Gugur juga bebola kristal dari kelopak mata aku..

Dalam kumpulan kami, Kamal adalah satu-satunya sahabat yang paling lama aku kenali.. Berjumpanya pertengahan tahun 2007, merupakan
senior satu sem daripada aku sewaktu pengajian asas dulu.. Kerana mendaftar lewat, makanya kami berjumpa semula satu intake dalam pengajian ijazah.. Sudah tiga semester kami bergelar pelajar jurusan Bioperubatan (BBM), bukan sedikit kisah yang kami kongsikan.. Minggu lalu saja, berbual tentang H1N1 dan tentang penyakit-penyakit dalam lab Biochemistry, cerita Kamal ayahnya sudah beberapa tahun tidak boleh tidur berbaring.. Lalu aku bertanya, tidurnya bagaimana? Kata Pjoe, di atas kerusi malas dan tambah Kamal, sudah tiga kali bertukar kerusinya.. Membayangkan sudah lama ayahnya tidak boleh baring.. Kalau baring, sesak nafas..

Sekali pertemuan aku dengan arwah Pak Cik Ghazali.. Masih ingat lagi aku akan kata-katanya pada Kamal dan yang lain-lain.. Ketika itu, hanya aku seorang yang tinggal bergelut resah menunggu wang pinjaman MARA.. Kata arwah dalam pekat loghat Terengganunya, "Korang dah dapat duit tu, pandai-pandailah berjimat, nak dapat bukan senang.. Tengok dia".. Seraya mukanya berpaling ke arah aku.. Bukan setahun, bukannya dua.. Kata Kamal sudah lama...

Pada hemat aku selama mengenali manusia bernama Kamal Ghazali, dia sudah melakukan yang terbaik, selayaknya seorang anak semasa hayat arwah masih ada.. Malah pernah aku saksikan ketaatan seorang anak ini dengan mata kepala sendiri.. Masakan tidak, kalau ke IJN Kamallah yang bertanggungjawab memandu ke sana.. Aku dapat melihat tanggungjawab anak lelaki sulung yang dipikul Kamal, kerana dua orang abangnya belajar di luar negara.. Baru minggu lalu, abangnya pulang membawa gelaran doktor dan bakal melangsungkan perkahwinan hujung tahun ini.. Macam-macam bermain di benak aku.. Teringat Mim adik bongsu Kamal, sayu rasanya hati.. Anak yang masih dibangku sekolah.. Tuhan lebih tahu..

12.57 tengah hari tadi, aku terima SMS kawan-kawan sudah di hentian Temerloh.. 3.33 petang, sudah hampir ke Kuala Terengganu.. Dijadualkan urusan pengkebumian selepas Asar.. Doa aku, moga Kamal sempat melihat wajah arwah buat kali yang terakhir.. Besar sayang anak ini kepada abahnya.. Kepada semua yang membaca ini, aku mohon sedekahkan al-fatihah untuk Allahyarham Pak Cik Ghazali.. Semoga ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.. Dan buat seluruh ahli keluarga, tabahlah kerana Tuhan lebih menyayangi..

"Selamat berehat Pak Cik"..



Kami

Kamal, Hafizudin dan Shafizol.. Bukanlah mudah melalui hari-hari menjadi sekuntum bunga dilaman hidup kumbang-kumbang.. Tetapi, hati ini dan Tuhanlah yang lebih tahu dan menjadi saksi ke atas perjalanan hidup aku.. Sesungguhnya, inilah ertinya sebuah persahabatan.. Besar maknanya.. Ukhuwah ini berharga.. Kami semua datang untuk mencari ilmu, bukanlah cinta.. Berikanlah kami semua kekuatan Tuhan, untuk meneruskan kembara yang masih panjang dan entah bila pula akan berkesudahan...

* Kata kawan ku, kembalinya ramai orang-orang alim ke pangkuan Yang Maha Esa, petanda dunia sudah terlalu tua usianya.. Bila-bila masa..

* Aku sangat mengerti akan makna sebuah kehilangan.. Sakit dan peritnya.. Bukanlah mudah.. Apalagi yang kekal..

*
Patah tak tumbuh, hilang tak berganti..

* 4.46 petang - Solat dan pengkebumian..

* 6.19 petang, selamat dikebumikan..

18 Ogos 2009 (3.03pm)
KDE

0 comments:

Newer Post Older Post Home